VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Bekalan. Show all posts
Showing posts with label Bekalan. Show all posts

Sunday, December 25, 2022

Rafizi Pusing Lagi

By right.... video pon ader rekod apa yang dier cakap... Tak payah la nak pusing belit bagitau kata tak cakap camtue... Hahaha...

Pusing Rafizi... Pusing lah lagi...

Hahahaha... orang tak lupa la ayat nih.. dulu bukan main kutuk Menteri BN pasai ayat yang lebihkurang sama camnie.... la nih dier sendiri buat perangai sama.... Bangkai lah... mulut tak sama jalan dengan otak... hahahaha...

"Bercakap mengenai tak cukup ayam, by right (sepatutnya) kalau harga ayam itu dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan,"

Tapi biasa la... Walanon dan Bangsa Slurpp sure akan bekap Rafizi Ramli nih sama macam Walaun dan Machai akan bekap puak depa.... Hahahaha.....



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini menafikan dia mencadang orang ramai supaya berhenti makan ayam bagi mengurangkan kenaikan harga bahan makanan itu.

Sebaliknya ahli parlimen Pandan itu berkata dia menyebut mengenai keperluan untuk menangani isu permintaan dan penawaran bagi menjadikan harga barangan lebih anjal.

"Hahaha, bising cakap konon saya suruh berhenti makan ayam. Saya bercakap mengenai keperluan untuk sama-sama menangani demand dan supply side supaya permintaan pengguna yang lebih anjal menjadi satu kuasa untuk mempengaruhi juga kadar harga barang naik.

"Jangan bimbang, we have a plan (kami ada rancangan)," katanya menerusi Twitter.

Tuesday, June 14, 2022

Dedak Ayam Dari Ganja

Bagus idea nih kalu ianya boleh mengelakkan penggunaan antibiotik pada ternakan ayam. Ayam lebih sihat dan lebih kuat. Ternakan lebih "alami" @ organik.

Mungkin juga ayam akan lebih cepat membesar dan mampu mengurangkan kos penternakan. Kalau ayam boleh, pastinya itik pun boleh juga. Bagaimana pula dengan kambing atau lembu

#dedakayam #ganja #makananayam #ternakan #teknologi #sains #penyelidikan #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Tuesday, March 22, 2022

TERBAIK : Idea Baru Walimatul Urus

Memang terbaik idea ini... Dulu gua pernah dapat kicap... pernah gak dapat tepung gandum.... Hahaha.... Skrang minyak masak susah nak dapat... harga pulak mahal... hahaha

Datang majlis kahwin dapat minyak masak peket.

#MinyakMasak #Peket #MinyakKelapaSawit #MPOB #KenduriKahwin #Walimah #WalimatulUrus #Pengantin #Tetamu #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Friday, July 19, 2013

Main Dalam Gelap

Elok juga tarif elektrik naik. Jadi ramailah yang akan tutup lampu awal waktu malam. Boleh main dalam gelap. Jangan risau. Gunakanlah night vision goggle waktu main dalam gelap. Jimat belanja elektrik. Pakai bateri kereta dan sambung kepada lampu kalimantang sahaja. Waktu siang boleh caj bateri dengan tenaga solar. Jururawat boleh juga kerja dalam gelap.


KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

Saturday, July 13, 2013

Rakyat Malaysia Bakal Dijangkiti Selsema Burung

Ini idea bodoh. Ini idea yang memang tidak boleh digunapakai. Tindakan sebegini seumpama sengaja mendedahkan rakyat Malaysia kepada bahaya. Rakyat Malaysia bakal dijangkiti penyakit selsema burung jika permit impot ayam ini dilaksanakan. Susah nak kawal ayam yang diumpot. Macam mana Timbalan Menteri Kesihatan boleh beri cadangan sebodoh ini. Pelik.


BALIK PULAU - Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini menyokong saranan kerajaan membuka permit import ayam bagi mengatasi kenaikan harga ayam di pasaran.

Beliau berkata harga ayam menjadi mahal setiap kali bulan puasa dan menjelang musim perayaan dan tindakan itu mampu menurunkan harga ke tahap asal iaitu antara RM7 dan RM7.50 sekilogram.

"Saya pelik kenapa harga ayam mahal terutama di Balik Pulau iaitu RM10 sekilo dan ini di luar kemampuan serta membebankan pengguna," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Harga 2013 di tapak Pasar Ramadan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim dan Pengarah Pejabat KPDNKK negeri Mohd Salleh Ma'amor

Minggu lepas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membuka permit import ayam bulat dari negara luar seperti Thailand, Eropah dan Australia bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap ayam bersih menjelang musim perayaan Aidilfitri bulan depan.

Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata pelaksanaan Ops Harga 2013 merupakan langkah penguatkuasaan bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan persediaan menghadapi musim perayaan.

Beliau amat berpuas hati dengan tindakan peniaga yang mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga serta pengendalian makanan secara bersih di tapak Pasar Ramadan.

Sementara itu, Mohd Salleh berkata sehingga hari ini, KPDNKK Pulau Pinang mengesan 90 kes atas pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta 50 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Katanya jumlah kompaun yang dikenakan terhadap peniaga adalah sebanyak RM7,500 bagi kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan RM4,300 bagi kes mengikut Akta Timbang Sukat 1972.

Mohd Salleh berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa bagi tahun ini dijangka dikuatkuasakan mulai 1 Ogos sehingga 15 Ogos. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah