VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Dasar. Show all posts
Showing posts with label Dasar. Show all posts

Wednesday, January 24, 2024

Kenapa Ibubapa Pilih MRSM Dan SBP?

(1) Data -data pendidikan terkini menunjukkan berlumba -lumba ibu bapa bumiputera mahu menghantar anak-anak mereka ke MRSM dan SBP. Jumlah permohonan berkali-kali ganda berbanding tempat yang disediakan. https://shrtm.nu/qVe

(2) Semakin ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak ke Sekolah Cina. Sejak lima tahun lalu, kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina telah meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022). Pada tahun 2010, kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus. https://shrtm.nu/qVh

(3) Ibu bapa yang berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Dulu hanya ibu bapa yang betul-betul kaya sahaja tetapi sekarang ada ibu bapa yang sanggup ambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. https://shrtm.nu/qVi

(4) Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti 'cendawan selepas hujan' di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj

(5) Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan 'homeschooling' untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk

(6) Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu 'mengelak atau'by pass' daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Soalan: Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk 'by pass' sekolah harian (SK dan SMK)? 

  • Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka? 
  • Apakah ibubapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik? 
  • Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak mengembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka? 
  • Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor 'dinosour'? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah 'ketinggalan zaman?. Semakin hari semakin 'pupus' (baca:kepercayaan) ibu bapa?

Kita boleh berbeza pandangan. Tetapi data-data yang ada mengesahkan semakin ramai ibu bapa yang telah 'by pass' sekolah harian kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian.



Tuesday, August 22, 2023

Bagooshlah

Ini berita bagoosh.... Pelaburan sebanyak RM100 bilion untuk Malaysia... 

Cuma...

Cuma harapnya ianya akan memanfaatkan warga kerja dari Malaysia la... kita takmo ader pelaburan RM100 bilion bagai... tapi jumlah pekerja tempatan warga Malaysia cuma tak lebih dari 5% jer... selain dari itu yang dapat manfaat terbesar sampai 95% adalah pekerja asing....  

Pekerja asing bawak keluar duit dari negara hampir 90% daripada pendapatan mereka. Hanya sekitar 10% jer yang pekerja warga asing ni gunakan dalam negara ini yang menjanakan ekonomi tempatan.. Kalau pekerja tempatan 100% duit mereka akan digunakan untuk menjanakan ekonomi tempatan... Disini kita rugi cukup banyak..

Macam apa yang dah berlaku sebelum nih... Huhuhu... 

Tagune ader pelaburan masuk beratus bilion tapi hanya seciput jer dapat dimanfaatkan oleh warganegara... huhuhu... Polisi dan Dasar pelaburan kena jelas dan menjamin hak-hak warga tempatan mesti didahulukan.

Ini semua gambang jer bhai..

Adakah Menguntungkan Malaysia?


Saturday, November 5, 2022

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?


Pertama sekali kita kena tahu berapa ramai bilangan pengundi dari kategori Undi 18.

Dari data yang ada... ada seramai 1.4 juta pengundi dari Undi 18 yang akan pertama kali mengundi. Mereka ini adalah dari senarai umur 18, 19 dan 20 tahun. 

Mereka ini adalah golongan Z ... yang kita boleh kaitkan dengan generasi TikTok.... Input mereka tentang politik pastinya akan didasari pada apa yang terpapar di TikTok... Dan mana-mana kempen serta propaganda yang dipaparkan melalui TikTok akan lebih cepat masuk ke hati nurani mereka.

Pengundi Undi 18 nih kurang mengenali calon-calon Politik terutamanya yang berstatus dinasor... melainkan mana-mana calon yang aktif di media sosial terutamanya TikTok.

Dari satu segi... Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin, Cleopatra dan beberapa nama lagi memang dapat tumpuan dari pengundi Undi 18. 


Pada 2018 (PRU14) ... semua pengundi Undi 18 ini sebenarnya masih berada di peringkat Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)... dan kecaknaan mereka berkenaan politik hanya berkisar kepada apa yang mereka lihat dari kekalutan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Mereka tiada kecaknaan terhadap Barisan Nasional (kemungkinan ada sedikit bersandarkan input dari ahli keluarga mereka yang lebih senior.

Jadi...

Apakah yang pengundi dari Undi 18 ini mahukan?

1. Mereka pastinya inginkan satu jaminan akan adanya pekerjaan yang menanti mereka selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat tinggi sama ada di IPTA mahupun IPTS. Adakah ada tempat untuk mereka dalam perkhidmatan awam? Jika terpaksa mereka mendapatkan pekerjaan di sektor swasta adakah dasar gaji yang diterima berpadanan dengan apa yang sepatutnya mengikut kelulusan pendidikan mereka?

2. Apa polisi dan dasar yang dapat mengurangkan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang hampir kesemua mereka telah ambil. Ini juga berkait rapat dengan isu nombor 1.

3. Apakah bantuan dari pihak berwajib yang disediakan serta dipermudahkan untuk mereka untuk memulakan perniagaan offline dan online. Adakah ada geran dan dana mikro yang mudah diakses oleh mereka. Bagaimana pula dengan sekatan dari PTPTN jika mereka gagal melunaskan pembayaran pinjaman pelajaran.

Jadi... jika ada mana-mana parti politik yang lebih mengutamakan apa yang pengundi Undi 18 ini mahukan... peluang untuk memenangi undi sebanyak 1.4 juta adalah terbentang luas.

Make your move wisely dan jangan tipu pengundi Undi 18.

#Undi18 #Vote18 #PilihanBijak #KamiAdalahRaja #KingMaker



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah