VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Thursday, November 3, 2022

Kalau KJ Menang Di Parlimen Sg Buloh...

Seronok juga bila buat analisa dan statistik untuk Parlimen Sh Buloh.... Bila kita tengok bilangan undi dan peratusan keluar mengundi pada PRU14 bagi Parlimen Sg Buloh... kita boleh nampak bagaimana sesatu itu boleh diubah jalan ceritanya...

Kita boleh tahu setakat mana kekuatan pihak yang menang dan kelemahan pihak yang kalah pada PRU14.... benda ada data... benda ada rekod...

Itu belum masuk lagi data risikan dari Risik ATM (MIO) atau Cawangan Khas (SB) ...

Ini kita kira data yang memang kita dah ader... team kita pun ramai dan pusing satu Malaysia untuk buat kerja-kerja kutip dan analisis data...

Apa pun.... kalau KJ menang di Parlimen Sg Buloh... agaknya apa dapatan dari post mortem pihak yang kalah?? Hahaha... sebab biasanya boleh kata semua post mortem akan salahkan pihak lain tapi lupa nak senaraikan kelemahan dan kesilapan sendiri... walaupun nasihat dan amaran dah diberikan kepada mereka.... tapi kerana bodoh sombong sikapnya... biasa akan memakan diri...

Walaupun begitu... berat juga Khairy Jamaluddin (KJ) nak menang di Parlimen Sg Buloh.... hehehe



Saturday, July 20, 2013

KJ Memang Berani

Hebat, Tahniah, KJ memang berani. Saya hormat seorang ahli politik yang berani.


SEREMBAN - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan dalam pemilihan parti dijadual Oktober ini.

Katanya jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.

"Saya menghormati pandangan dari akar umbi kalau mereka mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan, mengikut kepada pindaan perlembagaan parti kita," katanya kepada pemberita semasa mengadakan ziarah mesra ke kawasan perumahan Taman Pinggiran Senawang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya semalam, yang mahu pemilihan Pemuda Umno Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.

Khairy yang menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno sejak 2008 turut menyangkal akan adanya perpecahan dalaman sekiranya jawatan itu dipertandingkan.

Katanya, walaupun parti kini dalam proses mengukuhkan perpaduan demi berbakti untuk rakyat, namun cadangan akar umbi yang mahukan pemilihan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan.

"Tidak semestinya bila ada pertandingan parti kita akan berpecah, kalau kita ada niat yang baik, persetujuan daripada semua calon yang mahu bertanding bahawa pertandingan itu dibuat secara sihat, saya rasa itu tidak akan memecahbelahkan parti," kata Menteri Belia dan Sukan itu.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno, Khairy berkata masih terlalu awal untuk diputuskan perkara itu dan perlu menimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah