VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Wednesday, April 5, 2023

Ada Pula Bajetnya?

Kah kah kah...

Itu hari kata kalu nak serapkan doktor kontrak seramai 4000 orang... akan menyebabkan kerajaan berbelanja sebanyak RM10 Bilion setahun.... macam la gaji seorang doktor kontrak ni adalah RM208 ribu sebulan.... Hahaha... kencing ja tue...

Nih siap nak kata akan serapkan seramai 12,800 doktor kontrak ....

Berapa pulak belanjanya.... Hahaha... lebih dari RM30 bilion kan.... ada pula bajetnya???? 

Hahahaha.... kalu bab sembang gempak.... bagilah kat Anwar Ibrahim nih... hahaha... semua akan digempakkan... harga pon boleh dibloatedkan ... macam takder rasa bersalah.... Hahaha... Lebih RM30 bilion tue...  ader ke bajetnya?

Dana mana pulak nak kutip???

Sembang... Sembang....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Saturday, March 19, 2022

Lakonan Drama Ala Porno Zul Ariffin

Pening dah industri hiburan Malaysia nih.. sampai naskhah macam ini pon boleh diperbuat... Sampaikan elemen-elemen kelucahan dan ala porno pun dimasukkan dalam karya dan skrip. Adoilah...

Tahulah nak buat sales dan target box office... tapi ini bukan caranya... Drama, Lakonan dan Filem adalah diterbitkan sebagai satu medium untuk mendidik masyarakat. Bukannya sebagai medium untuk merosakkan dan menjahanamkan...

Macam takder etika jer la pengarah (Erma Fatima) yang buat drama ini... Adoilah...

#ZulAriffin #PerempuanItu #Porno #SoftPort #Lucah #Etika #ErmaFatima #SitiHariesa #Jalang #Seksual #Sensual #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Monday, May 13, 2013

Siapa Dayah Bakar?

Dayah Bakar? Siapa Dayah Bakar? Majistret, Loyar, Ahli Musik, Penyanyi. Makin ramai yang ingin menjadi terkenal dalam dunia hiburan. Ada Akademi Fantasia, Ada One In A Million. Ada Bintang RTM. Malah ada Imam Muda dan Ustazah Pilihan. Macam-macamlah dunia ini. Ini artis Hijabista.


NAMA Dayah Bakar mungkin belum setanding nama-nama besar seperti Ajai, Kunci Demak, Yuna, Aizat mahupun Awi Rafali, namun, salah satu karyanya sudah pernah dinyanyikan Lena AF9, iaitu Sisa Kisah Kita.

Dayah yang masih baru bertapak dalam industri akui sukar baginya untuk terus berkarya ekoran masih belum dikenali.

“Sebelum ini, Dayah pernah buat lirik untuk Sisa Kisah Kita bersama Kunci Demak dan lagu Teman untuk Caprice feat Hayad.

“Tapi, secara jujurnya, Dayah cakap...susah. Memang susah nak mulakan dalam industri muzik ini sebab kita tak ada nama,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media Hijabista TV, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut soal penciptaan lagu, Dayah berkata, beliau mempunyai impian agar lagu ciptaannya dapat dinyanyikan Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.

“Ada lagu yang Dayah buat nak bagi pada Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Dayah dah boleh bayangkan Amy Search nyanyi tapi Dayah masih tak ada nama dalam industri, jadi, insya-ALLAH satu hari nanti.

“Lagu untuk Datuk Siti...itu memang impian Dayah, tak payah bayar pun tak apa sebab Dayah mahu beliau menyanyikan lagu itu,” katanya yang mengambil contoh lagu hebat Siti Nurhaliza seperti Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

Menegaskan mahu menjadi pencipta lagu yang boleh memberi sesuatu kepada industri, Dayah yakin lagu ciptaannya lain daripada yang lain.

“Dayah betul-betul nak jadi pencipta lagu yang boleh memberikan sesuatu...yang ada kelainan pada industri muzik tanah air.

“Sebab Dayah percaya, lagu Dayah bukan macam lagu yang biasa kita dengar di radio. Di Malaysia, Dayah lihat kita banyak nak tiru lagu dari luar. Sekarang, asal ada muzik kemudian lirik berulang-ulang pun dah jadi,” katanya.

Bercakap soal perancangannya pula, Dayah merancang untuk mengeluarkan single selepas tamat mengacarakan program Hijabista di Astro Ria.

Dayah bakal bergandingan bersama tiga pengacara baru, Syakirin Husnal, Yasmin Mathhews dan Faatin Bakar dalam program terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Hijabista yang mula bersiaran, malam ini.

“Sebelum ini saya tidak lagi diberi peluang untuk ‘keluar’, jadi, insya-ALLAH, Hijabista ini bakal menjadi permulaan kepada Dayah. Mungkin Dayah akan keluarkan single. Ada satu lagu yang sesuai untuk wanita bertudung.

“Lagu itu sudah siap tapi belum dirakam lagi. Tapi sebenarnya Dayah sedang fikir sama ada nak bagi penyanyi lain atau nak nyanyi sendiri lagu itu,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Dayah mencipta lagu bagi duo vokal, Hayad menerusi album pertama mereka, Cinta Pertama.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah