Jangan curi pisang. Mahal. Benda berharga. Kalau jual di pasar minggu harganya mencecah belasan puluhan ringgit setandan. Semua orang suka pisang. Budak kecik suka pisang. Orang dewasa suka pisang. Gadis pun suka pisang. Boleh dapat pisang percuma di Masjid pada hari Jumaat. Orang akan tangkap pencuri pisang tapi jarang orang tangkap pemberi dan penerima rasuah. Tambah lagi kalau yang rasuah itu bertaraf Yang Berhormat.
CHETOK – Gara-gara mahu mendapatkan wang lebih, seorang pemuda ditangkap ketika mencuri seguni pisang di Kampung Pohon Gelugor, semalam.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 43, berkata, dia bersama beberapa pemuda lain, terkejut apabila dipanggil oleh Pok Mat untuk menyiasat kehadiran seorang lelaki di dalam kebunnya.
“Mereka ternampak lelaki berkenaan sedang memikul guni manakala seorang lagi rakan subahatnya, menunggu di motosikal.
“Kami berjaya menangkap suspek namun rakannya berjaya melarikan diri. Telahan kami benar apabila mendapati guni berkenaan berisi pisang,” katanya, semalam.
Abdullah berkata, ini bukan kejadian pertama berlaku di kawasan ini, sebaliknya semua petani sudah menjadi mangsa, apabila hasil pertanian seperti pisang dan getah sering hilang.
Katanya, penduduk mengesyaki penjenayah mencuri di waktu subuh atau awal pagi, bagi mengelak daripada ditangkap.
Menurutnya, suspek yang juga penduduk tempatan, ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 11.30 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
No comments:
Post a Comment