VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, March 30, 2016

6 Bulan Je Khir Toyo Kena Jel?

Kah Kah Kah.

Mana tahan kan duduk dalam penjara. Mana tahan makan nasik tak sedap dalam jel. Mana tahan tak dapat tidur selesa dalam jel. Haha. Hebat idea sistem parol ni. Memang inilah tujuannya ianya dibuat. Hebat.

Kalau Khir Toyo boleh lepas bebas hanya kena jel selama 6 bulan je. takkanlah orang lain yang lagi ringan kes dia macam kes curi 1 tin sardin kena jel  2 tahun tu patut lagi awal lah boleh lepas bebas kena parol.

Nampak sangatlah orang UMNO mana tahan nak jadi pejuang. Mimpilah.

Kah Kah Kah.



Wednesday, March 23, 2016

Perang Dalaman UMNO

Kah Kah Kah.

Mungkin ramai yang diluar sana tidak tahu bahawa sekarang ini Salim Iskandar (Parpukari) sedang berperang berhabis-habisan dengan Ab Jalil Backer. Kah Kah Kah.

Yang paling lawaknya diantara mereka berdua ini saling tuduh menuduh malah siap membongkarkan lagi isu-isu dalaman UMNO termasuk isu dana, isu penggiat media sosial, isu dedak dan juga isu menempel nama dan mengambil kredit.

Nampaknya Jabatan Media Sosial (JMS) UMNO kini sedang berperang dengan puak-puak tertentu sedang giat menjatuhkan sesama mereka sendiri. Yang lagi menariknya seorang Blogger ternama UMNO iaitu Azmi Ibrahim (Aku Peduli Apa) pula tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan ini kerana beliau pula sedang memantapkan kumpulannya yang diberi nama "The Mercenaries".

Dikhabarkan keanggotaan "The Mercenaries" ini adalah elit dan telah berjaya mengumpul keahlian seramai 50 ribu anggota. Persoalannya ialah dari mana mereka ini mendapatkan dana untuk operasi. Adakah ianya juga disalurkan dari dana Jabatan Perdana Menteri?

Kita nantikan episod seterusnya.

Kah Kah Kah

PAS Tidak Berdendam - Biar Betul?

KahKahKah.

Ye lah sangat PAS tidak berdendam. KahKahKah Siapa yang percaya cakap Tuan Ibrahim Tuan Man ni memang la bodoh jahil tukil. KahKahKah. Perangai PAS orang dah boleh baca lah. Tak payah nak berselindung guna ayat itu ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kekecewaan parti itu dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng menamatkan perkhidmatan ahli parti itu yang dilantik di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

“PAS secara peribadi kita rasa kecewa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita kecewa, terutama sekali apabila kita hadapi pilihan raya bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila kita menang dan orang PAS diterajang keluar, ditamatkan perkhidmatan, dipecat dari jawatan sedia ada,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

Jun lalu, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnor sebelum ini dilapor sebagai berkata, pemecatan drastik itu meliputi semua ahli PAS sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka itu berkata tindakan setiausaha agung DAP itu jelas tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara. - SUMBER

KahKahKah.



Tuesday, March 22, 2016

Terengganu Bukan Sahaja Ada Masjid Tergantung Tapi...

KahKahKah.

Hebat Terengganu ni. Bukan sahaja ada Masjid Tergantung (Terapung) tapi boleh pulak ada Dewan Undangan Negeri Tergantung. KahKahKah. 16 anggota BN vs 16 anggota Pembangkang dan 1 mangkuk ayun bernama Ahmad Said.

Hebat. Macam mana lah Kerajaan Terengganu nak jalankan tugas. Sebab semua keputusan bila tak sah untuk dibuat dalam keadaan DUN Tergantung ni. Patut bubar sahaja DUN. Tapi mahukah PAS menasihatkan UMNO untuk membubarkan DUN? Nampak sangatlah kan.

KahKahKah.


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.

"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.

"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.

Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.

Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.

Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.

Pada 8 Mac lepas, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun, ia ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula mencabar Abdul Hadi menasihatkan kerajaan negeri itu membubarkan Dun Terengganu demi kepentingan rakyat. - SUMBER

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah