VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Industri. Show all posts
Showing posts with label Industri. Show all posts

Tuesday, August 22, 2023

Bagooshlah

Ini berita bagoosh.... Pelaburan sebanyak RM100 bilion untuk Malaysia... 

Cuma...

Cuma harapnya ianya akan memanfaatkan warga kerja dari Malaysia la... kita takmo ader pelaburan RM100 bilion bagai... tapi jumlah pekerja tempatan warga Malaysia cuma tak lebih dari 5% jer... selain dari itu yang dapat manfaat terbesar sampai 95% adalah pekerja asing....  

Pekerja asing bawak keluar duit dari negara hampir 90% daripada pendapatan mereka. Hanya sekitar 10% jer yang pekerja warga asing ni gunakan dalam negara ini yang menjanakan ekonomi tempatan.. Kalau pekerja tempatan 100% duit mereka akan digunakan untuk menjanakan ekonomi tempatan... Disini kita rugi cukup banyak..

Macam apa yang dah berlaku sebelum nih... Huhuhu... 

Tagune ader pelaburan masuk beratus bilion tapi hanya seciput jer dapat dimanfaatkan oleh warganegara... huhuhu... Polisi dan Dasar pelaburan kena jelas dan menjamin hak-hak warga tempatan mesti didahulukan.

Ini semua gambang jer bhai..

Adakah Menguntungkan Malaysia?


Sunday, May 7, 2023

Impak dalam Industri terkait isu kualiti seorang Jurutera Awam dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Pengenalan

Dalam era globalisasi dan pesatnya pembangunan infrastruktur di seluruh dunia, keperluan akan jurutera awam yang berkualiti semakin meningkat. Jurutera awam memainkan peranan penting dalam membantu membina infrastruktur yang selamat, bermutu dan lestari. Oleh itu, kualiti pendidikan jurutera awam di Malaysia menjadi sangat penting. Artikel ini akan membincangkan impak dalam industri berkaitan dengan isu kualiti seorang jurutera awam dari institusi pengajian tinggi Malaysia.

Penilaian Kualiti Jurutera Awam

Pembangunan infrastruktur memerlukan penyediaan perancangan yang terperinci, pemilihan bahan dan teknologi yang sesuai, serta pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan projek-projek tersebut. Oleh itu, kualiti jurutera awam menjadi faktor yang penting dalam menjamin kelancaran pembangunan infrastruktur. Kualiti jurutera awam boleh dinilai dari pelbagai aspek, antaranya ialah:

1. Keupayaan teknikal - Kemahiran teknikal merupakan aspek yang paling penting dalam menilai kualiti jurutera awam. Keupayaan untuk merancang, mengatur dan melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur adalah sangat penting. Jurutera awam yang berkualiti harus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah teknikal yang rumit.

2. Kemahiran komunikasi - Jurutera awam yang berkualiti perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran ini membolehkan jurutera awam berinteraksi dengan rakan sekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan lain dengan mudah dan efektif.

3. Kemahiran kepimpinan - Kepimpinan adalah aspek penting dalam bidang kejuruteraan. Jurutera awam yang berkualiti perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi untuk dapat memimpin pasukan projek dengan berkesan dan membimbing ahli pasukan projek untuk mencapai objektif projek yang telah ditetapkan.

4. Etika profesional - Etika profesional menjadi faktor penting dalam menilai kualiti seorang jurutera awam. Jurutera awam yang berkualiti harus mempunyai etika yang tinggi dan menjunjung tinggi nilai-nilai profesionalisme dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

Impak terhadap Industri

Isu kualiti seorang jurutera awam dari institusi pengajian tinggi Malaysia mempunyai impak yang besar terhadap industri. Jika kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pengajian tinggi tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan, jurutera awam yang dilahirkan dari institusi tersebut mungkin mempunyai kekurangan dalam kemahiran teknikal, komunikasi, kepimpinan dan etika profesional. Hal ini boleh menjejaskan kelancaran pembangunan infrastruktur dan reputasi industri kejuruteraan di Malaysia.

Isu kualiti jurutera awam juga boleh mempengaruhi kebolehpasaran graduan dalam industri.

Oleh itu, sebagai tindak balas terhadap isu kualiti yang dihadapi oleh jurutera awam, Institusi Pengajian Tinggi perlu mempertingkatkan lagi program pengajian mereka untuk memastikan jurutera yang dihasilkan memenuhi keperluan industri. Ini termasuklah memperkenalkan kursus-kursus terkini dalam bidang kejuruteraan, menyediakan kemudahan yang berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran, dan menyediakan latihan yang cukup bagi pelajar.

Selain itu, kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri juga perlu ditingkatkan untuk memastikan program pengajian mencerminkan keperluan industri dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Industri juga boleh memberikan maklum balas terhadap program pengajian yang ditawarkan dan menyediakan peluang latihan dan kerja bagi graduan.

Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu berperanan dalam memastikan institusi pengajian tinggi menyediakan program pengajian yang berkualiti dan memenuhi keperluan industri. Mereka boleh melakukan penilaian dan penyelidikan tentang kualiti program pengajian yang ditawarkan dan memberikan panduan dan arahan kepada institusi pengajian tinggi untuk memperbaiki program pengajian.

Selain itu, kerajaan juga perlu memberikan sokongan dalam bentuk pelancongan pelajar dan bantuan kewangan untuk institusi pengajian tinggi untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Ini akan membantu meningkatkan lagi reputasi institusi pengajian tinggi dan memastikan graduan mereka mempunyai kualiti yang baik dan memenuhi keperluan pasaran kerja.

Kesimpulannya, kualiti seorang jurutera awam amat penting dalam memastikan projek-projek pembinaan dan infrastruktur negara berjalan dengan lancar dan selamat. Oleh itu, institusi pengajian tinggi perlu mempertingkatkan lagi program pengajian mereka untuk memastikan jurutera yang dihasilkan memenuhi keperluan industri dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Industri juga perlu berperanan dalam menyediakan maklum balas dan peluang latihan dan kerja bagi graduan. Kerajaan juga perlu memberikan sokongan dan bantuan dalam bentuk pelancongan pelajar dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi. Dengan kerjasama yang baik antara institusi pengajian tinggi, industri, dan kerajaan, kita dapat memastikan jurutera awam Malaysia mempunyai kualiti yang baik dan dapat bersaing di pasaran global.



Friday, March 3, 2023

Azizan Osman Taknak Lawan Ke?

Kah Kah Kah ...

Ini lagi power dari Azizan Osman... Takkan la Azizan Osman taknak lawan budak nih... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Jakarta: Geniusnya seorang lelaki di Indonesia yang mencipta rekod apabila memiliki 40 ijazah berbanding 32 sebelum ini.

Media tempatan Indonesia melaporkan, Welin Kusuma dianugerahkan rekod itu pada 2012 oleh Muzium Rekod Indonesia (Muri).

Lelaki berusia 41 tahun itu kini dalam proses menuntut ijazah ke-41 dalam bidang Sains Perpustakaan di Universiti Terbuka Surabaya.

Daripada 40 ijazah yang diperoleh, 12 adalah ijazah sarjana muda, tiga ijazah sarjana dan 25 ijazah profesional, merangkumi kursus undang-undang, ekonomi dan seni, lapor Trans TV Official.

Menurut Welin yang menetap di Surabaya, minatnya untuk terus belajar bermula sejak di bangku sekolah menengah.

Selain kursus tradisional, Welin juga mengikuti kursus lain seperti komputer, perakaunan dan Bahasa Inggeris.

Menariknya, Welin pernah menyambung pengajian dalam lima ijazah sarjana muda secara serentak.

Ketika itu, Welin mengambil jurusan Kejuruteraan Industri di Universiti Surabaya: Pengurusan Ekonomi di STIE Urip Sumoharjo, Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka, Undang-undang di Universiti Airlangga dan Kejuruteraan Informatik di Kolej Kejuruteraan Surabaya.

Wednesday, January 12, 2022

Ternak Lembu Guna Teknologi Virtual Reality (VR)

Hebat bila tengok penggunaan teknologi untuk pengeluaran hasil makanan dan ternakan. Tambah lagi bila penggunaan teknologi Virtual Reality (VR) digunakan disamping audio yang menenangkan.

Ternakan yang tenang biasanya akan memberikan hasil yang lebih baik... Tengok macam mana orang Jepun ternak Lembu Wagyu...

Memang kalau lembu diternak dengan tenang, hasil tenusu akan lebih banyak. Kalau disembelih dengan tenang pula akan menghasilkan daging lembu yang lebih lembut dan mempunyai tekstur yang lebih baik.

Apa pun teknologi VR ini akan memberikan satu perasaan bahawa lembu itu meragut di padang yang terbuka, hijau rumputnya dan tenang situasinya...

#Technology #VirtualReality #VR
#Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Saturday, November 20, 2021

Nasib Kita

Nasib kita tak sama...  ader yang kaya... ada yang miskin...

Bukan kata yang kaya tu sebab rajin berusaha... dan yang miskin itu malas berusaha... tapi tak semestinya  ... Hidup nih camnie la...  Usaha kena teruskan...

Apa yang pasti... kalu dulu korang ditahap T20 ... maybe sekarang di M40 ....

Tapi ramai yang M40 dah jadi B40 .... bukan setakat semasa dan selepas PKP... tapi impak ekonomi yang gagal ditadbir dengan baik oleh Kerajaan.... Pelabur Asing lama dah ramai yang lari... Pelabur Asing baru ramai yang taknak mari...

Huhuhu...



Friday, July 9, 2021

Kesan Covid-19 : Kedai sate Jabi lengang

Semua orang terkesan. Semua orang bermasalah. Yang berniaga terpaksa tutup kedai. Yang berkerja boleh hilang pekerjaan. Yang berjualan boleh hilang pelanggan. Kesan Covid-19 ini amat memeritkan.

Ditambah lagi dengan Kuncitara (Lockdown) dan PKP yang menyekat rentas daerah atau rentas negeri.

Setakat mana lah boleh bertahan.

#SateJabi #SatayJabi #Kuncitara

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah