VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Salahguna. Show all posts
Showing posts with label Salahguna. Show all posts

Thursday, June 15, 2023

Benda Simple Jer Dikatakan Sangat Rumit

Hahahaha.... Apa la korang nak harapkan dengan Anwar Ibrahim nih..... Adoilah.... penyelesaiannya simple jer... dah lama dah gua bagitau... kalo korang baca gua punya penulisan... gua dah bagitau lama dah cara nak tackle isu nih...

Pernah dulu gua tulis berkenaan perkara ini. Cara untuk kawal subsidi bahan bakar petrol RON95 dan diesel.

Tapi takper la gua tulis kembali.

Sebenarnya nak kawal subsidi bahan bakar nih mudah jer… Khusus untuk semua warganegara tanpa mengira status ekonominya.

Semua warganegara yang berumur 15 tahun keatas akan ader satu fungsi dalam MyKad dier untuk pembelian minyak (petrol RON95 atau Diesel)

Senua disetkan boleh beli minyak pada maksima RM500 setiap bulan.

Jika pembelian lebih dari itu mereka akan dikenakan harga pasaran. Makna kata kalu ko pakai kereta CC besar… memang ko akan kena bayaran sepatutnya ikut harga pasaran la.

Semua Pam Minyak akan dipasang pekakasan khas untuk detect MyKad nih… tak mahal pon kosnya… tak sampai pun RM350 untuk setiap pam… Semua stesen minyak diwajibkan pasang benda nih.. Gua boleh supply peralatan nih… janji bayar la..

PAM takkan kuar minyak kalu MyKad tak authenticate… Warga Asing kena pakai RON97 dan RON100 jer.. atau diesel harga pasaran.

Gua tau lu orang kata akan ader orang abuse… jual penggunaan MyKad dier kepada orang lain terutama kepada warga asing…

Korang silap…

Sistem ini akan tallykan pengguaan MyKad itu dengan banyak sistem lain… semakan ke LHDN, JPJ dan agensi lain…

Kerajaan boleh tau pemilik MyKad ini ader kenderaan apa?

Basikal? tapi guna minyak sampai RM500 sebulan??? Gila ka apa…

Kerajaan juga boleh melihat sama ada pemilik MyKad itu adalah asnaf zakat… Takkan la boleh pakai minyak sampai RM500 sebulan.. pakai buat apa banyak tue..

Siapa yang abuse boleh dikenakan hukuman dan denda dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Malah boleh disenarai hitam dan disekat dibawah LHDN atau apa-apa hukuman yang berat (macam kena penjara 5 tahun kan apa ka) atau boleh dibuang kerakyatan..

Baru la orang takut nak abuse…

Benda macam nih gua dah sarankan lama… Takkan benda simple macam nih tabley nak laksanakan??

Lemau sangat la Kerajaan Malaysia kalu tak mampu nak laksanakan semua ini… MyKad yang kita ada tue ader banyak fungsinya… Boleb diaktifkan dengan kos yang minima…

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Zaman PM6, PM7, PM8 dan PM9 lagi gua dah utarakan benda nih.. no action… Harap PM10 bukak mata sikit… tapi nampaknya .... macam itu la jugak... WalaNON dan Bangsa Slurpp mesti akan bekap apa sajer Anwar Ibrahim nih kata.... hahahaha... sejibik perangai macam Walaun, Macai, Mahacai dan Walatok... hahahahaha

Benda Simple Jer Pun Sebenarnya





Sunday, April 16, 2023

Salute Buat OA

Memang gua salute aaa buat OA nih.. diorang sudah berani... berani menegakkan dan mempertahankan hak mereka... Syabas buat Orang Asal / Orang Asli nih...

Sudah sampai masanya mereka melawan daripada dibuli dan dianaktiri ditanah mereka sendiri... Mereka yang lebih lama berada di tanah ini... Mereka yang mewarisi tanah ini daripada nenek moyang mereka... Cukup-cukuplah selama ini diperdaya... ditipu... dan diperdajal.... cukup-cukuplah...

SALUTE..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Sekumpulan Orang Asli di Johor kekal tegas menentang rancangan untuk menukar tanah mereka menjadi "tanah kesultanan".

Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) bercadang untuk menyerahkan surat bantahan rasmi kepada kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tidak lama lagi.

"Ini bukan soal derhaka kepada Sultan tetapi atas dasar demokrasi dalam menyuarakan hak sebagai warganegara Malaysia," kata JPOAJ dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Resolusi membantah penukaran tanah itu dicapai pada mesyuarat yang disertai 90 wakil dan pembesar Orang Asli Johor dari pelbagai kampung dan daerah di Kluang pada Jumaat.

Pada 16 Mac, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyarankan kerajaan negeri Johor mengklasifikasikan semua penempatan dan rizab Orang Asli di negeri itu sebagai ‘tanah kesultanan’ bagi mengelak ia disalahgunakan.

Baginda bertitah ini perlu kerana menurut baginda segelintir Orang Asli telah menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954, yang menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan, kecuali untuk Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan negeri, bagaimanapun, boleh membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, tanah yang diklasifikasikan sebagai ‘tanah kesultanan’ adalah milik Sultan dan tidak dianggap sebagai hak milik negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Pengerusi JPOAJ, Dolah Tekoi sebelum ini berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan alasan bahawa rizab Orang Asli telah pun dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara - undang-undang yang terpakai di seluruh negara.

Katanya adalah tidak benar bahawa semua Orang Asli menggunakan rizab mereka untuk ladang yang dieksploitasi oleh orang luar.

Katanya, sebilangan Orang Asli menggunakan rizab untuk ladang bagi menyara diri.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dalam mempertahankan rancangan itu, mendakwa bahawa ‘tanah kesultanan’ tidak akan menjadi hak milik peribadi Sultan Johor, sebaliknya bertindak sebagai penjaga kepada tanah tersebut.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah