VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Gari. Show all posts
Showing posts with label Gari. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

#TangkapKhirToyo

KahKahKah. Kalau betul sistem Mahkamah di Malaysia, sudah lama rasanya Khir Toyo merengkok didalam penjara. Banyak betul helah dah putar belit yang berlaku sampaikan walaupun dah bertahun dijatuhkan hukuman, Khir Toyo masih lagi bebas dan enjoy di luar penjara.

Inilah sebenarnya standard hukuman Mahkaman Malaysia. Kalau orang yang bukan UMNO, belum sempat melangkah bebas sudah Black Maria angkut pergi penjara. Ingat tak kes OKZ (orang kena zalim) demonstrasi depan Istana Perak. Jatuh sahaja hukuman terus dibawa ke penjara tanpa dolak dalih....

Khir Toyo pula lepas bebas selamat tanpa digari mahupun tidup barang semalam di mana-mana penjara di Malaysia...

Jadi kalau orang sekecil Khir Toyo tidak akan masuk penjara, bagaimana pula Najib Razak akan sangkut dan merengkok dalam penjara. Pastinya susah perkara ini berlaku. Sampai kucing bertanduk pun pastinya tidak akan berlaku.

KahKahKah.

#TangkapNajib
#hukumKhirToyo



Wednesday, July 17, 2013

Pegawai Polis Cuai

Macam mana perkara sebegini boleh berlaku. Tidak mungkin tiada pengawasan. Bagaimana kalau yang terlepas itu adalah pembunuh berbahaya. Bagaimana jika pembunuh upahan yang terlepas. Patut pegawai polis cuai ini digantung tugas.


sekadar hiasan
GEORGETOWN - Gara-gara tahanan reman yang sepatutnya dibebaskan tertidur, seorang suspek lain yang dalam proses ditahan reman "lolos" dalam kejadian di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 2.30 petang itu lelaki tersebut yang baharu hendak direman mengaku dia adalah pemilik nama tahanan yang dipanggil untuk dibebaskan.

Lelaki yang sepatutnya dibebaskan berkenaan tidak menyahut walaupun dipanggil beberapa kali oleh majistret, menyebabkan suspek yang sebelum itu dibawa bersama 20 lagi ke bilik reman tersebut mengambil kesempatan, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Suspek kemudiannya keluar dari bilik reman selepas garinya dibuka. Selepas beberapa ketika baru disedari berlaku kesilapan dan anggota polis yang bertugas memeriksa bangunan mahkamah bagi mengesan suspek namun gagal," katanya.

Beliau mengulas kejadian seorang tahanan yang dilapor meloloskan diri ketika proses reman semalam.

Suspek yang berusia 61 tahun itu sepatutnya direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah berbahaya. Dia yang berambut panjag dan berjanggut memakai baju-T biru berbelang putih ketika kejadian.

Gan berkata polis telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek yang berasal dari Gelugor itu.

Dalam pada itu beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Rashid Abdul Rahman agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2282222 atau balai polis berdekatan. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah