VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label NGO. Show all posts
Showing posts with label NGO. Show all posts

Saturday, February 11, 2023

Makin Jahanam Jadinya

Payah aaa...

Kalu tak berhati-hati... puak-puak lahanat nih akan gunakan macam-macam cara untuk dapatkan mileage bagi industri Vape nih... Pegawan KKM kena la berhati-hati...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) mendakwa seorang daripada individu yang menghadiri pertemuan dengan dua pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), adalah pemegang jawatan sebuah firma produk tembakau.

Ini susulan kenyataan KKM sebelum ini yang menafikan bahawa dua pegawai kanannya dikatakan telah bertemu wakil daripada industri tembakau, yang melanggar Artikel 5.3 Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) dan polisi berkaitan.

Sebaliknya, KKM pada 2 Februari lalu, menjelaskan bahawa dua pegawai kementerian itu telah dikunjungi dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai pemilik syarikat basikal Putrajaya dan syarikat percetakan.

Menerusi kenyataan media yang dihantar, MCTC juga melampirkan gambar individu berkenaan yang juga adalah presiden sebuah NGO berkaitan industri vape.

Menurut laman Facebook NGO itu, ia memperkenalkan pertubuhan tersebut sebagai organisasi bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan mengawal selia industri vaping di Malaysia.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam memperjuangkan vape sebagai alternatif yang berdaya maju dan "lebih sihat" berbanding merokok.

Sunday, December 11, 2022

Keahlian Sudah Dibuka

Kah Kah Kah

Berminat ka nak join NGO Muafakat Nasional nih?? Kalu berminat boleh register???

Kah Kah Kah

Gua?? Maaflah... gua bukan spesis layan benda-benda macam nih... 



Thursday, November 3, 2022

Tak Ada Siapa Nak Ambil Tahu ..

Payah bhai... Payah...

Orang politik nih payah... diorang cuma nak untung depa jer.. nak kuasa .. nak jawatan... nak pendapatan... nak bisnes...

Diorang mana ader pikir pasai masalah yang dialami oleh Marhaen Mustad'afin... memang takkan amik port pun... buat derk jer...

Tambah lagi kalu dah menang...



Sunday, July 18, 2021

Ebit Lew - Rajin Buat Drama Sedih

Drama Sedih Ebit Lew

Tak habis-habit Ebit Lew ni dengan berdrama... Sikit-sikit drama... dah macam trademark lah pulak. Betul-betul kuat drama la..

Adoilah. Payah spesis macam ni... udahlah pentaksub umpama Cult la pulak sekarang ni... hahaha...

Sabor je la.. Rajin betul Ebit Lew buat drama

#EbitLew #Elewsmart #DramaKing #Caprice #NGO

Sunday, July 11, 2021

Bantuan Kit Kebersihan Wanita

Bantuan Kit Kebersihan Wanita

Nampaknya kempen #BenderaPutih telah berjaya mengilhamkan kempen bantuan kit kebersihan wanita.... Alhamdulillah... Program Bantuan Kit Kebersihan Wanita ini adalah bagus untuk menangani satu keperluan yang meruncing bagi set kebersihan wanita.

Tuala wanita, pil menstrual, ubat gigi, deodoran dan pencukur adalah sesuatu yang penting dimana banyak pihak terpaksa melupakannya disaat genting ini demi kepada keperluan bahan makanan.

So... yang masih mampu silalah berikan kerjasama dan bantuan.

#KitKebersihanWanita #TualaWanita

Friday, July 9, 2021

Kita Jaga Malaysia (kitajaga co) - WebApps Platform

Saya sangat setuju dengan WebApps KitaJaga,co di https://kitajaga.co ini .... dan saya berharap agak semua Pusat Khidmat DUN dan Pusat Khidmat Parlimen dapat listedkan maklumat mereka didalam portal ini.

Supaya ianya dapat memudahkan masyarakat untuk mendapatkan bantuan.

Inisiatif ini perlu disokong dengan baiknya

#KitaJaga #KitaJagaMalaysia #TeratoTech #BenderaPutih

Tuesday, December 23, 2014

Bila Ibu Lembu Beri Nasihat.

Saya ketawa. Sungguh saya ketawa. Bukan apa sekadar ketawa bila ibu lembu beri nasihat. Boleh pulak kata mungkin kejadian cabut banner itu mungkin bukan dilakukan oleh PERKASA.

Mesti Shahrizat tidak tonton TV atau YouTube. Kesian. Terlepas keretapi nampaknya.






Sunday, July 14, 2013

Hanya Dua NGO Sahaja? Dimana JATI, PERKASA, PEKIDA?

Pelik bin ajaib. Mana pergi NGO JATI, PERKASA, PEKIDA, JMM dan lain-lain lagi. Tidak mungkin semua tidur. Tidak mungkin semua tidak tahu. Tidak mungkin semua NGO ini sudah dibubarkan. Pelik. Mana pergi Persatuan Veteran Tentera yang pernah buat senaman punggung tempohari. Hilang atau sudah mati kah?


JOHOR BAHRU - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pengerusi Usahanita Cawangan Kulaijaya Mazanah Mohammad Zain dan Timbalan Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Tanjung Puteri Fauziah Abdullah membuat laporan berkenaan di Balai Polis Tampoi, di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, Mazanah, 56, menyifatkan perbuatan pasangan itu sebagai menghina kesucian Islam dan tidak wajar dilakukan atas dasar menghormati masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Saya menerima satu sistem pesanan multimedia (MMS) mengenainya pada pukul 9.30 pagi ini ketika berada di rumah.

"Saya berasa sangat marah kerana perbuatan ini mempersendakan agama Islam dan sehubungan itu saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Sebelum ini, pasangan itu pernah mencetuskan kontroversi di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah