KUALA LUMPUR - Lazada.my, peniagaan dalam talian yang berkembang pantas di Malaysia, memberi jaminan penghantaran produk dalam masa dua hari perniagaan di kawasan Lembah Klang melalui kempen, "Lazada’s Promise Campaign".
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kiraan 48 jam itu bermula pada masa pengesahan melalui telefon pembelian sehingga percubaan pertama penghantaran.
"Dengan pertumbuhan dua angka yang meningkat kukuh dan pelaburan baru-baru ini daripada AB Kinnevik, JP Morgan, dan Tengelmann, kami percaya dengan usaha menaik taraf perkhidmatan kami dapat memberi kembali dengan lebih lagi kepada pengguna," kata pengasas bersama dan Pengarah Urusan Lazada.my Dr Mahmoud Fouz.
Lazada.my menjelaskan bahawa produk yang terlibat dalam kempen berkenaan akan mudah dikenali kerana kehadiran tanda '48 jam Jaminan Penghantaran' pada thumbnail.
Menurut syarikat itu, jika penghantaran mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan, Lazada.my akan memberi pelanggan baucar tunai RM75.
"Lazada.my komited untuk menyerahkan barangan dalam tempoh 48 jam untuk pembelian prabayar yang dilakukan melalui kad kredit, pemindahan bank atau iPay88," katanya.
Berikutan beberapa siri kempen yang berjaya, seperti "12-12-12 Cyber Wednesday", "Tawaran Tahun Baharu Cina" yang sedang berlangsung dan promosi "Be my Valentine", Lazada.my merancang untuk melaksanakan kempen "48 jam jaminan penghantaran" secara jangka panjang dan sebagai bukti kualiti kepada pelanggan untuk menjadi syarikat yang memberi tumpuan kepada pelanggan.
Lazada.com.my merupakan tapak e-dagang bagi pelbagai barangan dan telah disenaraikan antara atas 100 laman web yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Alexa Rating System.
Ia turut berada di Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gila... Satu entiti yang dia jadi Pengerusi... tapi dia sendiri tak tahu apa yang berlaku... Dah 8 bulan memerintah Malaysia... sebagai Perd...
-
Hahaha... Ini lawak.... Abang la sangat... Hahaha... biasa la nak hidup.... Apa-apa pun boleh selamat kalu kena kawtim yang betul cara.... H...
-
Hahaha... Dulu kecoh kejap orang buat clone produk MILO .... packaging dalam rumah jer... pekerja Bangladesh.... Hehehehe... sempat viral la...
-
Kerajaan Pusat ada kuasa dan had-had tertentu yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga ada kuasa dan had-had ter...
-
Hahahaha.... Apa la korang nak harapkan dengan Anwar Ibrahim nih..... Adoilah.... penyelesaiannya simple jer... dah lama dah gua bagitau... ...
No comments:
Post a Comment