VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Meriam. Show all posts
Showing posts with label Meriam. Show all posts

Monday, February 12, 2024

Senjata Orang Melayu

Tentera Melayu Abad Ke-19

Catatan Inggeris dalam 'The Illustrated London News' keluaran 26.2.1876 ini menunjukkan jenis-jenis senjata yang digunakan oleh orang-orang Melayu yang menentang Inggeris semasa Perang Inggeris-Perak (1875-1876). Apa yang akhbar Inggeris ini ingin sorok dari pembacanya adalah fakta bahawa tentera Melayu ketika itu adalah tentera terlatih yang mempunyai senjatapi seperti rifal dan musket.

Akhbar propaganda Inggeris ini tidak menjelaskan perkara sebenar iaitu tentera Melayu dengan kekuatan 800 orang telah bertempur dengan 2,000 orang tentera Inggeris dari Pulau Pinang, India dan Hong Kong. Malah serangan pertama oleh pihak Inggeris berjaya digagalkan oleh tentera Melayu dan menyebabkan Kapten Innes dan beberapa orang tentera Inggeris dari rejimen ke-10 terbunuh.

Setelah beberapa kali serangan ke atas kubu Pasir Salak gagal akhirnya tentera Inggeris berjaya mengalahkan tentera Melayu yang bertahan di kubu tersebut pada 12.12.1875. Kubu Pasir Salak, masjid dan beberapa kampung sekitar kubu tersebut dibakar oleh tentera Inggeris melalui arahan William Jervois. Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya berundur ke Sayong.  

Sekiranya kita amati definasi istilah subjektif "tentera moden", ianya merangkumi persenjataan era moden dan juga suatu organisasi ketenteraan yang terlatih (organized modern military). Jadi sekiranya diaplikasikan definasi tersebut saya berpendapat bahawa Negeri-Negeri Tanah Melayu sudah mempunyai "tentera moden" sekitar pertengahan abad ke-19. Malah tentera moden terlatih telah wujud dalam pergolakan yang lebih awal dari Perang Inggeris-Perak iaitu dalam perang saudara Terengganu (1831-1839), perang saudara Kelantan (1835), perang saudara Pahang (1857-1863), dan perang saudara Selangor (1867-1874).

Persenjataan dan kelengkapan tentera Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah bukan seperti perubahan drastik era Tokugawa kepada era Meiji di Jepun iaitu dari pedang dan panah terus naiktaraf ke senjata moden. Juga perlu diketengahkan bahawa pertahanan dan ketenteraan moden Negeri-Negeri di Tanah Melayu bukannya bermula dengan penubuhan Johor Military Force (JMF) pada tahun 1885 dengan 60 orang laskar Melayu, atau Pasukan Askar Melayu DiRaja pada tahun 1933 dengan 25 orang laskar Melayu. Kedua-dua pasukan tentera ini mendapat persetujuan dan kebenaran Inggeris dan dengan itu diiktiraf umum sebagai asal usul sejarah ketenteraan moden Tanah Melayu.

Seperti yang kita maklum, selain dari JMF, perkhidmatan ketenteraan dan kelengkapan senjata Negeri-Negeri Tanah Melayu dibawah Sultan-Sultannya telah dibubarkan selepas mereka dipaksa untuk menerima Sistem Residen. Ketika itu elemen penjajahan sebenar dapat dilihat apabila kuasa mutlak Raja-Raja Melayu telah dihadkan kepada isu Agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Dengan itu, sejarah ketenteraan dan persenjataan moden Negeri-Negeri Tanah Melayu tidak seharusnya dilihat dari pengiktirafan dan kacamata Inggeris sahaja. Ianya juga perlu dilihat dari aspek kewujudan barisan pertahanan dan persenjataan yang disediakan oleh Sultan yang memerintah setiap negeri. Apa yang pasti adalah ianya sudah lama wujud iaitu sebelum kedatangan Inggeris lagi.



Wednesday, April 12, 2023

Memang Sesuai Untuk Malaysia

Ini pandangan gua... pandangan peribadi...

Malaysia perlukan 5 benda jer untuk mengawal keselamatan negara pada keseluruhannya... disamping unit-unit dan perolehan yang sememangnya kita dah ada...

1. Malaysia perlukan drone peninjau jarak jauh dan sederhana.. Drone ini mesti boleh diaturgerak secepat satu jam sahaja dimana-mana ruang udara Malaysia... Dan drone ini mestilah boleh diterbangkan sekurang-kurangnya 24 jam.... Serta Drone peninjau ini juga dilengkapkan dengan peluru berpandu BVR dan Hellfire..  Communication antara command centre dengan drone menggunakan transponder dalam Satelit Measat (Binariang).. Kita kena ada 4 stesen Drone nih... satu di Sabah, satu di Sarawak, satu di Utara Semenanjung dan satu di Selatan Semenanjung. Setiap satu stesen perlu ada sekurang-kurangnya 5 Drone.

2. Malaysia mesti melengkapkan beberapa lokasi strategik dengan sistem Radar dan Peluru Berpandu Darat ke Udara dari jarak sederhana (MERAD) dan dekat (SHORAD).. Beberapa bateri sistem pertahanan peluru berpandu dan radar ini mesti diletakkan dipulau-pulau yang kita kuasai di Laut China Selatan (terutamanya di Spratly) dan di Pulau Gaya. Kesemua bateri ini perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan diri dari jenis meriam Oerlikon 30mm.

3. Kita perlukan Fast Attack Vessel (berkelajuan 60 hingga 80 knot) yang lengkap bersenjata meriam 20mm, mesingan berat 12.7mm dan sistem pelancar torpedo. Setiap bot ini pula mesti dikendalikan dengan seramai 5 hingga 7 anggota dan dilengkapi sistem peluru berpandu SAM jarak dekat macam IGLA dan sebagainya... Kita perlukan lebih kurang 50 buah Fast Attack Vessel nih untuk cover perairan kita disamping LCS dan Corvette serta Frigate yang kita memang dah ader

4. Kita perlu ada pesawat penggempur macam A-10 yang boleh diaturgerakkan pada bila-bila masa... tak perlu banyak ... 6 unit di Borneo (Sabah dan Sarawak) dan 6 unit di Semenanjung... Maybe ada orang tak bersetuju dengan pemilihan aset yang gua beritahu nih... tapi biasa la..  lain orang lain pandangan...

5. Malaysia perlukan banyak Light Tank (berat bawah 20 tan) dan Assault Armored Personnel Carrier dari jenis bertayar yang lengkap bersenjata mesingan berat berkaliber 12.7mm dan grenade launcher ... Kita juga perlu tambahkan banyak unit pelancar roket berganda (MLRS) macam Astros atau Himars yang berkemampuan melancarkan roket sejauh 160km paling kurang...

Tapi .... kalu Malaysia mampu ada macam yang Turkiye nih... best lar... memang sesuai untuk Malaysia...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Kapal Drone


Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah