VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Harga. Show all posts
Showing posts with label Harga. Show all posts

Thursday, October 5, 2023

Blacklist Jer Artis Kekwat

Benda senang...

Lain kali semua kedai makan, jangan layan atau amik order dari artis yang terkenal kekwat... Karang tak pasai kedai korang kena viral... Bila depa datang jer... cakap barang niaga dah abis...


Supaya lain kali depa beragak sikit.... RM63 seorang untuk makanan laut ikan, ketam, sotong dan udang.... berbaloi la wei.... 

Hahaha



Friday, August 4, 2023

Senyap Je

Kah Kah Kah...

Dalam era digital hari ini, semua orang memerlukan akses internet untuk bekerja, belajar dan terus berhubung.

Rakyat Malaysia telah dijanjikan perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah oleh Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Madani berikutan pelaksanaan MSAP baharu pada Mac 2023.

Bagaimanapun, selepas empat bulan kemudian, tiada kedengaran akan ada semakan harga utama, dan nampaknya SKMM tidak berminat nak menguatkuasakan kadar borong baharu itu.

Pembuat dasar (Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX Anwar Ibrahim) perlu meletakkan kakinya dan memastikan MSAP dilaksanakan tanpa berlengah-lengah, supaya semua pengguna boleh mendapat manfaat daripada kos jalur lebar gentian optik yang lebih rendah.

Nampaknya Kerajaan Perpaduan juga gagal seperti mana Kerajaan sebelumnya...



Wednesday, December 28, 2022

Janji Boleh Buat Duit ...

Kah Kah Kah ...

Kira okeh lagi nih... hehehe... cuba kalu depa pajak keranda terpakai siap dengan ada jenazah skali didalamnya....... macam mana la gamaknya... 

Jahanam dunia nih...

Kah Kah Kah ...


Mengejutkan apabila keranda terpakai ditemukan di syarikat pajak gadai di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, keranda kelabu yang besar dengan hiasan emas muncul di Kedai Pajak Pasternack di Aurora, Colorado, dan dijual pada harga AS$499 (kira-kira RM2,347).

Menurut KDVR-TV, barang pelik itu ditukar dengan pinjaman tunai, awal tahun ini.

Salah seorang petugas kedai, Scott Pasternack berkata, keranda itu hanyalah sebahagian daripada perkara yang digadai pelanggan, baru-baru ini, kerana krisis kos sara hidup di negara itu semakin meruncing.

"Pinjaman (diberikan) kami melonjak dengan ekonomi yang merosot dan orang ramai memerlukan lebih banyak wang," katanya kepada stesen televisyen (TV) berkenaan.

Seorang pelanggan tanpa nama juga menjelaskan bagaimana mereka terpaksa menggadai barangan dengan lebih kerap daripada biasa.

"Ketika masa semakin sukar, kadar inflasi menyebabkan saya datang sebulan sekali sekarang menjual barangan," katanya.

Seperti semua krisis sekalipun, seseorang cenderung mendapat manfaat dengan pelanggan mendapatkan tawaran murah daripada peningkatan pilihan barangan kedai.

Roxi Kessler berkata kepada stesen televisyen itu "Anda tidak mampu membeli apa-apa kerana harga petrol sangat tinggi sehingga menaikkan harga segala-galanya. Makanan, insurans, semuanya.

"Harganya melambung tinggi. Anda tidak mampu untuk membeli sesuatu yang baharu," katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah