VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Bumiputera. Show all posts
Showing posts with label Bumiputera. Show all posts

Wednesday, January 24, 2024

Kenapa Ibubapa Pilih MRSM Dan SBP?

(1) Data -data pendidikan terkini menunjukkan berlumba -lumba ibu bapa bumiputera mahu menghantar anak-anak mereka ke MRSM dan SBP. Jumlah permohonan berkali-kali ganda berbanding tempat yang disediakan. https://shrtm.nu/qVe

(2) Semakin ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak ke Sekolah Cina. Sejak lima tahun lalu, kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina telah meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022). Pada tahun 2010, kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus. https://shrtm.nu/qVh

(3) Ibu bapa yang berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Dulu hanya ibu bapa yang betul-betul kaya sahaja tetapi sekarang ada ibu bapa yang sanggup ambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. https://shrtm.nu/qVi

(4) Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti 'cendawan selepas hujan' di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj

(5) Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan 'homeschooling' untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk

(6) Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu 'mengelak atau'by pass' daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Soalan: Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk 'by pass' sekolah harian (SK dan SMK)? 

  • Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka? 
  • Apakah ibubapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik? 
  • Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak mengembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka? 
  • Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor 'dinosour'? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah 'ketinggalan zaman?. Semakin hari semakin 'pupus' (baca:kepercayaan) ibu bapa?

Kita boleh berbeza pandangan. Tetapi data-data yang ada mengesahkan semakin ramai ibu bapa yang telah 'by pass' sekolah harian kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian.



Tuesday, January 23, 2024

Kenapa Fobia Dengan Filem Mat Kilau Dan Pendekar Awang?

Kenapa Fobia Dengan Filem Mat Kilau Dan Pendekar Awang?

Sejak kemunculan Filem Mat Kilau pada kali pertama pada tahun 2022 dan terkini filem Pendekar Awang pada tahun 2024, sudah terdapat beberapa suara sumbang yang semakin nyaring cuba meremehkan filem-filem ini. Saya tidak merujuk kepada komen-komen atau kritikan-kritikan yang bersifat membina dan objektif terhadap sudut-sudut teknikal, pemilihan pelakon atau skrip atau busana atau senjata dan sebagainya. Tetapi kepada penerbitan dan pembikinan kedua-dua filem itu sendiri.

Spesis Netizen seperti ini (termasuk yang bukan-Melayu/Muslim dan juga mereka yang suka kritik/kecam tanpa bersebab) seakan-akan tidak berpuashati bahawa sebuah syarikat Bumiputera Melayu mampu mengeluarkan dan menerbitkan filem berdasarkan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah British. Komen-komen tentang peranan talibarut Cina (dan askar-askar upahan Sikh) sudah kedengaran sejak dari filem Mat Kilau lagi tetapi ia tidak begitu signifikan sangat.

Yang dipertikaikan (atau mungkin yang menjadikan mereka gelisah kepanasan) adalah hakikat bahawa sebuah syarikat penerbitan tempatan berstatus Bumiputera cuba memasukkan elemen-elemen kepentingan agama Islam, patriotisma dan cintakan tanahair, kedaulatan bangsa dan kekuatan persatuan Melayu dan kebencian terhadap penjajahan melalui platform seni dan filem untuk ditayangkan kepada rakyat Malaysia. Maka menderulah komen-komen mereka mengecam dan mengkritik kedua-dua filem ini bagaikan makhluk yang kerasukan, melalui profail-profail palsu Facebook dan ‘cybertroopers’ maya mereka yang takut mendedahkan identiti sebenar masing-masing.

Setiap aspek dari unsur-unsur keMelayuaan, agama Islam, sejarah penentangan Melayu terhadap penjajah, persenjataan yang digunakan, seni bela diri yang dipersembahkan, paparan mengenai berkuda dan memanah, dialog-dialog yang di luar kelaziman pada filem-filem Melayu dan mesej-mesej besar yang ingin disampaikan … semuanya tidak terlepas dari radar sasaran dan bidikan komen-komen sinis mereka.

Mereka ini berkeliaran di dalam banyak Page dan akaun Facebook mengenai perfileman dan ada juga yang aktif di luar Page-page tentang filem dan tidak kurang juga yang menempel pada status-status pengkritik dan pengulas filem. Kemungkinan juga mereka adalah tentera-tentera maya yang dibayar untuk meng-Isr4el-kan filem-filem seumpama ini.

Apa yang tersirat di sebalik semua kecaman dan kritikan itu adalah satu fobia terhadap kemampuan orang-orang Melayu atau syarikat penerbitan Melayu yang menjadikan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah sebagai produk dan jenama yang ditawarkan kepada para penonton. Seolah-olah mereka tidak mahu orang-orang Melayu kembali sedar dan terinspirasi serta menghidupkan semangat para pahlawan dan sensitif terhadap isu-isu kedaulatan bangsa, tanahair dan juga agama.

Tanda Putera misalnya, sebuah filem arahan Shuhaimi Baba dan diterbitkan oleh Pesona Pictures tentang politik Malaysia pasca peristiwa Mei 1969 juga pernah dikecam oleh puak-puak rasis dan cauvinis Cina kononnya kerana membawa naratif dan persepsi buruk tentang parti dan pemimpin-pemimpin DAP pada ketika itu.

Perangai dan wajah sebenar mereka akan terdedah apabila kita cuba mengkritik filem-filem yang menonjolkan agenda liberal, atheisma, kemurtadan dan perlecehan terhadap isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu. Pantang ditegur atau dikritik dalam aspek-aspek ini, mereka akan segera menerpa dari tempat-tempat persembunyian mereka, menyeringai dan melenting dalam bantahan dan komen-komen balas mereka.

Filem-filem yang mereka sokong pula kononnya adalah dalam kategori Avant Garde, layak mendapat Oscar, punya nilai produksi yang tinggi, mengagungkan keinsanan, mendapat sentuhan sutradara terulung dan dijulang oleh industri perfileman Barat – dan atas sebab-sebab itu tidak boleh disentuh apatah lagi dikritik atau ditegur. Filem-filem sampah dan bangkai seperti ini jugalah yang dijulang, meskipun ia membawa mudarat, merosakkan minda, meracuni jiwa dan sangat berlawanan dengan budaya dan agama.

Barangkali mereka lebih menyukai filem-filem berunsurkan mentega dan planta sebagai santapan untuk dinikmati.

Ada pula yang mengaitkan syarikat penerbit filem ini dengan pertubuhan ISMA. Kepada mereka saya katakan: So what!!! Apa masalahnya kalau sesebuah pertubuhan yang ingin mengangkat martabat orang-orang Melayu dan menyeru kepada kesepakatan antara umat demi mendaulatkan agama Islam mempunyai ahli yang menerokai bidang perfileman untuk menawarkan satu pilihan hiburan yang bermanfaat kepada masyarakat Melayu?

Kamu sendiri, bukankah sangat dimaklumi sangat mesra dengan pihak-pihak yang menjulang agenda liberal, terlalu lunak (dan lazimnya mendiamkan diri) terhadap pecubaan-percubaan yang memancing sensitiviti umat Islam dan kerap pula menjadi pembela dan penyokong mereka?

Kononnya terpaling harmonis dan rahmah sehingga merugikan umat dan bangsa!

Sepanjang pemerhatian saya, belum ada lagi mana-mana penerbit Melayu tempatan yang berani mengambil risiko menerbitkan filem bertemakan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah British sebagai produk-produk pertama dan kedua mereka dalam pasaran yang didominasi dan dibanjiri oleh filem-filem Barat ataupun filem-filem tempatan yang bertemakan aksi-aksi lasak dan penuh ‘action’.

Bagaimanapun, kejayaan filem pertama iaitu Mat Kilau telah memecahkan tembok pemikiran bahawa filem Melayu berinspirasikan sejarah perjuangan bangsa masih dapat diterima dan mendapat sambutan luarbiasa dari masyarakat Melayu. Sebelum ini, percubaan pertama untuk menerbitkan filem perlawanan bangsa terhadap British pernah diusahakan oleh Al Marhum Dato’ Jins Shamsuddin tetapi tergendala sehingga beliau meninggal dunia dan percubaan kedua untuk menerbitkan filem yang sama juga terhenti apabila pengarahnya Al Marhum Mamat Khalid meninggal dunia.

Jadi, filem-filem Mat Kilau dan Pendekar Awang bukanlah karya pertama yang cuba dipersembahkan kepada para penonton mengenai episod-episod kepahlawanan bangsa Melayu menentang penjajah British. Akan tetapi ‘layanan’ spesis paling tersakiti ini terhadap Mat Kilau dan terkini Pendekar Awang sangat luarbiasa toksiknya. Seolah-olah terdapat satu hasrat dan impian di pihak mereka supaya filem kedua ini tidak laku dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat.

Kita tidak faham kenapa mereka begitu meluat dengan kemunculan filem-filem bertemakan sejarah yang membawa satu inspirasi baru kepada bangsa Melayu dan umat Islam, yang sejak sekian lama disibukkan dengan pertelingkahan politik, perpecahan, perbalahan dan pertikaian dalam masalah-masalah khilaf agama dan aliran-aliran pemikiran … yang semuanya semakin menjauhkan umat dan bangsa dari menjadi kuat, bersaudara dan berdaulat.

Salah satu langkah yang saya kira boleh ‘melawan’ hasrat dan keinginan kumpulan yang bermasalah di jiwa dan berpenyakit di minda ini ialah dengan menyokong dan menonton filem Pendekar Awang dan mengajak masyarakat Melayu supaya turut merasai sentimen dan mesej yang ingin dikongsi melalui filem ini.

Kredit: Mat Luttfi



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah