Jadi... anak / isteri / suami / ayah / ibu .... tidak berhak untuk dapat GL bagi kos rawatan di Hospital Kerajaan .... Ini satu kerugian yang besar...
Monday, January 29, 2024
Tiada Obligasi
Jadi... anak / isteri / suami / ayah / ibu .... tidak berhak untuk dapat GL bagi kos rawatan di Hospital Kerajaan .... Ini satu kerugian yang besar...
Sunday, January 28, 2024
Friday, January 26, 2024
Thursday, January 25, 2024
Dianaktirikan
Gaji Pengawal Keselamatan Nepal : Minima RM2000 sebulan (semua lain kompeni tanggung)
Gaji Pengawal Keselamatan Malaysia : Minima RM1200 sebulan
Anda Bosan?
Berikut adalah beberapa panduan untuk mengelakkan diri dari cepat bosan:
1. Cipta Rutin yang Menarik:
- Bentuk rutin harian yang menarik dan beri ruang untuk aktiviti yang anda nikmati.
- Sesekali, ubah rutin anda untuk memberikan kepelbagaian dan kejutan.
2. Tetapkan Matlamat dan Projek:
- Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk dicapai.
- Mulakan projek baru yang anda minati atau tekuni hobi yang lama terbengkalai.
3. Pelbagaikan Aktiviti Sosial:
- Berbual dengan rakan, keluarga, atau mengikuti kelas sosial untuk menjalinkan hubungan baru.
- Aktiviti sosial dapat memberi warna dan kegembiraan dalam hidup.
4. Terokai Hobi dan Minat Baru:
- Teroka hobi atau minat yang baru. Ini membuka pintu kepada pengalaman baru dan menghindarkan rutin yang membosankan.
5. Amalkan Aktiviti Luar:
- Amalkan sukan atau aktiviti luar yang sihat untuk badan dan minda.
- Jalan-jalan di taman, mendaki, atau berbasikal boleh memberi keceriaan dan kecerdasan.
6. Baca dan Belajar:
- Baca buku atau sumber bacaan yang merangsang minda.
- Ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru melalui kursus dalam talian atau seminar.
7. Rehat dan Berehat:
- Pastikan anda memberi ruang untuk berehat dan melepaskan tekanan.
- Lakukan aktiviti rehat seperti meditasi atau yoga untuk menenangkan minda.
8. Ubah Persekitaran:
- Pergi ke tempat-tempat yang berlainan atau berjalan-jalan untuk mencuba suasana yang baru.
- Saling bertukar tempat dengan rakan untuk mengalami kehidupan mereka.
9. Berikan Diri Anda Projek Tantangan:
- Ambil projek atau tugasan yang mencabar untuk menjaga minat dan fokus anda.
- Kejayaan dalam mencapai matlamat dapat memberikan kepuasan yang tinggi.
10. Amalkan Kesedaran Kendiri:
- Sentiasa sedar kepada perasaan bosan dan cari cara untuk mengubahnya.
- Ketahui punca bosan dan cari penyelesaian yang sesuai.
Ingatlah, kunci utama adalah sentiasa mencari kepelbagaian dan mengiktiraf tanda-tanda bosan untuk segera bertindak. Semoga panduan ini membantu!
Wednesday, January 24, 2024
Kos Mengerjakan Haji T20
Semua pihak ada keuntungannya... Semua pihak ader bahagiannya... Semua pihak ader manfaatnya... Raikan saja la pendapat dan pandangan yang berbeza...
Kenapa Ibubapa Pilih MRSM Dan SBP?
(2) Semakin ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak ke Sekolah Cina. Sejak lima tahun lalu, kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina telah meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022). Pada tahun 2010, kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus. https://shrtm.nu/qVh
(3) Ibu bapa yang berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Dulu hanya ibu bapa yang betul-betul kaya sahaja tetapi sekarang ada ibu bapa yang sanggup ambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. https://shrtm.nu/qVi
(4) Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti 'cendawan selepas hujan' di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj
(5) Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan 'homeschooling' untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk
(6) Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu 'mengelak atau'by pass' daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Soalan: Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk 'by pass' sekolah harian (SK dan SMK)?
- Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian?
- Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan?
- Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka?
- Apakah ibubapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik?
- Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak mengembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka?
- Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor 'dinosour'? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah 'ketinggalan zaman?. Semakin hari semakin 'pupus' (baca:kepercayaan) ibu bapa?
Kita boleh berbeza pandangan. Tetapi data-data yang ada mengesahkan semakin ramai ibu bapa yang telah 'by pass' sekolah harian kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian.
Kos Urusan Haji 2024
Saya kena bayar penuh kerana Rayuan Mahram, sbb isteri saya bayar penuh. Rugike kalau bayar penuh berbanding dgn M40 dan B40?
Tak… saya bersyukur sbb dpt peluang menunaikan Haji tahun lepas. Sebenarnya kami dh nekad nk tunai haji, bahkan kami dh survey pakej2 swasta, kaedah2 Furada…. Kami dh sedia nak bayar. Alhamdulillah kami dapat pergi melalui Pakej Muasasah. Banyak jimat.
Katalah kalau kami kena bayar 33.3K utk buat haji lagi… insya Allah kami sanggup. Cuma skrg dh tak boleh daftar haji lagi selepas tunai haji.
Camnilah… kalau tuan2 dan puan2 T20, kalau kita merasakan bayaran RM33.3K tu besar, masih tak mampu atau ada komitmen lain yg lebih utama, maknanya tuan2/puan2 juga belum mampu utk tunaikan haji dan belum jatuh wajib lagi.
Kalau T20 rasa berat utk kumpul bayaran Haji… samalah, M40 dan B40 pun berat nak kumpul 19.1K dan 12.3K. Jangan tengok 12K dari kacamata T20. Tapi tengoklah dari pandangan org miskin. Tak ada org yg nak jadi susah. Kadang2 usaha mereka dan kita sama, kelulusan sama… tapi kita dpt kerja yg lebih baik. Usaha kita lebih berjaya Dan kita lebih bernasib baik. Tu aje.
Mudah-mudahan kalau kita membantu saudara kita utk tunaikan haji… Insya Allah pahalanya sama spt mereka yg menunaikan haji.
Jadi T20 yg belum dpt panggilan haji, teruskan menyimpan, teruskan membantu saudara2 kita utk tunai haji. Jadi redholah.
Mudah2an tuan2 puan2 mendpt panggilan utk menjadi Duyufurrahman secepat mungkin di masa akan datang.
Saiz Lebar Jalanraya
Dulu Mangkuk Ni Cakap Apa?
Tua Kutuk Ini Sudah Nyanyuk |
Tuesday, January 23, 2024
Kenapa Fobia Dengan Filem Mat Kilau Dan Pendekar Awang?
Sejak kemunculan Filem Mat Kilau pada kali pertama pada tahun 2022 dan terkini filem Pendekar Awang pada tahun 2024, sudah terdapat beberapa suara sumbang yang semakin nyaring cuba meremehkan filem-filem ini. Saya tidak merujuk kepada komen-komen atau kritikan-kritikan yang bersifat membina dan objektif terhadap sudut-sudut teknikal, pemilihan pelakon atau skrip atau busana atau senjata dan sebagainya. Tetapi kepada penerbitan dan pembikinan kedua-dua filem itu sendiri.
Spesis Netizen seperti ini (termasuk yang bukan-Melayu/Muslim dan juga mereka yang suka kritik/kecam tanpa bersebab) seakan-akan tidak berpuashati bahawa sebuah syarikat Bumiputera Melayu mampu mengeluarkan dan menerbitkan filem berdasarkan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah British. Komen-komen tentang peranan talibarut Cina (dan askar-askar upahan Sikh) sudah kedengaran sejak dari filem Mat Kilau lagi tetapi ia tidak begitu signifikan sangat.
Yang dipertikaikan (atau mungkin yang menjadikan mereka gelisah kepanasan) adalah hakikat bahawa sebuah syarikat penerbitan tempatan berstatus Bumiputera cuba memasukkan elemen-elemen kepentingan agama Islam, patriotisma dan cintakan tanahair, kedaulatan bangsa dan kekuatan persatuan Melayu dan kebencian terhadap penjajahan melalui platform seni dan filem untuk ditayangkan kepada rakyat Malaysia. Maka menderulah komen-komen mereka mengecam dan mengkritik kedua-dua filem ini bagaikan makhluk yang kerasukan, melalui profail-profail palsu Facebook dan ‘cybertroopers’ maya mereka yang takut mendedahkan identiti sebenar masing-masing.
Setiap aspek dari unsur-unsur keMelayuaan, agama Islam, sejarah penentangan Melayu terhadap penjajah, persenjataan yang digunakan, seni bela diri yang dipersembahkan, paparan mengenai berkuda dan memanah, dialog-dialog yang di luar kelaziman pada filem-filem Melayu dan mesej-mesej besar yang ingin disampaikan … semuanya tidak terlepas dari radar sasaran dan bidikan komen-komen sinis mereka.
Mereka ini berkeliaran di dalam banyak Page dan akaun Facebook mengenai perfileman dan ada juga yang aktif di luar Page-page tentang filem dan tidak kurang juga yang menempel pada status-status pengkritik dan pengulas filem. Kemungkinan juga mereka adalah tentera-tentera maya yang dibayar untuk meng-Isr4el-kan filem-filem seumpama ini.
Apa yang tersirat di sebalik semua kecaman dan kritikan itu adalah satu fobia terhadap kemampuan orang-orang Melayu atau syarikat penerbitan Melayu yang menjadikan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah sebagai produk dan jenama yang ditawarkan kepada para penonton. Seolah-olah mereka tidak mahu orang-orang Melayu kembali sedar dan terinspirasi serta menghidupkan semangat para pahlawan dan sensitif terhadap isu-isu kedaulatan bangsa, tanahair dan juga agama.
Tanda Putera misalnya, sebuah filem arahan Shuhaimi Baba dan diterbitkan oleh Pesona Pictures tentang politik Malaysia pasca peristiwa Mei 1969 juga pernah dikecam oleh puak-puak rasis dan cauvinis Cina kononnya kerana membawa naratif dan persepsi buruk tentang parti dan pemimpin-pemimpin DAP pada ketika itu.
Perangai dan wajah sebenar mereka akan terdedah apabila kita cuba mengkritik filem-filem yang menonjolkan agenda liberal, atheisma, kemurtadan dan perlecehan terhadap isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu. Pantang ditegur atau dikritik dalam aspek-aspek ini, mereka akan segera menerpa dari tempat-tempat persembunyian mereka, menyeringai dan melenting dalam bantahan dan komen-komen balas mereka.
Filem-filem yang mereka sokong pula kononnya adalah dalam kategori Avant Garde, layak mendapat Oscar, punya nilai produksi yang tinggi, mengagungkan keinsanan, mendapat sentuhan sutradara terulung dan dijulang oleh industri perfileman Barat – dan atas sebab-sebab itu tidak boleh disentuh apatah lagi dikritik atau ditegur. Filem-filem sampah dan bangkai seperti ini jugalah yang dijulang, meskipun ia membawa mudarat, merosakkan minda, meracuni jiwa dan sangat berlawanan dengan budaya dan agama.
Barangkali mereka lebih menyukai filem-filem berunsurkan mentega dan planta sebagai santapan untuk dinikmati.
Ada pula yang mengaitkan syarikat penerbit filem ini dengan pertubuhan ISMA. Kepada mereka saya katakan: So what!!! Apa masalahnya kalau sesebuah pertubuhan yang ingin mengangkat martabat orang-orang Melayu dan menyeru kepada kesepakatan antara umat demi mendaulatkan agama Islam mempunyai ahli yang menerokai bidang perfileman untuk menawarkan satu pilihan hiburan yang bermanfaat kepada masyarakat Melayu?
Kamu sendiri, bukankah sangat dimaklumi sangat mesra dengan pihak-pihak yang menjulang agenda liberal, terlalu lunak (dan lazimnya mendiamkan diri) terhadap pecubaan-percubaan yang memancing sensitiviti umat Islam dan kerap pula menjadi pembela dan penyokong mereka?
Kononnya terpaling harmonis dan rahmah sehingga merugikan umat dan bangsa!
Sepanjang pemerhatian saya, belum ada lagi mana-mana penerbit Melayu tempatan yang berani mengambil risiko menerbitkan filem bertemakan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah British sebagai produk-produk pertama dan kedua mereka dalam pasaran yang didominasi dan dibanjiri oleh filem-filem Barat ataupun filem-filem tempatan yang bertemakan aksi-aksi lasak dan penuh ‘action’.
Bagaimanapun, kejayaan filem pertama iaitu Mat Kilau telah memecahkan tembok pemikiran bahawa filem Melayu berinspirasikan sejarah perjuangan bangsa masih dapat diterima dan mendapat sambutan luarbiasa dari masyarakat Melayu. Sebelum ini, percubaan pertama untuk menerbitkan filem perlawanan bangsa terhadap British pernah diusahakan oleh Al Marhum Dato’ Jins Shamsuddin tetapi tergendala sehingga beliau meninggal dunia dan percubaan kedua untuk menerbitkan filem yang sama juga terhenti apabila pengarahnya Al Marhum Mamat Khalid meninggal dunia.
Jadi, filem-filem Mat Kilau dan Pendekar Awang bukanlah karya pertama yang cuba dipersembahkan kepada para penonton mengenai episod-episod kepahlawanan bangsa Melayu menentang penjajah British. Akan tetapi ‘layanan’ spesis paling tersakiti ini terhadap Mat Kilau dan terkini Pendekar Awang sangat luarbiasa toksiknya. Seolah-olah terdapat satu hasrat dan impian di pihak mereka supaya filem kedua ini tidak laku dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat.
Kita tidak faham kenapa mereka begitu meluat dengan kemunculan filem-filem bertemakan sejarah yang membawa satu inspirasi baru kepada bangsa Melayu dan umat Islam, yang sejak sekian lama disibukkan dengan pertelingkahan politik, perpecahan, perbalahan dan pertikaian dalam masalah-masalah khilaf agama dan aliran-aliran pemikiran … yang semuanya semakin menjauhkan umat dan bangsa dari menjadi kuat, bersaudara dan berdaulat.
Salah satu langkah yang saya kira boleh ‘melawan’ hasrat dan keinginan kumpulan yang bermasalah di jiwa dan berpenyakit di minda ini ialah dengan menyokong dan menonton filem Pendekar Awang dan mengajak masyarakat Melayu supaya turut merasai sentimen dan mesej yang ingin dikongsi melalui filem ini.
Kredit: Mat Luttfi
Monday, January 22, 2024
Berlakon Suci
Tidak timbul soal tamak susulan keputusan Umno Selangor menolak tawaran ahli majlis pihak berkuasa tempatan, kata Zahid Hamidi.
“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini kerana kami ada 22 ketua-ketua bahagian.
“Jadi kalau ada yang dapat dan ada pula yang tak dapat adalah lebih baik semua tak dapat,” kata presiden Umno.
Terdahulu, Umno Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di Selangor.
Mereka sebaliknya mahu 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu.
Difahamkan terdapat 288 kerusi ahli majlis PBT keseluruhan di Selangor.
Quantum Metal: Tanda Ghuyub - Tanda Terbongkang
Kata gua dengki la... kata gua jeles la... Kah Kah Kah...
Terbongkang la nampaknya |
Wednesday, January 17, 2024
Janganlah Marah
Kerajaan hari nih mana ader kes rasuah... sebab semua yang ader kes dilepaskan... jadi mana ader rasuah..
So... janganlah marah... hahahaha
Kerajaan Madani nih semuanya suci... Mana ada terlibat rasuah |
Thursday, January 11, 2024
Tiada Angin Takkan Pokok Bergoyang
Marilah Bergoyang.... Hehehe |
Tuesday, January 9, 2024
Nikah Muta'ah Adalah Penyelesaian Isu Pernikahan Zaman Moden.
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - An-Nisa (Ayat 24)
1. Seseorang wanita yang berkahwin muta'ah dikehendaki menunggu sehingga selepas 3 kali suci barulah dia boleh menikah muta'ah yang lain.
2. Seseorang lelaki yang berkahwin muta'ah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan perubatan jika pasangan muta'ahnya mengandung dan bersalin. Malah jika ada anak, wajiblah si lelaki (suami muta'ah) itu menanggung kos saraan sehingga anak itu dewasa (sekurang-kurangnya sehingga umur 18 tahun kalu ikut Malaysia)
3. Jika ada anak dalam tempoh perkahwinan muta'ah ini, maka ianya wajib dibinkan (dinasabkan) kepada si bapa (suami muta'ah). Dan anak ini layak mewarisi apa sahaja harta milik ayahnya.
4. Minima tempoh nikah muta'ah adalah sekurang-kurangnya 3 bulan (tidak termasuk tempoh tiga kali suci si wanita yang dikahwini secara muta'ah). Contoh 3 bulan kahwin + 4 bulan masa @ 3 kali suci.
5. Semasa pernikahan muta'ah berlangsung, semua hak-hak sebagai seorang isteri yang sah (sepertimana nikah yang biasa) adalah wajib ditunaikan oleh si suami.
Sebenarnya ada banyak lagi... tapi gua bagi setakat yang ini jer... sebab mesti ramai yang akan trigger dan butthurt dengan post ini... terutamanya Lobai, Ostad, puak feminis dan so-called Islamic purist... mesti puak nih akan serang post gua nih....
By the way..... Hadith tentang larangan nikah muta'ah dari riwayat Muslim tue levelnya Hadith Ahad jer....
أنَّ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ المُتْعَةِ، وَقالَ: أَلَا إنَّهَا حَرَامٌ مِن يَومِكُمْ هذا إلى يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن كانَ أَعْطَى شيئًا فلا يَأْخُذْهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang untuk kahwin mutaah. Baginda bersabda: "Ketahuilah bahawa sejak hari ini kahwin mutaah itu hukumnya haram sampai kiamat nanti. Jadi, sesiapa yang pernah memberikan sesuatu, maka janganlah dia ambil kembali.
(Riwayat Muslim)
Yang baik dan tepat hanya dari Allah Taala, yang silap pastinya dari gua selaku makhluk yang sekadar hamba sahaya jer nih...
Thursday, January 4, 2024
PADU - Logo Pun Ciplak?
Kah Kah Kah...
Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
Wednesday, January 3, 2024
Cara Pakai Talipinggang Keledar Dengan Betul
Cara memakai tali pinggang keledar yang betul.
1. Tali bahu melintangi bahagian dada dan jauhi leher.
2. Suai tali paha melintangi paha di bawah bahagian perut.
Monday, January 1, 2024
Antara Gaza Dengan Kita
.
Di sini ,
Langit bergegar dengan bunga api
menyambut ketibaan Tahun Baru..
Ada juga pesta makan makan
menghirup minuman dalam kegembiraan
sementara menanti hari pagi..
Malam ini penuh warna
dalam pelukan kegembiraan
sana sini anak muda menjerit
Happy New Year....
.
Di sana,
Langit bergegar dengan roket
menyambut ketibaan serangan baru..
Ada yang tiada apa untuk di makan
menghirup kematian dalam tangisan
tidak pasti apakah dapat melihat pagi...
Malam ini berwarna darah
anak anak kecil menjerit
dalam sambutan Dead Year...
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...