VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Pajak. Show all posts
Showing posts with label Pajak. Show all posts

Tuesday, October 3, 2023

Modal Ciput? Nak Mulakan Perniagaan?

Modal Ciput? Nak Mulakan Perniagaan?

Relaks aaa... Modal Ciput?.. Sapa kata tak boleh nak buat bisnes @ perniagaan besar dengan modal ciput? Banyak jer orang buat bisnes dengan modal ciput. Takder isu pun kalu modal ciput. Yang penting usaha. Yang penting kena start buat.. tak kisah la modal ciput atau modal bersepah banyak.

Tak payah nak tunggu lama... nak kumpul modal... Ada idea jer terus buat. Banyak sangat fikir nanti tak ada apa yang akan start. Bisnes tak mula ... Perniagaan tak mula... Alasan modal ciput.... Banyak sangat alasan semuanya tak mula...

Beli buku MULA - Modal Ciput nih dan dapatkan idea-idea segar malar yang boleh buatkan anda mulakan perniagaan... walaupun dengan modal yang sikit.. walaupun dengan modal yang ciput... modal dari pinjam adik beradik... pinjam kawan-kawan dan sebagainya... jangan modal pinjam along sudah la...

Kalu ader gelang atau rantai emas yang terlebih tue... jadikan ianya modal untuk mula bisnes... cagar atau pajar di Ar-Rahnu... cari Ar-Rahn kat mana-mana.... dapatkan pembiayaan atas emas korang tue.. jadikan ianya modal untuk mula kan perniagaan... kena mula juga walaupun modal ciput...

Mulakan sekarang..

Dapatkan Buku Ini Sekarang


Wednesday, December 28, 2022

Janji Boleh Buat Duit ...

Kah Kah Kah ...

Kira okeh lagi nih... hehehe... cuba kalu depa pajak keranda terpakai siap dengan ada jenazah skali didalamnya....... macam mana la gamaknya... 

Jahanam dunia nih...

Kah Kah Kah ...


Mengejutkan apabila keranda terpakai ditemukan di syarikat pajak gadai di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, keranda kelabu yang besar dengan hiasan emas muncul di Kedai Pajak Pasternack di Aurora, Colorado, dan dijual pada harga AS$499 (kira-kira RM2,347).

Menurut KDVR-TV, barang pelik itu ditukar dengan pinjaman tunai, awal tahun ini.

Salah seorang petugas kedai, Scott Pasternack berkata, keranda itu hanyalah sebahagian daripada perkara yang digadai pelanggan, baru-baru ini, kerana krisis kos sara hidup di negara itu semakin meruncing.

"Pinjaman (diberikan) kami melonjak dengan ekonomi yang merosot dan orang ramai memerlukan lebih banyak wang," katanya kepada stesen televisyen (TV) berkenaan.

Seorang pelanggan tanpa nama juga menjelaskan bagaimana mereka terpaksa menggadai barangan dengan lebih kerap daripada biasa.

"Ketika masa semakin sukar, kadar inflasi menyebabkan saya datang sebulan sekali sekarang menjual barangan," katanya.

Seperti semua krisis sekalipun, seseorang cenderung mendapat manfaat dengan pelanggan mendapatkan tawaran murah daripada peningkatan pilihan barangan kedai.

Roxi Kessler berkata kepada stesen televisyen itu "Anda tidak mampu membeli apa-apa kerana harga petrol sangat tinggi sehingga menaikkan harga segala-galanya. Makanan, insurans, semuanya.

"Harganya melambung tinggi. Anda tidak mampu untuk membeli sesuatu yang baharu," katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah