VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Tarif. Show all posts
Showing posts with label Tarif. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Main Dalam Gelap

Elok juga tarif elektrik naik. Jadi ramailah yang akan tutup lampu awal waktu malam. Boleh main dalam gelap. Jangan risau. Gunakanlah night vision goggle waktu main dalam gelap. Jimat belanja elektrik. Pakai bateri kereta dan sambung kepada lampu kalimantang sahaja. Waktu siang boleh caj bateri dengan tenaga solar. Jururawat boleh juga kerja dalam gelap.


KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

Thursday, July 11, 2013

Bil Elektrik Naik Lagi

Saya menyewa rumah. Tidak mampu beli rumah lagi. Tapi walaupun duduk rumah bujang dengan dua orang kawan, kami ada beberapa barangan elektrik. Peti Sejuk, Televisyen, Rice Cooker, Microwave Oven, Blender, Toaster, Seterika, Mini Compo, Komputer PC dan Laptop. Tidaklah banyak mana. Tapi bil elektrik tidak pernah kurang dari RM100. Pelik dan ajaib. Walaupun masa kami berada di rumah cuma hujung minggu dan waktu tidur sahaja. Yang pasti bil elektrik naik lagi disebabkan oleh kerana sistem perbedaan tariff ikut nilai unit yang digunakan. Tidak fahamlah bagaimana ini boleh berlaku. 


Kerajaan Persekutuan masih mengkaji cadangan untuk memindahkan peningkatan kos bahan api kepada pengguna, justeru tiada rancangan untuk menaikkan tarif elektrik buat masa ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kanan) berkata, kerajaan masih perlu menentukan beberapa isu utama di sebalik mekanisme Fuel Cost Pass Through (FCPT) sebelum melaksanakannya.

Isnin lalu, timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan mekanisme FCPT tahun depan sebagai proses menentukan tarif elektrik lebih berkesan kepada pengguna.

Ditanya berhubung perkara itu, Maximus berkata: "Itu soalan yang kerajaan akan putuskan... Saya fikir beliau sudah membetulkan kenyataan.

"Dan isu sama ada kita mahu memindahkannya kepada pengguna, berapa dan bila, itu keputusan yang akan dibuat oleh kabinet."

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah