VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Dendam. Show all posts
Showing posts with label Dendam. Show all posts

Friday, December 30, 2022

Tak Aci La

Huhuhu ... Tak aci la main bom bagai nih... 
Tak gentle.... penakut...

Kalu berani face to face lar.... apa pondan sangat la spesis camnie...

Huhuhu


Seorang pelayan di sebuah restoran maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan ada bunyi letupan di tempat kejadian yang berlaku pada 8.55 malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun mengambil satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya jenis Toyota Corolla Altis. Apabila mangsa memegang bungkusan itu terus berlaku letupan dipercayai daripada bungkusan berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam di hospital berkenaan,”

Wednesday, March 23, 2016

PAS Tidak Berdendam - Biar Betul?

KahKahKah.

Ye lah sangat PAS tidak berdendam. KahKahKah Siapa yang percaya cakap Tuan Ibrahim Tuan Man ni memang la bodoh jahil tukil. KahKahKah. Perangai PAS orang dah boleh baca lah. Tak payah nak berselindung guna ayat itu ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kekecewaan parti itu dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng menamatkan perkhidmatan ahli parti itu yang dilantik di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

“PAS secara peribadi kita rasa kecewa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita kecewa, terutama sekali apabila kita hadapi pilihan raya bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila kita menang dan orang PAS diterajang keluar, ditamatkan perkhidmatan, dipecat dari jawatan sedia ada,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

Jun lalu, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnor sebelum ini dilapor sebagai berkata, pemecatan drastik itu meliputi semua ahli PAS sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka itu berkata tindakan setiausaha agung DAP itu jelas tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara. - SUMBER

KahKahKah.



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah