VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kos. Show all posts
Showing posts with label Kos. Show all posts

Tuesday, June 14, 2022

Dedak Ayam Dari Ganja

Bagus idea nih kalu ianya boleh mengelakkan penggunaan antibiotik pada ternakan ayam. Ayam lebih sihat dan lebih kuat. Ternakan lebih "alami" @ organik.

Mungkin juga ayam akan lebih cepat membesar dan mampu mengurangkan kos penternakan. Kalau ayam boleh, pastinya itik pun boleh juga. Bagaimana pula dengan kambing atau lembu

#dedakayam #ganja #makananayam #ternakan #teknologi #sains #penyelidikan #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Wednesday, November 24, 2021

Harga Sayur Naik?

Kita semua tahu yang majoriti pengeluaran sayur di Malaysia terhasil dari ladang-ladang dan kebun-kebun di Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highland)... dan ianya akan dipasarkan didalam Malaysia dan ader yang diekspot ke Singapura.

Walaupun bekalan biasanya tidak mencukupi... tapi itulah tetap juga dibekalkan kepada pasaran.

Jadi kenapa harga sayur naik?

Beberapa minggu sudah kita dapati harga baja dan racun rumpai telah naik berlipat kali ganda. Dan ini memberikan kesan yang teruk kepada pekebun dan peladang. Rata-rata kebun dan ladang sayur menggunakan baja sebatian dan racun rumpai pada kadar yang banyak.

Betullah kita ader perladangan secara hidroponik... tapi itu pun menggunakan baja yang agak mahal juga...

Dan bila peladang atau pekebun memasarkan sayur kepada pasaran... tentulah mereka akan cuba untuk menjualkannya pada harga tertinggi yang boleh... yang mana akan memberikan untung kepada mereka... Mari gua berikan satu contoh..

Katakanlah harga sawi panjang dijual di Malaysia sekilo pada harga RM5, tetapi sayur yang sama di jual di Singapura pada harga SGD5 ... yang mana lebih menguntungkan?

Katakanlah setelah ditotal segala kos pengeluaran dan logistik.... di Malaysia boleh dapat untung bersih sekitar RM1 setiap sekilogram... manakala jika dijual di Singapura... boleh dapat untung bersih SGD1.. yang mana lebih menguntungkan???

Anda fikir-fikirkan sendiri.... 

Semua ini disebabkan nilai matawang Malaysia yang tersangat lemah... dan ini sungguh memalukan... Kerajaan sedia ada buat apa agaknya?? Pengundi usah lah kita cerita.. mereka lebih suka penyamun dan pencuri serta penyangak memerintah negara.... Huhuhu



Wednesday, April 1, 2015

Mengarut Sungguh

Gila. Dengan kos yang dijangka sebanyak RM690 juta kita boleh membeli sekurang-kurangnya 8 buat jet pejuang baru siap dengan kelengkapan asasnyer sekali. Bukan jenis jet pejuang MRCA tapi jet pejuang jenis biasa ja (iaitu Dassault Mirage 2000 5MK2). 

Atau pun dengan harga ini kita boleh membeli sekurang-kurangnya 20 buah helikopter baru untuk kegunaan TUDM menggantikan NURI yang sudah boleh dijual timbang kati sahaja tu.



SHAH ALAM - Kos penyelenggaraan jet baharu untuk kegunaan Perdana Menteri mencecah RM690 juta bagi tempoh 15 tahun, dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini..

Menurut Rafizi, jumlah itu berdasarkan kiraan kos penyelenggaraan jet yang berjumlah RM46 juta setahun.

"Jika ditambah dengan kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi Perdana Menteri adalah RM1.098 bilion.

“Jika jumlah ini dicampur dengan pembayaran kos sewa beli bagi jet baru ACJ320 sebanyak RM465 juta, jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi dua buah jet peribadi kegunaan Perdana Menteri ini akan mencecah RM1.563 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang,” dakwanya.

Terdahulu, Rafizi pernah mendedahkan sebelum ini kerajaan Malaysia telah membeli sebuah jet peribadi baharu untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri melalui satu perjanjian sewa-beli. Jet ACJ320 ini telah dibeli pada harga RM465 juta. - SUMBER

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah