Kah Kah Kah.
Manusia ini ada banyak jenis gila. Gila ingin jadi Sultan dan Raja pun ada. Gila ingin disembah pun ada. Satu penyakit kronik rasanya.
Kah Kah Kah.
KUANTAN - Seorang peniaga yang dituduh menceroboh Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini Julai lalu memberi alasan tidak tahu istana itu kawasan larangan bagi orang awam.
Kerana itu, Emsabil Jaafar, 34, dari Jalan Penor, Kampung Kempadang, dekat sini, masuk bersiar-siar dalam kawasan istana itu sebelum ke ruang tamu dan berehat sambil menonton televisyen sedangkan ketika itu, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berada dalam istana tersebut.
Emsabil, yang ditahan pengawal peribadi istana, diserahkan kepada polis. Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan dan mengaku bersalah, semalam.
Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atasnya bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 26 Julai lalu.
Lelaki itu masuk kawasan istana dengan kereta jenis Proton Persona hitam dengan mengekori sebuah kenderaan MPV milik seorang kerabat.
Kehadirannya di kawasan larangan itu disedari kakitangan istana kira-kira jam 9.10 malam yang kebetulan mengiringi Sultanah Pahang masuk istana.
Emsabil, yang ketika itu duduk di bangku di tepi kolam renang diberi isyarat tangan oleh pekerja terbabit bahawa orang diiringi itu adalah Sultanah Pahang, tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus di situ.
Ketika sultanah masuk ke dalam istana diiringi seorang pekerja, tertuduh mengekori mereka dan berhenti di tepi pintu sambil memandang pekerja itu.
Dia kemudian masuk ke ruang tamu istana dan mengunci pintu sebelum ditangkap pengawal.
Ketika ditahan, dia sedang berehat di atas sofa dalam ruang tamu tersebut sambil menonton televisyen.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam mahkamah sama, Emsabil juga didakwa bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan Mykad yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara sebulan, juga dari tarikh dia ditangkap. Kedua-dua hukuman penjara dijalankan serentak.
Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman maksimum memandangkan tempat diceroboh itu adalah istana raja yang merupakan kawasan larangan bagi orang awam.
Emsabil merayu supaya hukuman dikurangkan dan dia memilih untuk membayar denda memandangkan dia kini berada di pusat serenti selama dua bulan sejak ditahan.
“Saya minta maaf kerana masuk ke dalam istana tanpa kebenaran disebabkan tidak tahu istana adalah kawasan larangan,” katanya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya memandangkan tiada sesiapa hadir untuk menjelaskan denda jika hukuman dikenakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
No comments:
Post a Comment