Adoilah Menteri Pendidikan sorang nih... nak suruh saksi kejadian Jurulatih Bola Tampar menampar atlet tampil beri keterangan.... adoilah...
Gua cuma nak bagitau.... sekarang nih bukti dari Dashcam pun diterima oleh JPJ dan PDRM .... takkan la video viral kejadian tampar tue tak boleh dijadikan sandaran bukti??
Gua tak ramai yang boleh bagi kenyataan kepada Polis bab nih.. ramai saksi... atlet pun ramai nampak dan tahu...
Cumanya.... rasanya tak perlu pun nak kenyataan bagai sebab bukti video dah lengkap dan terpapar muka suspek dengan jelas... Apa lagi mau pusing bagai??? Sudah lah kes tue live stream kat Facebook.... huhuhu...
Kementerian Pendidikan (KPM) mahu saksi yang terlibat dalam insiden jurulatih menampar pipi pemain bola tampar yang tular di media sosial ketika ini supaya tampil memberi keterangan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu.
“Laporan penuh menyusul dan KPM mohon saksi untuk tampil beri keterangan.
“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” ciapnya menerusi akaun Twitter miliknya, malam ini.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya.
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Menerusi video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka itu dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Turut dipaparkan kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun, tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.