VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Saturday, July 13, 2013

Kapten Jack Sparrow Serang Pulau Tioman?

Biar betul, Hebat lanun-lanun ini. Semua dapat inspirasi dari filem Pirate Of The Caribbean ke? Tak mungkin Kapten Jack Sparrow serang Pulau Tioman. Dimana agaknya APMM? Tidur kah?


Kredit Gambar i-dyra,blogspot.com
KUANTAN - Sebuah kapal dagang yang berdaftar di Pelabuhan Klang disamun lapan lelaki bersenjata pistol dan pisau di Perairan Pahang, dekat Pulau Tioman.

Dalam kejadian 3.45 pagi semalam, sekumpulan lelaki terbabit menaiki bot sebelum menceroboh kapal MT 5G ASPHALT 1.

Menurut Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuantan Kapt Ab Aziz Idrus berdasarkan laporan awal, kumpulan penjenayah itu melarikan wang tunai kira-kira RM190,000 (US$55,000).

"Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Ab Aziz, anak kapal dagang terbabit terdiri daripada kalangan warga Myanmar.

"Menurut laporan awal, kejadian itu berlaku di latitud 03.02.73N dan 104.18.61E di Perairan Pahang dekat Pulau Tioman, tujuh lelaki bertopeng bersenjatakan pisau, manakala seorang bersenjatakan pistol, laporan polis telah dibuat kapten kapal itu di Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu pada jam 4 petang tadi," katanya.

Beliau berkata jumlah anak kapal dan butiran barangan yang dibawa kapal dagang berkenaan masih disiasat.

"Maklumat sebenar kejadian itu juga masih belum diperoleh sepenuhnya," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah