VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kompaun. Show all posts
Showing posts with label Kompaun. Show all posts

Sunday, August 27, 2023

Semakin Tak Patriotik

Benda simple ... Sekarang nih (tak berapa hari lagi) adalah Hari Kebangsaan... tarikh ulangtahun Kemerdekaan Malaysia...  bukan susah pun nak kibarkan Jalur Gemilang...

Berapa ringgit la sangat Jalur Gemilang... Tak mampu nak beli, besar, kibarkan jer la Jalur Gemilang yang ader gula-gula didalam batang bendera tue.. Baru RM2 jer kalu beli kat kedai gula-gula..

Tapi kan.. kalu dah dasar sombong... rasa diri besar... rasa diri lebih utama .. memang la takkan hormat kepada Jalur Gemilang... Depa rasa depa berkuasa sebab duit depa banyak... sebab itu jadi camnie...

Semenjak dua menjak nih... makin melampau puak-puak nih... bercakap Bahasa Malaysia sudah la tak reti... tapi itu la... masih diberikan muka tak habis-habis...  Ini sampai kompaun pun taknak dikuatkuasakan... walhal benda tu ader dalam perintah am dalam semua Majlis Perbandaran..  bukan tak ada benda tue.... tapi takkan kompaun sebab yang buat tue dari kalangan bangsa depa...

WalaNON dan Bangsa Slurpp sure akan bekap perangai celaka camnie... Perangai tak patriotik... sebab apa depa bekap... sebab geng depa.... tapi tak pikir pasai masa depan.. tak pikir pasai patriotik.. tak pikir pasai kenegaraan....

Hampeh betul la.. melampau sungguh la sikap depa nih

Perangai tak patriotik macam ni la


Tuesday, January 4, 2022

Bila Tukang Masak Tiada Sijil Pengendalian Makanan

Biasa kalu pengendali makanan tidak terlatih dan tidak memiliki sijil latihan ini... dan juga tidak mengambil suntikan Typhoid .... kompaun boleh dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan dibawah Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) ini merupakan Peraturan yang digubal mengikut peruntukan Seksyen 34 di bawah Akta Makanan 1983 dan telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009.

Kesalahan yang dilakukan sama ada oleh tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan, pengendali makanan, penyedia makanan, pengendali mesin menjual makanan, serta seseorang yang mengangkut makanan menggunakan kenderaan boleh didenda maksimum RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Antaranya adalah berkaitan kesalahan daripada segi amalan pengendali makanan, reka bentuk dan bangunan dan peralatan yang digunakan.

Ini bukan main-main tuan... ini perkara besar... sebagai contoh... dalam konsep kenduri secara gotong-royong.. katalah ader seorang pengendali yang ada TB atau Taun ... yang mungkin dia sendiri tidak sedar ... atau dia kerap ke tandas ... kemungkinan besar makanan yang disediakan akan mengandungi virus E-Coli atau Salmonella .. atau juga virus Cholera .... atau lain-lainnya...

Silap-silap boleh membawa maut .... tambah lagi kalu ader Pencemaran Silang... adoilah...

Sebab itu sebagai pengendali makanan atau tukang masak dan sebagainya... pastikan mereka yang terlibat telah lulus latihan pengendalian makanan dan telah mengambil suntikan Typhoid.... Jangan benarkan geng-geng yang tiada benda-benda macam nih kendalikan makanan... Tak kira la siapa pengendali makanan itu... waima YB, ADUN, Ahli Parlimen, Menteri atau Permaisuri sekali pun...

Ini kritikal la bhai...




Saturday, May 15, 2021

Gestapo Malaysia

Warning!!!…

Korang hati2 dan kalo boleh jgn la pegi beraya atau ajak sesapa dtg beraya.. smlm rumah mak mertua aku kne ambush dgn polis sbb ade report dari jiran kononnye ada majlis jamuan sedangkan mereka anak beranak je yg ada kat umah…

So hati2 la ye.. kot ada yg dengki ke apa ke.. bkn takut.. tp daripada korang dok byr 25k.. 5k tu utk saman, baik korang kasi kat mak bapak korang atau sedekah jer.. dpt gak pahala… haishhh… manusia… manusia…

Kredit : Inche Adam

PDRM ajar sesama jiran jadi SPY camnie.

Ingatkan Gestapo Nazi jer dulu yang ajar buat camnie... Rupanya PDRM pon dah macam Gestapo Nazi. Adoilah



Tuesday, March 3, 2015

Bila Si Bodoh Menyusahkan Orang Lain

Bodoh bodoh bodoh. Tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Kalau sudah dilahirkan bodoh tetap akan kekal bodoh. Ini masalahnya bila orang bodoh ada duit. Kalau tidak menyusahkan orang lain, macam tidak puas hati.

Masalahnya orang bodoh yang menggunakan nama YengNasir nih memang munyusahkan. Nanti tidak pasal-pasal DCA mengetatkan undang-undang. Masalahnya semua kerana sibodoh ini yang tidak mahu hendak ambil tahu tentang prasyarat dan undang-undang. Bodoh lagi bangang.

Menyusahkan warga pemilik drone dan peralatan kawalan jauh sahaja si bodoh ini. Patut si bodoh ini diharamkan membeli atau menggunakan apa-apa peralatan kawalan jauh seumur hidup. Harap PDRM dapat tahan si bodoh ini dan dakwa dia dibawah undang-undang penerbangan.








Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah