VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, February 28, 2024

Kaler Luna Ahlul Bayt?

Kah Kah Kah... ini memang lawak.... Bukan main mengaku Keturunan lineage Ahlul Bayt..... Kah Kah Kah...

Kalu gitu la.. Parameswara tue Ahlul Bayt ka?? Kah Kah Kah...

Bangang betul la....



Tuesday, February 27, 2024

Kadar Kelajuan 5G Malaysia?

Kah Kah Kah...

Inikah kadar kelajuan jalurlebar 5G? 
Kah Kah Kah…  Kelakar sungguh la..

#5G #DNB #Telco



Monday, February 12, 2024

Senjata Orang Melayu

Tentera Melayu Abad Ke-19

Catatan Inggeris dalam 'The Illustrated London News' keluaran 26.2.1876 ini menunjukkan jenis-jenis senjata yang digunakan oleh orang-orang Melayu yang menentang Inggeris semasa Perang Inggeris-Perak (1875-1876). Apa yang akhbar Inggeris ini ingin sorok dari pembacanya adalah fakta bahawa tentera Melayu ketika itu adalah tentera terlatih yang mempunyai senjatapi seperti rifal dan musket.

Akhbar propaganda Inggeris ini tidak menjelaskan perkara sebenar iaitu tentera Melayu dengan kekuatan 800 orang telah bertempur dengan 2,000 orang tentera Inggeris dari Pulau Pinang, India dan Hong Kong. Malah serangan pertama oleh pihak Inggeris berjaya digagalkan oleh tentera Melayu dan menyebabkan Kapten Innes dan beberapa orang tentera Inggeris dari rejimen ke-10 terbunuh.

Setelah beberapa kali serangan ke atas kubu Pasir Salak gagal akhirnya tentera Inggeris berjaya mengalahkan tentera Melayu yang bertahan di kubu tersebut pada 12.12.1875. Kubu Pasir Salak, masjid dan beberapa kampung sekitar kubu tersebut dibakar oleh tentera Inggeris melalui arahan William Jervois. Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya berundur ke Sayong.  

Sekiranya kita amati definasi istilah subjektif "tentera moden", ianya merangkumi persenjataan era moden dan juga suatu organisasi ketenteraan yang terlatih (organized modern military). Jadi sekiranya diaplikasikan definasi tersebut saya berpendapat bahawa Negeri-Negeri Tanah Melayu sudah mempunyai "tentera moden" sekitar pertengahan abad ke-19. Malah tentera moden terlatih telah wujud dalam pergolakan yang lebih awal dari Perang Inggeris-Perak iaitu dalam perang saudara Terengganu (1831-1839), perang saudara Kelantan (1835), perang saudara Pahang (1857-1863), dan perang saudara Selangor (1867-1874).

Persenjataan dan kelengkapan tentera Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah bukan seperti perubahan drastik era Tokugawa kepada era Meiji di Jepun iaitu dari pedang dan panah terus naiktaraf ke senjata moden. Juga perlu diketengahkan bahawa pertahanan dan ketenteraan moden Negeri-Negeri di Tanah Melayu bukannya bermula dengan penubuhan Johor Military Force (JMF) pada tahun 1885 dengan 60 orang laskar Melayu, atau Pasukan Askar Melayu DiRaja pada tahun 1933 dengan 25 orang laskar Melayu. Kedua-dua pasukan tentera ini mendapat persetujuan dan kebenaran Inggeris dan dengan itu diiktiraf umum sebagai asal usul sejarah ketenteraan moden Tanah Melayu.

Seperti yang kita maklum, selain dari JMF, perkhidmatan ketenteraan dan kelengkapan senjata Negeri-Negeri Tanah Melayu dibawah Sultan-Sultannya telah dibubarkan selepas mereka dipaksa untuk menerima Sistem Residen. Ketika itu elemen penjajahan sebenar dapat dilihat apabila kuasa mutlak Raja-Raja Melayu telah dihadkan kepada isu Agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Dengan itu, sejarah ketenteraan dan persenjataan moden Negeri-Negeri Tanah Melayu tidak seharusnya dilihat dari pengiktirafan dan kacamata Inggeris sahaja. Ianya juga perlu dilihat dari aspek kewujudan barisan pertahanan dan persenjataan yang disediakan oleh Sultan yang memerintah setiap negeri. Apa yang pasti adalah ianya sudah lama wujud iaitu sebelum kedatangan Inggeris lagi.



Makhluk Asing Cuma Datang Ke USA Jer?

Kah Kah Kah....

Takkan Alien hanya tahu tentang USA jer.. kan kan kan.... takkan la Makhluk Asing cuma datang ke USA jer.... 



Quantum Metal QMEI - Satu Lawak Bangang

Kah Kah Kah...

Ramai sungguh yang mudah terpedaya dengan janji manis dari Quantum Metal.... Hahaha... makin hari makin mengarut statement dari pengurusan Quantum Metal... macam saham QMEI nih... hahaha... 



Tuesday, February 6, 2024

Peruntukan Mereka Mahu, Tapi ...

Gua dari dulu tak bersetuju duit Kerajaan diberikan peruntukannya kepada Sekolah Persedirian Cina nih... bukan apa.... Duit peruntukan mereka mahu, tapi silibus mereka tak mahu nak ikut... Mereka lebih ikut silibus dari Taiwan..

Kalau nak guna silibus Taiwan... sila mintak periuntukan dari Kerajaan Taiwan... bukan dari Malaysia...

Itu ja nak cakap...

Buang Masa Je Tolong


Monday, February 5, 2024

Teknik Terbaik Jemur Kasut

Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kereta... Ada yang guna pagar dawai untuk sidai keringkan kasut..

Ada juga yang letak belakang peti sejuk... konon haba lagi tinggi kat situ...

Tapi ini ada satu lagi cara... guna penyidai kain biasa dan beg plastik... Hehehe



Sunday, February 4, 2024

Harta Karun "Suzuki"?

Kerajaan negeri Perak pernah memberi permit selama tiga bulan kepada pihak sindiket dari Singapura untuk mencari harta karun Suzuki yang bernilai lebih $2,000,000. 

Harta tersebut dikatakan telah disorok dan ditanam di Bagan Datoh oleh askar Jepun sebelum mundur keluar dari Malaya.



Bukti Jelas Bahasa Melayu Itu Mudah

Hehehe...

Siapa kata Bahasa Melayu itu susah memang lah memang... huhuhu



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah