Saya lihat ada banyak kontradik berlaku dalam cerita "kononnya" serpihan pesawat malang MH370 ditemui di persisiran pantai Pulau Reunion. Sebagai contoh, saya lihat ada yang memaparkan gambar dibawah dalam media dan mengatakan bahawa ianya adalah dari serpihan pesawat malang MH370.
Pada pandangan saya, serpihan ini agak susah untuk hanyut dan terdampar di tepi pantai melainkan pesawat malang MH370 itu sebenarnya jatuh dan terhempas betul-betul berdekatan dengan Pulau Reunion tersebut. Ini kerana serpihan tersebut tidak menunjukkan bahawa ianya mudah untuk terapung.
Kita semua sedia maklum bahawa arus lautan di permukaan adalah agak ganas manakala arus lautan di kedalaman agak tenang. Jadi tidak mungkin serpihan sebegini boleh hanyut dengan mudah.
Bagaimana pula dengan kerusi kapalterbang malang ini yang semestinya lagi ringan dan mudah untuk terapung. Kenapa kita tidak dipertemukan dengan kerusi ini. Ada cerita yang mengaitkan bahawa kerusi tersebut telah dijumpai tiga bulan dahulu, namun ianya telah musnah dibakar.
Persoalannya, kenapa setelah dijumpai tiga bulan dahulu tiada laporan yang dibuat dan kenapa ianya perlu dibakar? Pelik lagi mengelirukan.,
#MH370
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Dah lama gua bagitau... Tapi ramai tak caya... Kah Kah Kah... La nih... amek ko... ================= Buat konten video YouTu...
-
Dr Wan share sedikit info mengenai proses bedah siasat mangsa jenayah... Terma dan prosidur..
-
Ini lawak... pegawai bank yang bodoh sangat... Apa yang dia cuba nak mengelat nih??
-
Pelik lagi ajaib. Siapa sebenarnya Aidana Baizieva? Apa pekerjaan dia? Apa tujuan dan tugasan dia berada di Malaysia? Dia masuk atas visa pe...
-
Buku "Survival Gaya Operatif - Recon & Taktikal" adalah karya oleh Meor Yeop (juga dikenali sebagai AbamTopeng), bekas opera...



No comments:
Post a Comment