Kira okeh lagi nih... hehehe... cuba kalu depa pajak keranda terpakai siap dengan ada jenazah skali didalamnya....... macam mana la gamaknya...
Jahanam dunia nih...
Kah Kah Kah ...
Mengejutkan apabila keranda terpakai ditemukan di syarikat pajak gadai di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Daily Star melaporkan, keranda kelabu yang besar dengan hiasan emas muncul di Kedai Pajak Pasternack di Aurora, Colorado, dan dijual pada harga AS$499 (kira-kira RM2,347).
Menurut KDVR-TV, barang pelik itu ditukar dengan pinjaman tunai, awal tahun ini.
Salah seorang petugas kedai, Scott Pasternack berkata, keranda itu hanyalah sebahagian daripada perkara yang digadai pelanggan, baru-baru ini, kerana krisis kos sara hidup di negara itu semakin meruncing.
"Pinjaman (diberikan) kami melonjak dengan ekonomi yang merosot dan orang ramai memerlukan lebih banyak wang," katanya kepada stesen televisyen (TV) berkenaan.
Seorang pelanggan tanpa nama juga menjelaskan bagaimana mereka terpaksa menggadai barangan dengan lebih kerap daripada biasa.
"Ketika masa semakin sukar, kadar inflasi menyebabkan saya datang sebulan sekali sekarang menjual barangan," katanya.
Seperti semua krisis sekalipun, seseorang cenderung mendapat manfaat dengan pelanggan mendapatkan tawaran murah daripada peningkatan pilihan barangan kedai.
Roxi Kessler berkata kepada stesen televisyen itu "Anda tidak mampu membeli apa-apa kerana harga petrol sangat tinggi sehingga menaikkan harga segala-galanya. Makanan, insurans, semuanya.
"Harganya melambung tinggi. Anda tidak mampu untuk membeli sesuatu yang baharu," katanya.
No comments:
Post a Comment