VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label DCA. Show all posts
Showing posts with label DCA. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Hantar Ke UK?

Kelakar sungguhlah. Itu hari kotak hitam MH17 dihantar ke UK dan sampai ke hari ini kita tidak tahu apa cerakinan yang telah dibuat. Kini kotak hitam helikopter yang bawa Jamaludin Jarjis pula ingin dihantar ke UK. Apa salahnya hantar ke Peranchis. Mereka lebih cepat siapkan cerakinan.



PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kotak hitam helikopter yang ditemui pagi ini akan dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough United Kingdom untuk diekstrak data, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media sebentar tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini adalah prosedur biasa bagi kotak hitam dihantar ke makmal terdekat yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk dianalisis.

Beliau berkata, siasatan punca kemalangan juga akan disertai oleh pakar dari Perancis, bersama empat wakil dari Malaysia yang diketuai oleh Datuk Yahya Abdul Rahman yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam siasatan kemalangan helikopter.

Terdahulu, Tiong Lai mengesahkan kotak hitam mengesahkan penemuan itu dan ia penting bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya mengenalpasti punca nahas.

Tuesday, March 3, 2015

Bila Si Bodoh Menyusahkan Orang Lain

Bodoh bodoh bodoh. Tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Kalau sudah dilahirkan bodoh tetap akan kekal bodoh. Ini masalahnya bila orang bodoh ada duit. Kalau tidak menyusahkan orang lain, macam tidak puas hati.

Masalahnya orang bodoh yang menggunakan nama YengNasir nih memang munyusahkan. Nanti tidak pasal-pasal DCA mengetatkan undang-undang. Masalahnya semua kerana sibodoh ini yang tidak mahu hendak ambil tahu tentang prasyarat dan undang-undang. Bodoh lagi bangang.

Menyusahkan warga pemilik drone dan peralatan kawalan jauh sahaja si bodoh ini. Patut si bodoh ini diharamkan membeli atau menggunakan apa-apa peralatan kawalan jauh seumur hidup. Harap PDRM dapat tahan si bodoh ini dan dakwa dia dibawah undang-undang penerbangan.








Thursday, March 20, 2014

Insiden MH370 Membuatkan Malaysia Dipandang Hina

Kah Kah Kah. Bilalah Kerajaan Malaysia akan jadi matang. Kalau dengan media dan wartawan dalam negara bolehlah tunjuk ego. Ini wartawan dan media luar negara. Memalukan sungguh.

Kerajaan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian media antarabangsa ekoran pengendalian situasi kecoh semasa taklimat harian kepada media berhubung perkembangan MH370 semalam.

Beberapa wartawan asing terkejut dengan situasi itu dan bingung berhubung halangan supaya waris kepada keluarga warganegara China dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu tidak bercakap dengan media.

Koresponden TV2 Denmark Benjamin Kurstein berkata, cara pihak berkuasa Malaysia menguruskan keadaan itu “amat malang”.

“Mereka ini jelas kecewa dan datang untuk luahkan kekecewaan itu... saya lihat mereka dikeluarkan daripada bilik persidangan itu.

“Tidak kira sama ada untuk melindungi mereka, atau menghentikan mereka daripada bercakap dengan akhbar, ia akan memberi imej buruk kepada Malaysia,” kata Kurstein kepada Malaysiakini semalam.

Mengingat kembali apa yang disaksikannya semalam, beliau menambah, “hampir-hampir terdapat pergaduhan antara polis dan wartawan.”

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah