VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, July 14, 2013

Klinik Bergerak Dr Zambry?

Harapnya masalah rakyat yang disalurkan melalui Klinik Dr Zambry dapat diambil berat. Janganlah pula seperti mencurahkan air ke daun keladi. Tidak memberi kesan. Tidak memberikan faedah. Harap ianya tidak sia-sia. MB Kelantan bila mahu berbuat sebegini?


IPOH - Sebanyak 13 Bazar Ramadan di seluruh Perak dipilih sebagai lokasi Klinik Dr Zambry yang membuka kaunter bergerak sempena Ramadan dikendalikan Unit Khidmat Pelanggan, Pejabat Menteri Besar.

Melalui pembukaan Klinik Dr Zambry itu, Orang ramai boleh mengambil kesempatan membuat aduan atau permohonan berkaitan masalah tanah, perumahan dan perkhidmatan kerajaan di beberapa lokasi Bazar Ramadan termasuk di Dataran Lenggong, Pekan Parit dan Tapah.

Lokasi pertama Klinik Dr Zambry yang memulakan operasinya semalam ialah di Bazar Ramadan Batu 8, Hulu Kinta.

Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, pendekatan ini baik untuk pemimpin mendekati masyarakat di kawasan masing-masing bagi menawarkan perkhidmatan tanpa perlu ke pejabat atau agensi berkaitan.

Menurutnya, orang ramai agak sukar mendapatkan perkhidmatan di pejabat atau jabatan, jadi dengan kaunter bergerak ini mereka boleh mengutarakan masalah kepada kakitangan bertugas untuk disalurkan kepada jabatan tertentu.

“Kaunter bergerak ini akan dibuka sepanjang Ramadan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di lokasi terpilih yang dikenal pasti mempunyai pengunjung ramai.

“Ini adalah nilai tambah kepada rakyat, mereka boleh membeli juadah pada masa sama mengemukakan masalah masing-masing,” katanya selepas mendengar permasalahan penduduk di Bazar Ramadan Batu 8, Hulu Kinta semalam.

Beliau berkata, melalui konsep ini, jabatan atau agensi diharapkan dapat menyelesaikan secepat mungkin segala masalah yang dibangkitkan masyarakat.

“Kebiasaannnya jika orang ramai hendak datang ke pusat khidmat, mereka perlu berpakaian cantik-cantik, tetapi apabila ada kaunter bergerak, keadaannya tidak formal, walaupun dengan berkain pelikat, mereka boleh mengadukan masalah.

“Pelaksanaan kaunter berkenaan adalah inisiatif kerajaan negeri yang mahu memberi perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan slogan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’ diperkenalkan menteri besar sejak 2009,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah