VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, August 7, 2015

Penasihat Najib Razak Sengaja Menjatuhkannya.

KahKahKah. Nampaknya tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kes pertukaran ini memang memberikan satu masalah kepada Perdana Menteri. Saya berani jamin semua tindakan ini adalah hasil nasihat pegawai-pegawai kaki bodek yang menjadi penasihat kepada Najib Razak.


Najib Razak pastinya tidak tahu bahawa pegawai penasihatnya itu sebenarnya memang segaja hendak menjatuhkannya secara sistematik. Nampaknya setiap nasihat yang diberikan oleh penasihat yang ada disekeliling Najib Razak lebih kepada sokongan membawa rebah.

Sengaja hendak menjahanamkan kredibiliti Najib Razak dan menimbulkan persepsi bahawa semua arahan ini Najib Razak yang arahkan. Ianya akan backfire dan pastinya akan memendekkan kagi jangkahayat Najib Razak sebagai PM Malaysia.

Adakah ini semua kerja Rizal Mansur? KahKahKah.

Thursday, August 6, 2015

Misteri MH370 Dan Pulau Reunion

Saya lihat ada banyak kontradik berlaku dalam cerita "kononnya" serpihan pesawat malang MH370 ditemui di persisiran pantai Pulau Reunion. Sebagai contoh, saya lihat ada yang memaparkan gambar dibawah dalam media dan mengatakan bahawa ianya adalah dari serpihan pesawat malang MH370.


Pada pandangan saya, serpihan ini agak susah untuk hanyut dan terdampar di tepi pantai melainkan pesawat malang MH370 itu sebenarnya jatuh dan terhempas betul-betul berdekatan dengan Pulau Reunion tersebut. Ini kerana serpihan tersebut tidak menunjukkan bahawa ianya mudah untuk terapung.

Kita semua sedia maklum bahawa arus lautan di permukaan adalah agak ganas manakala arus lautan di kedalaman agak tenang. Jadi tidak mungkin serpihan sebegini boleh hanyut dengan mudah.

Bagaimana pula dengan kerusi kapalterbang malang ini yang semestinya lagi ringan dan mudah untuk terapung. Kenapa kita tidak dipertemukan dengan kerusi ini. Ada cerita yang mengaitkan bahawa kerusi tersebut telah dijumpai tiga bulan dahulu, namun ianya telah musnah dibakar.

Persoalannya, kenapa setelah dijumpai tiga bulan dahulu tiada laporan yang dibuat dan kenapa ianya perlu dibakar? Pelik lagi mengelirukan.,

#MH370

Wednesday, August 5, 2015

Google Adsense Terima Laman Berbahasa Melayu

Hari ini Google Adsense telah menetapkan bahawa mereka mula menerima laman-laman website dan blog yang menggunakan Bahasa Melayu. Nampaknya ini adalah peluang terbaik bagi mana-mana blogger dan webmaster untuk mempertingkatkan keuntungan daripada iklan melalui Google Adsense.


Saya telah lama menggunakan Google Adsense sebagai medium yang memberikan sedikit tambahan kewangan kepada saya dimana saya ada beberapa laman blog berbahasa Inggeris yang disesuaikan untuk pengiklanan Google Adsense.

Nampaknya dengan khidmat terbaru yang terkini dari Google Adsense ini, maka beberapa blog dan website milik saya yang menggunakan Bahasa Melayu kini berpeluang menjadi sumber pendapatan tambahan kepada saya. Saya perlu lebih memanfaatkan peluang ini untuk menjana pendapatan sampingan.

Jika ianya memberikan pulangan yang baik, mungkin saya akan menjadi blogger sepenuh masa pula. InsyaAllah.

Sumber :  Google Adsense Menerima Laman Berbahasa Melayu

Wednesday, May 6, 2015

Mahathir Mohamed Juga Yang Menang

PRK Rompin telah membuktikan bahawa pengaruh Mahathir Mohamed masih lagi kuat. Apa yang berlaku do PRK Rompin adalah cerminan terbaik untuk Najib Razak melihat dan mengkaji bagaimana beliau boleh mengekalkan status quo BN pada PRU14.

Yang pasti jika pengaruh Mahathir Mohamed ini tidak dikekang lebih awal, ianya akan menyebabkan jangkahayat Najib Razak selaku Perdana Menteri akan cepat sampai ke penghujungnya. Najib Razak perlulah mengambil tindakan pantas untuk memastikan perkara ini tidak akan terjadi.

Nampak gayanya, PAS tidak wajar mendabik dada kononnya mereka berjaya mengurangkan majoriti undi BN sedangkan perkara sebenarnya PAS bernasib baik kerana masih ramai penyokong atas pagar dan penyokong Pakatan Rakyat masih lagi mahu mengundi mereka dalam PRK.

PAS juga perlu membuat kaji selidik dimana titik punca yang menyebabkan undi PAS tidak bergerak mana pun.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah