VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, November 30, 2021

Korang Percaya Ka?

Sori ....

Gua sekupang pun tak percaya apa yang Nazri Aziz bagitau dalam Mahkamah nih... Sebabnya .. aper kejadahnya pihak yang nak bagi duit tue perlu bagi kat Nazri Aziz untuk tujuan derma Sekolah Agama di Pattani.... dari bagi kat Nazri Aziz... baik terus bagi ke Sekolah Agama tue... kan senang... 

Ini tidak... kena plak nak bagi melalui perantaraan Nazri Aziz.... Hahahaha.... 

Adoilah lawak siot... Tak beragak punya alasan... Bangang ke aper nih??? Hahaha



Wednesday, November 24, 2021

Harga Sayur Naik?

Kita semua tahu yang majoriti pengeluaran sayur di Malaysia terhasil dari ladang-ladang dan kebun-kebun di Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highland)... dan ianya akan dipasarkan didalam Malaysia dan ader yang diekspot ke Singapura.

Walaupun bekalan biasanya tidak mencukupi... tapi itulah tetap juga dibekalkan kepada pasaran.

Jadi kenapa harga sayur naik?

Beberapa minggu sudah kita dapati harga baja dan racun rumpai telah naik berlipat kali ganda. Dan ini memberikan kesan yang teruk kepada pekebun dan peladang. Rata-rata kebun dan ladang sayur menggunakan baja sebatian dan racun rumpai pada kadar yang banyak.

Betullah kita ader perladangan secara hidroponik... tapi itu pun menggunakan baja yang agak mahal juga...

Dan bila peladang atau pekebun memasarkan sayur kepada pasaran... tentulah mereka akan cuba untuk menjualkannya pada harga tertinggi yang boleh... yang mana akan memberikan untung kepada mereka... Mari gua berikan satu contoh..

Katakanlah harga sawi panjang dijual di Malaysia sekilo pada harga RM5, tetapi sayur yang sama di jual di Singapura pada harga SGD5 ... yang mana lebih menguntungkan?

Katakanlah setelah ditotal segala kos pengeluaran dan logistik.... di Malaysia boleh dapat untung bersih sekitar RM1 setiap sekilogram... manakala jika dijual di Singapura... boleh dapat untung bersih SGD1.. yang mana lebih menguntungkan???

Anda fikir-fikirkan sendiri.... 

Semua ini disebabkan nilai matawang Malaysia yang tersangat lemah... dan ini sungguh memalukan... Kerajaan sedia ada buat apa agaknya?? Pengundi usah lah kita cerita.. mereka lebih suka penyamun dan pencuri serta penyangak memerintah negara.... Huhuhu



Saturday, November 20, 2021

Nasib Kita

Nasib kita tak sama...  ader yang kaya... ada yang miskin...

Bukan kata yang kaya tu sebab rajin berusaha... dan yang miskin itu malas berusaha... tapi tak semestinya  ... Hidup nih camnie la...  Usaha kena teruskan...

Apa yang pasti... kalu dulu korang ditahap T20 ... maybe sekarang di M40 ....

Tapi ramai yang M40 dah jadi B40 .... bukan setakat semasa dan selepas PKP... tapi impak ekonomi yang gagal ditadbir dengan baik oleh Kerajaan.... Pelabur Asing lama dah ramai yang lari... Pelabur Asing baru ramai yang taknak mari...

Huhuhu...



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah