VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Senjata. Show all posts
Showing posts with label Senjata. Show all posts

Monday, February 12, 2024

Senjata Orang Melayu

Tentera Melayu Abad Ke-19

Catatan Inggeris dalam 'The Illustrated London News' keluaran 26.2.1876 ini menunjukkan jenis-jenis senjata yang digunakan oleh orang-orang Melayu yang menentang Inggeris semasa Perang Inggeris-Perak (1875-1876). Apa yang akhbar Inggeris ini ingin sorok dari pembacanya adalah fakta bahawa tentera Melayu ketika itu adalah tentera terlatih yang mempunyai senjatapi seperti rifal dan musket.

Akhbar propaganda Inggeris ini tidak menjelaskan perkara sebenar iaitu tentera Melayu dengan kekuatan 800 orang telah bertempur dengan 2,000 orang tentera Inggeris dari Pulau Pinang, India dan Hong Kong. Malah serangan pertama oleh pihak Inggeris berjaya digagalkan oleh tentera Melayu dan menyebabkan Kapten Innes dan beberapa orang tentera Inggeris dari rejimen ke-10 terbunuh.

Setelah beberapa kali serangan ke atas kubu Pasir Salak gagal akhirnya tentera Inggeris berjaya mengalahkan tentera Melayu yang bertahan di kubu tersebut pada 12.12.1875. Kubu Pasir Salak, masjid dan beberapa kampung sekitar kubu tersebut dibakar oleh tentera Inggeris melalui arahan William Jervois. Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya berundur ke Sayong.  

Sekiranya kita amati definasi istilah subjektif "tentera moden", ianya merangkumi persenjataan era moden dan juga suatu organisasi ketenteraan yang terlatih (organized modern military). Jadi sekiranya diaplikasikan definasi tersebut saya berpendapat bahawa Negeri-Negeri Tanah Melayu sudah mempunyai "tentera moden" sekitar pertengahan abad ke-19. Malah tentera moden terlatih telah wujud dalam pergolakan yang lebih awal dari Perang Inggeris-Perak iaitu dalam perang saudara Terengganu (1831-1839), perang saudara Kelantan (1835), perang saudara Pahang (1857-1863), dan perang saudara Selangor (1867-1874).

Persenjataan dan kelengkapan tentera Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah bukan seperti perubahan drastik era Tokugawa kepada era Meiji di Jepun iaitu dari pedang dan panah terus naiktaraf ke senjata moden. Juga perlu diketengahkan bahawa pertahanan dan ketenteraan moden Negeri-Negeri di Tanah Melayu bukannya bermula dengan penubuhan Johor Military Force (JMF) pada tahun 1885 dengan 60 orang laskar Melayu, atau Pasukan Askar Melayu DiRaja pada tahun 1933 dengan 25 orang laskar Melayu. Kedua-dua pasukan tentera ini mendapat persetujuan dan kebenaran Inggeris dan dengan itu diiktiraf umum sebagai asal usul sejarah ketenteraan moden Tanah Melayu.

Seperti yang kita maklum, selain dari JMF, perkhidmatan ketenteraan dan kelengkapan senjata Negeri-Negeri Tanah Melayu dibawah Sultan-Sultannya telah dibubarkan selepas mereka dipaksa untuk menerima Sistem Residen. Ketika itu elemen penjajahan sebenar dapat dilihat apabila kuasa mutlak Raja-Raja Melayu telah dihadkan kepada isu Agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Dengan itu, sejarah ketenteraan dan persenjataan moden Negeri-Negeri Tanah Melayu tidak seharusnya dilihat dari pengiktirafan dan kacamata Inggeris sahaja. Ianya juga perlu dilihat dari aspek kewujudan barisan pertahanan dan persenjataan yang disediakan oleh Sultan yang memerintah setiap negeri. Apa yang pasti adalah ianya sudah lama wujud iaitu sebelum kedatangan Inggeris lagi.



Friday, March 10, 2023

Kesediaan Jepun untuk Potensi Konflik Terhadap Taiwan dan China

Hubungan antara Taiwan dan China telah lama menjadi titik ketegangan di Asia Timur, dengan potensi konflik antara kedua-dua negara menjadikan satu kebimbangan yang berterusan. Dengan keupayaan ketenteraan China yang semakin meningkat dan ketegasan yang semakin memuncak di rantau ini, terdapat kebimbangan bahawa konflik ke atas Taiwan mungkin akan berlaku dalam masa terdekat. Dalam konteks ini, kesediaan Jepun untuk kemungkinan konflik ke atas Taiwan dan China merupakan isu penting untuk dipertimbangkan.


Jepun telah lama menjadi pemain utama dalam keselamatan di Asia Timur, dengan tentera yang kuat dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat. Negara ini juga semakin tertumpu pada keupayaan pertahanannya sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerana ia berusaha untuk bertindak balas terhadap perubahan ancaman keselamatan di rantau ini. Dengan kehadiran ketenteraan China yang semakin meningkat dan risiko di rantau ini, Jepun telah mengambil langkah untuk meningkatkan kesediaannya sendiri untuk konflik yang berpotensi.

Salah satu langkah utama yang diambil Jepun untuk meningkatkan kesediaannya ialah dengan pembangunan sistem pertahanan peluru berpandunya sendiri. Negara itu telah melabur banyak dalam keupayaan pertahanan peluru berpandu balistik (BMD), yang termasuk pemintas berasaskan laut dan darat. Sistem ini direka bentuk untuk mempertahankan diri daripada kemungkinan serangan peluru berpandu dari Korea Utara, tetapi juga boleh digunakan sekiranya berlaku konflik ke atas Taiwan.

Jepun juga telah mengembangkan keupayaan ketenteraannya dengan cara lain, seperti meningkatkan armada kapal selamnya dan mengerahkan lebih banyak jet pejuang. Negara itu juga telah mengukuhkan pakatannya dengan negara lain di rantau ini, seperti Australia dan India, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mempromosikan keselamatan serantau.

Sebagai tambahan kepada keupayaan ketenteraannya, pengaruh ekonomi dan diplomatik Jepun di rantau ini juga boleh memainkan peranan penting dalam mengelakkan berlakunya sebarang konflik yang berpotensi ke atas Taiwan. Jepun ialah salah satu rakan dagangan terbesar Taiwan, dan boleh menggunakan leverage ekonominya untuk menyokong Taiwan sekiranya berlaku konflik dengan China. Pengaruh diplomatik Jepun di rantau ini juga boleh menjadi penting dalam usaha menyelesaikan konflik secara aman.

Walau bagaimanapun, terdapat juga batasan kepada kesediaan Jepun untuk kemungkinan konflik. Perlembagaan negara itu, yang digubal oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II, mengehadkan keupayaan Jepun untuk terlibat dalam tindakan ketenteraan di luar pertahanan diri. Ini bermakna Jepun perlu mempertimbangkan dengan teliti pilihan undang-undang dan politiknya sebelum terlibat dalam sebarang konflik ke atas Taiwan atau China.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Wednesday, February 23, 2022

Polis Siasat Alat Halau Monyet

Benda viral semalam. Dan hari ni Polis dah amik tindakan untuk buat siasatan sama ada Alat Halau Monyet ini selamat untuk digunakan atau pun menyalahi Akta Senjata Api 1960.

Apa pun.. jika ianya tak menyalahi undang-undang dan akta senjata api, maka eloklah dibenarkan orang ramai menggunakannya. Ini dapat mengelakkan penggunaan alatan yang berbahaya kepada keselamatan orang awam.

Terbaiklah buat penciptanya... nampak ianya dibuat daripada botol plastik, paip pvc dan pemetik api.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah