VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, May 22, 2013

Ini Mesti Bisnes Kroni

Kroni buat duit. Kroni makan duit. Kroni buat bisnes. Pukul keliling. Makan keliling. Modal kecil untung berjuta. Memang untung kalau dapat jadi kroni. Tambah lagi kalau duduk dalam lubuk duit, Memang menguntungkan. Tujuh keturunan makan tidak habis.

22 Mei 2013

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi kebenaran untuk semakan kehakiman kepada 55 institusi pengajian tinggi swasta bagi mencabar keputusan Ketua Pendaftar institusi itu berhubung sistem kemasukan pelajar antarabangsa.

Peguam David Methew yang mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Seri Zakaria Sam membuat keputusan itu di dalam kamar berikutan tiada bantahan awal dari pihak Peguam Negara.

Pada 30 April lalu, Persatuan Universiti dan Kolej Malaysia, Persatuan Institusi Pendidikan Kebangsaan, Berjaya University College Of Hospitality dan 52 yang lain memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Ketua Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Menteri Pengajian Tinggi (ketika itu)sebagai responden.

Mereka memohon satu perintah untuk membatalkan pekeliling bertarikh 23 Januari tahun lepas yang mengenakan syarat tambahan bagi pendaftaran pelajar antarabangsa.

Mengikut afidavit sokongan, pemohon mendakwa menerusi pekeliling itu, semua institusi swasta diwajibkan menggunakan sistem STARS (Student Applications and Registration System) yang dikendalikan syarikat Educational Malaysia Global Services (EMGS).

Selepas penyerahan permohonan bagi pas pelajar, isntitusi swasta akan dikenakan yuran memproses sebanyak RM1,000, yuran pemeriksaan perubatan RM250 dan polisi insurans perubatan yang dipilih oleh pelajar (bergantung kepada syarikat insurans berdaftar di bawah Education Malaysia Global Services (EMGS).

Kesemua pemohon mendakwa pekeliling berkenaan `ultra vires' kerana ia mengenakan levi tidak sah dalam bentuk yuran memproses sebanyak RM1,000 dan ia mewujudkan monopoli syarikat EMGS.

Pelaksanaan budi bicara dan kuasa oleh Ketua Pendaftar adalah tidak wajar dan tidak sah dari segi prosedur kerana ia telah diputuskan tanpa sebarang rundingan dengan mereka yang berkepentingan iaitu institusi pengajian tinggi swasta sebelum mengenakan syarat-syarat tambahan baru untuk pendaftaran pelajar antarabangsa, kata mereka.

Sebelum ini, pelajar antarabangsa hanya perlu mengisi borang permohonan dan menghantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke institusi swasta masing-masing dan pihak institusi berbabit akan menyerahkan permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan pas pelajar.

Selepas memperoleh surat kelulusan visa pelajar, institusi pendidikan swasta akan menghantar surat kepada pelajar terbabit untuk memohon pas masuk daripada Kedutaan Malaysia di negara asal mereka dan setelah tiba di negara ini, pihak istitusi tersebut akan mengaturkan pasport pelajar yang akan disahkan dengan visa pelajar selama setahun. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah