Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 diadakan pada 16 hingga 19 Mac nanti.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perasmian Perhimpunan Agung Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 16 Mac nanti.
"Pada 17 Mac pula, Perhimpunan Agung Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno berlangsung, manakala keesokannya Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian PAU oleh Presiden Umno sebelum PAU bermula.
"Pada 19 Mac nanti pula, berlangsungnya PAU hari kedua," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Maslan berkata, semua 14 perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri PAU 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.
Beliau berkata, semua lima perwakilan bagi setiap sayap akan menghadiri PAU kali ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, pensanitasi tangan dan sebagainya.
Persoalan yang akan timbul adalah.... mampukan Ismail Sabri bertahan dari semua tekanan ini?? Adakah Ismail Sabri akan mengumumkan lebih awal pembubaran Parlimen sebelum Perhimpunan Agung UMNO nih?
Kalau Ismail Sabri menunggu selepas PAU... baru nak umumkan PRU15... adakah status quonya akan kekal atau dier akan dihumbankan.. Kita layan jer...
Sebab dari desas desus yang berlegar sekarang nih.... Ismail Sabri memang sedang ditekan dari kiri dan kanan.... atas dan bawah oleh kepimpinan dan akar umbi UMNO.... malah ramai perwakilan nampaknya bersedia untuk menumbangkan Ismail Sabri dari kepimpinan UMNO ... dari Majlis Tertinggi .... Perang sebenarnya dah bermula lebih awal... Hahaha
No comments:
Post a Comment