VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Tuesday, June 6, 2023

UMNO Bungkus Pada PRN?

Tak mustahil dan tak terkejut...

Melainkan UMNO ada buat perubahan di peringkat akar umbi...

Satu perkara yang pasti... orang UMNO totok di bawah (pengundi) tak mungkin akan undi calon dari PKR, AMANAH atau DAP waima itu calon dari Kerajaan Perpaduan 

Manakala orang MCA pastinya takkan undi calon dari DAP .... walau macam mana sekali pun... sama macam ahli totok DAP yang berprinsip... pastinya takkan undi calon dari MCA ...

By the way... berapa kerat sebenarnya ahli UMNO di peringkat bawahan nih yang akan ikut cakap dan saranan pemimpin UMNO yang semakin jauh dari depa???

Keluar Sekejap


Saturday, January 28, 2023

Bila Tahi Bercerita Tentang Kebersihan

Kah Kah Kah ...

Ini memang lawak....  Bila TAHI nak bercerita tentang kebersihan.... memang tak kena langsung ... kelakar betul lar...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Saturday, November 5, 2022

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?


Pertama sekali kita kena tahu berapa ramai bilangan pengundi dari kategori Undi 18.

Dari data yang ada... ada seramai 1.4 juta pengundi dari Undi 18 yang akan pertama kali mengundi. Mereka ini adalah dari senarai umur 18, 19 dan 20 tahun. 

Mereka ini adalah golongan Z ... yang kita boleh kaitkan dengan generasi TikTok.... Input mereka tentang politik pastinya akan didasari pada apa yang terpapar di TikTok... Dan mana-mana kempen serta propaganda yang dipaparkan melalui TikTok akan lebih cepat masuk ke hati nurani mereka.

Pengundi Undi 18 nih kurang mengenali calon-calon Politik terutamanya yang berstatus dinasor... melainkan mana-mana calon yang aktif di media sosial terutamanya TikTok.

Dari satu segi... Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin, Cleopatra dan beberapa nama lagi memang dapat tumpuan dari pengundi Undi 18. 


Pada 2018 (PRU14) ... semua pengundi Undi 18 ini sebenarnya masih berada di peringkat Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)... dan kecaknaan mereka berkenaan politik hanya berkisar kepada apa yang mereka lihat dari kekalutan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Mereka tiada kecaknaan terhadap Barisan Nasional (kemungkinan ada sedikit bersandarkan input dari ahli keluarga mereka yang lebih senior.

Jadi...

Apakah yang pengundi dari Undi 18 ini mahukan?

1. Mereka pastinya inginkan satu jaminan akan adanya pekerjaan yang menanti mereka selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat tinggi sama ada di IPTA mahupun IPTS. Adakah ada tempat untuk mereka dalam perkhidmatan awam? Jika terpaksa mereka mendapatkan pekerjaan di sektor swasta adakah dasar gaji yang diterima berpadanan dengan apa yang sepatutnya mengikut kelulusan pendidikan mereka?

2. Apa polisi dan dasar yang dapat mengurangkan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang hampir kesemua mereka telah ambil. Ini juga berkait rapat dengan isu nombor 1.

3. Apakah bantuan dari pihak berwajib yang disediakan serta dipermudahkan untuk mereka untuk memulakan perniagaan offline dan online. Adakah ada geran dan dana mikro yang mudah diakses oleh mereka. Bagaimana pula dengan sekatan dari PTPTN jika mereka gagal melunaskan pembayaran pinjaman pelajaran.

Jadi... jika ada mana-mana parti politik yang lebih mengutamakan apa yang pengundi Undi 18 ini mahukan... peluang untuk memenangi undi sebanyak 1.4 juta adalah terbentang luas.

Make your move wisely dan jangan tipu pengundi Undi 18.

#Undi18 #Vote18 #PilihanBijak #KamiAdalahRaja #KingMaker



Thursday, November 3, 2022

Kalau KJ Menang Di Parlimen Sg Buloh...

Seronok juga bila buat analisa dan statistik untuk Parlimen Sh Buloh.... Bila kita tengok bilangan undi dan peratusan keluar mengundi pada PRU14 bagi Parlimen Sg Buloh... kita boleh nampak bagaimana sesatu itu boleh diubah jalan ceritanya...

Kita boleh tahu setakat mana kekuatan pihak yang menang dan kelemahan pihak yang kalah pada PRU14.... benda ada data... benda ada rekod...

Itu belum masuk lagi data risikan dari Risik ATM (MIO) atau Cawangan Khas (SB) ...

Ini kita kira data yang memang kita dah ader... team kita pun ramai dan pusing satu Malaysia untuk buat kerja-kerja kutip dan analisis data...

Apa pun.... kalau KJ menang di Parlimen Sg Buloh... agaknya apa dapatan dari post mortem pihak yang kalah?? Hahaha... sebab biasanya boleh kata semua post mortem akan salahkan pihak lain tapi lupa nak senaraikan kelemahan dan kesilapan sendiri... walaupun nasihat dan amaran dah diberikan kepada mereka.... tapi kerana bodoh sombong sikapnya... biasa akan memakan diri...

Walaupun begitu... berat juga Khairy Jamaluddin (KJ) nak menang di Parlimen Sg Buloh.... hehehe



Thursday, July 8, 2021

Lelaki lapor polis, dakwa jarum suntikan vaksin 'kosong'

Gila. Macam mana boleh jadi kes macam ni... suntikan vaksin kosong. Yang lagi pelik adalah macam mana pulak Pegawai Perubatan tu sanggup deal dengan lelaki ini siap offer nak bagi suntikan kali kedua.

Something wrong somewhere. Ader yang tak betul nih.

#Vaksin #PusatPemberianVaksin #KKM

Monday, July 5, 2021

Malaysia Kena Scam Vaksin Covid-19?

Biar betul. Takkanlah kot... Takkan la Malaysia menjadi mangsa penipuan (SCAM) tahap dewata raya melibatkan Vaksin Covid-19 nih...

Takkan lah kot? Biar betul?

#Scam #ScamVaksin #AntiVacs

Saturday, July 20, 2013

KJ Memang Berani

Hebat, Tahniah, KJ memang berani. Saya hormat seorang ahli politik yang berani.


SEREMBAN - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan dalam pemilihan parti dijadual Oktober ini.

Katanya jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.

"Saya menghormati pandangan dari akar umbi kalau mereka mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan, mengikut kepada pindaan perlembagaan parti kita," katanya kepada pemberita semasa mengadakan ziarah mesra ke kawasan perumahan Taman Pinggiran Senawang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya semalam, yang mahu pemilihan Pemuda Umno Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.

Khairy yang menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno sejak 2008 turut menyangkal akan adanya perpecahan dalaman sekiranya jawatan itu dipertandingkan.

Katanya, walaupun parti kini dalam proses mengukuhkan perpaduan demi berbakti untuk rakyat, namun cadangan akar umbi yang mahukan pemilihan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan.

"Tidak semestinya bila ada pertandingan parti kita akan berpecah, kalau kita ada niat yang baik, persetujuan daripada semua calon yang mahu bertanding bahawa pertandingan itu dibuat secara sihat, saya rasa itu tidak akan memecahbelahkan parti," kata Menteri Belia dan Sukan itu.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno, Khairy berkata masih terlalu awal untuk diputuskan perkara itu dan perlu menimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah