VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, November 28, 2022

Bukan Orang Tak Ajak ....

Bukan orang tak ajak join sekali dalam Kerajaan Perpaduan nih untuk perkemaskan negara nih... sebab cadangan Kerajaan Perpaduan nih pon adalah cadangan dari YDP Agong....

Tapi...

Tapi Perikatan Nasional yang ada PAS dan BERSATU didalamnya yang taknak join sekali... siap sombong kata takmo nak bersama dengan pihak yang masuk Neraka....

Pasti sembang pulak cakap macam nih...

Memang bangkai betul lar... hahaha


Hahaha.... mesti hati tengah bara ni.... yer la.... dah silap buat keputusan...  sebab buat keputusan bukan guna otak... tapi guna hati... hari yang dengki...

Hahahaha.... hadan huker...

Lemah dan Lembab Tindakan

Ader Ostad Ostajah Laki Bini dalam TikTok dok banyak merapu dan mengarut nih...

PseudoScience Watch taknak serang ka?? Nak harap Unit Dakwah JAKIM Malaysia bertindak serupa macam tunggu kucing bertanduk.

Biasa kalu yang lain laju ja... Bab yang ini takkan la kot double standard.... Hahaha....

#pseudosciencewatch #pseudoscience #tiktok #merapu #karut #sesat #jakim #pdrm




Saturday, November 26, 2022

PM10 Bertahan Selama 26 Hari?

Dua puluh enam hari (26 hari).... Itulah tarikh sidang Parlimen yang akan datang... Itulah sidang Parlimen yang akan mengesahkan Usul Percaya kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke sepuluh (PM10)...

Jika Anwar Ibrahim berjaya mendapat kepercayaan majoriti pada tarikh keramat 19 Disember 2022... maka kekallah Anwar Ibrahim sehingga mungkin sampai akhir penggal... Kalau tidak... PM10 hanya bertahan selama 26 hari je...

Persoalan yang perlu kita tanya... Adakah Anwar Ibrahim dapat mengharunginya? Atau Anwar Ibrahim kalah pada Usul Percaya tersebut??  Kalau Anwar Ibrahim kalah... dia akan dikenang sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia...

Adakah ianya mustahil? Tak mustahil langsung sebab ramai sangat yang memang nak jatuh dan sekat dier pun selama ini... even yang dalam parti dier pon sama naik gak.... Hahaha... yang dikeliling dier pon sendiri ramai jugak yang sebenarnya tak suka kat Anwar Ibrahim... dan teringin nak tengok dier jatuh dan jadi Perdana Menteri yang paling singkat masanya .... Huhuhu

Tapi kalu Anwar Ibrahim jatuh... siapa pulak yang boleh mendapat kepercayaan majoriti di Parlimen?? Maybe Ismail Sabri kot? Maybe Muhyidding Yasin kot? Maybe Ahmad Zahid Hamidi kot??

Atau maybe Abdul Hadi Awang.... Hahahaha

Apa pun yang berlaku.... kita nantikan sahaja... tapi macam gua selalu kata la.... mana-mana pihak yang mengundi sebaliknya (menyebabkan Anwar Ibrahim gugur dari kedudukan PM10) itu sebenarnya telah menderhaka terhadap keputusan YDP Agong...

Tapi biasa la... tak terkejut pun kalu YDP Agong pun tak murka kalu Anwar Ibrahim tidak mendapat undi majoriti pada Usul Percaya di Parlimen pada 19 November 2022 nih .... huhuhu ...

I'll rest my case my Lord.








Betapa Busuknya Hati Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang nih dari zaman muda dah busuk hati... sampai ke tua pun masih busuk hati.... Adoilah... Apa nak jadi la...

Laju mulut dari otak... Huhuhu...

Itu pon lagi ramai yang percaya dan taksub dekat Abdul Hadi Awang nih... huhuhuhu



Wednesday, November 23, 2022

Kena Game

Korang tertunggu news #PM10 ka? Hahaha.. kena game la korang...

Nih semua 'Extended Edition' lar...

#PunIntended #PRU15 #GE15 #PerdanaMenteri #Undi18 #Lawak



Tuesday, November 22, 2022

Zakir Juga Yang Naik

Kalu betul nak dinaikkan Anwar Ibrahim jadi PM, dah lama dah patut naik. Tapi tetap gak tak naik-naik.

Zakir jugak yang Naik.

Hahahah



Satu Penjajaran Semula Politik

Tidak dapat tidak... kita mesti ingat bahawa adalah bahaya untuk terus menerus menggunakan elemen seperti perkauman dan keagamaan dalam urusan kenegaraan.... Ianya sememangnya sesuatu yang bahaya... boleh mencetuskan kegusaran awam dan kacau ganggu...

Tapi kita faham... bagi sesetengah parti politik dan orang perseorangan.... dua perkara ini adalah mainan utama mereka...  Mereka memang menggambil pendekatan "Bumi Hangus" ..... pada mereka.. kalau mereka tidak dapat, biarlah orang lain juga tidak dapat...

Gila aaa cara nih... 

Dalam semua keadaan... kita mesti mengutamakan Negara... apa-apa yang menggugat sistem demokrasi berparlimen dan sistem kenegaraa mesti kita sekat dan tentang... Kita tak boleh membiarkan bara terus menyala dalam sekam... kerana bara ini biasanya akan menjadi api yang kecil pada permulaan... dan seterusnya menjadi marak yang tidak terkawal..

Jadi... satu penjajaran semula politik amat perlu kita laksanakan demi Malaysia yang tercinta ini... kalau kita nak melangkah jauh dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang dan terbilang.. kita kena mengorak langkah awal menuju kepada kestabilan... kita kena buat penjajaran politik yang matang dimana elemen perkauman dan agama dikawal dengan sebaiknya...

Mana-mana penghasut perkauman dan agama kita tangkap dan dakwa... Mereka ini tidak patut berada di dalam Malaysia nih... kita wajar ubah undang-undang kita agar Malaysia boleh mengambil tindakan paling tegas kepada penghasut perkauman dan agama nih...

Adalah terbaik jika kita boleh membuang kerakyatan kepada mana-mana penghasut perkauman dan agama nih..

Hasut perkauman dan agama nih ... kita "revoke" jer kerakyatan mereka tue... Setel masalah



Monday, November 21, 2022

Apa Dalil Rafizi Pulak Lepas Ni

Rafizi kata dier akan jadi orang pertama membantah kalu PH deal ngan BN.... Itu kata dier... gua pegang kata-kata dier... Hahahaha

Gua cuma tunggu apa dalil Rafizi pulak lepas ni ......, hehehe .... Apa dier nak pusing...



Payah Kalau Dapat Cikgu Yang Bodoh

Hehehe...

Dalam dunia Malaysia (Malaysia Multiverse) nih... segalanya mungkin terjadi... sebab dah biasa terjadi Cikgu Yang Bodoh...

Jadi memang payah la... payah kalau dapat Cikgu yang bodoh... Hahahaha



Sunday, November 20, 2022

PAS Memimpin

Kesan indoktrinasi puluhan tahun didalam pendidikan awal kanak-kanak terhadap politik Malaysia.

Syabas #Undi18 ... Syabas #UndiOrangMuda #UOM ...

Syabas PAS sebab menjadi parti yang memegang kerusi paling banyak dalam #PRU15 berbanding parti lain. Salute...

#RUU355 #IslamMemimpin #PASgantiUMNO #PASTI




Saturday, November 19, 2022

Malam Yang Cukup Panjang

Sure ramai yang sedang berdebar-debar menunggu keputusan akhir PRU15... sana sini pengiraan undi masih beum habis.. data tak rasmi memang masuk mencanak... tapi abaikan ja dulu...

Hahaha...

Pengundi lain debarnya... Calon lagilah lain debarnya... Hahaha

Malam ni akan jadi malam yang cukup panjang... so... pi la makan dulu... solat dulu... nanti baru sambung balik tengok semuanya...

Hahaha



Cukup-Cukuplah

32 bulan.... hampir kepada 33 bulan....  sesuatu yang pening...

Sebab Kerajaan yang ada tidak mendapat mandat yang sepatutnya... Payah bila rakyat tidak menerima apa yang terhidang... payah sebab rakyat pun tak berapa nak respek kerajaan yang ada....

Sebab bukan pilihan rakyat.... cukup-cukuplah.



Friday, November 18, 2022

Macam Biasa Salahkan Orang Lain La

Macam tak biasa... Mesti akan salahkan orang lain la... hahaha... Lawak betul...

Itu yang Sanusi Md Nor senyum jer dalam gambar belakang tue... hahaha

#PRU15 #GE15 #Undi18 #MuhyiddinYasin #PerikatanNasional #VideoTular #Viral



VSR Setakat Pukul 5 Petang

Sudah keluar... sekadar menjadi penyeri dan guideline kepada lu orang semua... Tiada yang mustahil..

Keputusan akhir hanya Allah Taala jer yang tahu. Sekian

#PRU15 #GE15 #Undi18 #UndiOrangMuda #UOM #Kempen #Politik #BN #PN #GTA #PH #Warisan 



SPR Buat Magik? Undi Pos Kena "Rigged"?

Aik... macam mana boleh dapat sampai dua kertas undi pos?? Macam mana SPR kendalikan Undi POS bagi PRU15 nih?? Macam tak pernah nak handle...

Ker Undi POS nih pon selama ini kena "rigged"???

Jahanam aaa.... sudah tak boleh dipercayai la SPR ini macam ... kalu setiap sorang pengundi ader 2 kertas undi ... maknanya boleh diejast la kan.... adoilah



Masa Kecederaan - Trend dan Sokongan yang berbeza

Memang mana-mana pihak mengharapkan apa yang terjelma depan mereka (sokongan, likes dan view) menjadi kenyataan pada hari mengundi 19 November 2022 ... tapi ... tapi itu semua kadang-kadang ader perubahan yang ketara...

Apa pun... PRU15 ini memang memberikan sesuatu yang jauh berbeza dari apa yang biasa kita lihat pada setiap Pilihanraya Umum....

Trend yang berbeza dan sokongan yang berbeza... Undi Orang Muda (UOM) kali ini berbeza sangat.

Apa sahaja keputusan... sila terima dengan hati yang terbuka....



Wednesday, November 16, 2022

Tin Milo Sanusi

Jangan riso.... Muhammad Sanusi Md Nor nih bukan calang-calang orang...

Raptor pon boleh beli gitue-gitue jer.. Hahaha.. aper ader hal kalu kena saman sampai RM10 juta pun... sikit jer tue... lain kali saman la sampai RM100 juta... baru la padan dengan level dan kehebatan Sanusi...

Hahaha....

RM10 juta nih apa payahnya... tin milo kan ader... walaun takder masalah nak sponsor... Hahaha... Kan Sanusi kan... hahaha



Gila Copong

Orang Ganu cakap... Gila Copong..

Dapat mikrofon ja terus otak tak dapat nak tallykan dengan mulut... tue yang asik tersalah cakap la... yang lagi lawak... ramai yang akan bagi dalih kata media salah tafsir... media salah quote... media edit apa yang dier cakap...

Bangkai betul lar... Mulut takder #TAKAFUL

Hahaha



Lonjakan Minit Akhir

Ada pihak dalam diam dibelakang tabir telah berjaya mengukuhkan sokongan mereka dikalangan Undi Orang Muda (UOM) ...

Konsep "Buddy Buddy" yang mereka buat nampaknya lebih berjaya menawan hati UOM dari kalangan pengundi Melayu...

Tapi benda macam ini boleh berubah... nak kena ader kekuatan momentum yang bagoosh.



Betul Cakap Mahathir Mohamed Ni

Hehehe...

Betul cakap Mahathir Mohamed nih... jangan percaya pada survey... jangan percaya dapat tinjauan... sebab apa yang ada dalam survey atau tinjauan biasanya tak tepat mana... banyak yang salah... banyak yang mengarut...


Tambah lagi bila ader survey @ tinjauan yang dilihat agak mengelirukan.. banyak fakta yang ditampilkan lebih kepada hearsay ja.... Hahahaha

Percaya jer la pada keputusan akhir nanti... hehehe



Kata Periuk, Belanga Hitam

Ada sebab orang tua-tua dulu kala membuat peribahasa ini...

Kata Periuk, Belanga Hitam

Hahaha... bukan apa... jangan dok nak mengata orang, tapi diri sendiri pon sama jugak... Hahaha.. kelakar... citer pasai punggung belanga hitam, walhal punggung periuk pun sama hitam....

Lawak siot....






Tuesday, November 15, 2022

Sloth Memang "Slow"

Sloth memang "slow" ... segala segi pergerakan sloth memang lambat... lambat pickup bak budak-budak raver cakap la...

Hahaha... gua citer tindakan sloth ...  sebagai satu metafora....

Dalam satu senario politik hari ini... Ismail Sabri nampaknya tak sedar yang dalam senarai calon BN yang ader... memang tak cukup kumpulan Ismail Sabri didalamnya... memang tak cukup geng...

Kalu BN menang pada PRU15 nih... (nak menang mender boleh sampai simple majoriti) ... tetap gak team dier tak cukup.... yang cukup adalah team Ahmad Zahid Hamidi.... hehehe

Mana cukup korum.... hehehe



Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Ismail Sabri Yaakob benar-benar percaya dia akan dicalonkan lagi sebagai perdana menteri jika BN menang dalam pilihan raya umum Sabtu ini.

Sedangkan, kata Lim, dia tidak lagi mempunyai “kaki” dan “tangan” setelah beberapa menteri dalam kabinetnya dicantas daripada senarai calon BN.

“Adakah Ismail sedang menjadi naif atau dia hanya bodoh?” soal Lim.

Monday, November 14, 2022

Kelas Demokrasi Fahmi Reza

Syabaslah Fahmi Reza. IPTA tak bagi buat, Tapi di IPTS berjaya buat.

#PRU15 #GE15 #KelasDemokrasi #Undi18 #KuasaMahasiswa #fahmireza #JomMengundi #UBAH #Politik



Sunday, November 13, 2022

Buat La Report Polis...

Penakut jugak puak-puak nih .. Ingatkan berani... Hahaha... kata ader cukup bukti bagai... 

#Scrut #RafiziRamli #PRU15 #GE15 #Politik #SD #PDPA



Zaman Sekarang Kita Guna Sistem Metrik

Tidak Mustahil.... Hahaha...

Zaman sekarang kita guna sistem Metrik... jadi tahil kita dah tak gunakan... kita gunakan Gram ... Hahaha

Jadi... lebih sesuai menjadi Tidak Musgram ... hehehehe

#PRU15 #GE15 #AzminAli #PN #PerikatanNasional #Majoriti  #DuaPerTiga #Undi18 



Makin Gila PAS La Nih?

Gua dapat snapshot ni dari kawan... biler gua semak... memang betul ada artikel nih di HarakahDaily.net

Citernya... Tuan Ibrahim Tuan Man kata ... apa jasa PH untuk tangani masalah air di Kelantan masa Pakatan Harapan berkuasa dulu... selama 22 bulan....

Sedap betul mulut TITM nih tanya bab nih.... eh... dier lupa ka yang Pakatan Harapan (PH) pernah bagi RM400 juta sebagai dana bantuan kepada Kelantan... eh... kenapa tak gunakan sedikit duit tu untuk membetulkan kemudahan air di Kelantan??

Takkan tak boleh nak peruntukkan modal sikit pon... Habis duit tu pi mana? Yang nampak oleh umum masa tue.. lepas dapat dana tue... berjujuk keluar kereta Mercedes baru untuk EXCO Kelantan.... hehehe... mewah betul....  Tau la tak abis sampai RM400 juta buat beli Mercedes baru tue tapi kan baik kalu dana beli Mercedes tue digunakan untuk tangani masalah air di Kelantan... tak dapat buat semua... buat sikit pon tak apa...

Hahaha... Makin gila PAS la nih.... huhuhu



Mampukah Barisan Nasional Menguasai Kerajaan Persekutuan?

Berdasarkan data dan statistik yang ada... agak payah juga Barisan Nasional (BN) nak menguasai Kerajaan Persekutuan.... Sebab kini segalanya agak seimbang...

Perlukan ader satu lonjakan bagi mengikat bakal pengundi untuk memilih mereka.



Saturday, November 12, 2022

Jahanam Data Bocor Lagi

Demm.... Jahanam wei..

#PRU15 #GE15 #SPR #Hackers #Penggodam #Data #KadPengenalan #Breach #Security #Keselamatan #Privacy



Ayat Saekor Buaya

Korang percaya kalu memang la korang boddow .... ini ayat pujuk raya saekor buaya yang ditimpa pokok.... Hahaha

#PRU15 #GE15 #ZuraidaKamaruddin #KhianatMandat #boddow



Friday, November 11, 2022

Boo Sama UiTM. Pondan Betul NC & TNC

Bagi #Undi18 tapi tak bagi ilmu tentang Pilihanraya. Adehh... Hati tisu betul lar.

#PRU15 #GE15 #KuasaRakyat #KuasaMahasiswa #FahmiReza #KelasDemokrasi #uitm



Tangkal Terbaek

Macam ni la cara terbagoosh untuk test @ uji tangkal... bagi sesapa yang rasa ader tangkal terhebat.... patut kena uji camnie...

Macam contoh yang ader silat atau seni pertahankan diri yang ader macam kuasa magik tue... patut kena uji dengan orang lain.. bukan dengan geng sendiri...  baru la terbukti power atau tidak azimat, tangkal atau kebal yang ader...

Hahaha... 

Terbaeklah...


Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa ..... bak bait-bait dalam lirik lagu P.Ramlee

Special bhai... bukan calang-calang kata-kata pujangga ini.... menggambarkan sesuatu yang sacred... yang mulia... yang anggun... yang above the all...

Tak macam kata-kata bangang dari seorang Lobai... Lobai yang tak berani nak berterus terang,... tak berani nak telus... tak berani yang menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat... Kalu alim ulama pon tak amanah dalam urusan dunia... macam mana nak lead orang awam...

Kalu pemimpin pun tak telus... camana nak rakyat yang telus..
Patut orang macam nih... LHDN kena scrutiny lebih lanjut.... siasat dan dedah... mesti ader something yang disembunyikan... mesti ader harta yang tak sah taraf... mesti ader sesuatu...

Kalu orang yang bersih... dier takder hal nak dedahkan apa-apa pun...

By the way.... seorang yang berpegang pada agama .... lidahnya dan kata-katanya pasti sentiasa dikawal oleh agamanya...  

#LHDN #PRU15 #GE15 #Declaration #Aset #Harta #Rasuah #Rahsia #LariCukai



Hang Silap La Mahathir Mohamed Ooi..

Bukan kurang sokongan di sesetengah tempat...

Tapi.... memang takder sokongan pon hampir disemua tempat..... Hahaha...  Harap di Langkawi.... Kubang Pasu .... dan Jerlun jer la. yang ader sokongan...

Lain tempat haup... Hahaha... Port Dickson.... ruyup.... Hahaha...

Silap-silap tempat lain tue... siap hilang wang pertaruhan lagi.... hehehe... hilang deposit pilihanraya.... Hahaha.... sabor jer la.... 

Apa pon tahniah la sebab bagi pecah undi.... hahaha... untung kat BN la.... hahaha...



Wednesday, November 9, 2022

Tuesday, November 8, 2022

Cakap Sanusi Ni Gua Sokong

Banyak-banyak benda yang Sanusi Md Nor cakap nih... yang ini paling gua sokong...

Memang patut Malaysia jadi juara dalam pengeluaran produk ketum untuk pasaran komersial bagi kegunaan syarikat farmaseutikal... Betul...

Ketum memang kita tau ader banyak khasiatnya dalam bidang farmasi dan perubatan.. malah kesan alkoloid yang ada pada ekstrak ketum boleh memberikan impak kepada pertumbuhan sel kanser dan penyakit berkaitan otak.

Dah ada banyak kajian yang dibuat sampaikan di Universiti kat Finland dan Norway pon depa dah buat kajian benda nih... 

Cuma yer la... Kerajaan kita lembab buat keputusan benda nih... Benda bawah Akta Racun jer... bukan Akta Dadah Berbahaya.... itu pon jenuh nak buat keputusan... Adoilah... last-last negara lain yang untung...

Nasib baik la Kartel Sinaloa tak tanam Ketum nih di Mexico ... ataupon Kartel Medillin atau Kartel Clan del Golfo tak tanam Ketum nih di Columbia.... Kalu tidak depa la yang lead sales dan ekspot kat seluruh dunia... 

Skrang nih kartel Khun Sa di Myanmar masih ngan Popi dan Ganja... nasib baik dier tak tanam Ketum lagi.... hahahaha

So... Sanusi... apa lagi... kena pastikan penanaman dan pengeluaran ketum secara komersial nih dibenarkan oleh Kerajaan la... cepat sebelum orang lain paw benda nih..



Betapa Kontradiknya

Masa BN jadi Kerajaan Malaysia selama 60 tahun... Masa Ismail Sabri (UMNO/BN) jadi Perdana Menteri... isu Kerakyatan bagi anak-anak yang lahir di luar negara jadi payah... siap masuk kes bicara lagi.. dan akhirnya Kerajaan Malaysia bertegas tak benarkan anak yang lahir di luar negara yang bapanya bukan warganegara Malaysia ... mendapat kerakyatan Malaysia... walaupun ibunya adalah warga Malaysia...

La nih ... Ahmad Zahid Hamidi nak tawarkan lain pulak... lawak aaa.... betapa kontradiknya BN nih sebenarnya... Hahahaha



Monday, November 7, 2022

Bangang Punya Ostajah

Berapa ramai orang Melayu nak anak diorang jadi Ostad dan Ostajah. Antar sekolah pondok sekolah tahfiz bagai. Alasan carik akhirat itu lagi penting. Boleh tarik mak bapak masuk syurga senang sikit.

Adoilah. Bukannya tak boleh belajar akademik biasa sambil belajar bab agama... tapi tak.... lupakan terus ilmu dunia... demm.

Pastue bising takder Doktor perempuan nak handle kes bersalin.



Elok Juga Diteruskan Perbicaraan Ini.

Betul... simple je pada gua...

Proofkan apa-apa pun kat Mahkamah... tak payah la nak cover-up sana sini... kalu betul takder masalah... insyaAllah setel semua... 

Tapi macam selalu gua cakap la... jangan la gunakan imuniti kalu nak orang ramai respek... dan gua tak nak cakap lebeyy sebab takmo "contempt of court" ...

Wasallam.



Sunday, November 6, 2022

Kekuatan Setakat Ini Seimbang

Yeah....

Enjin baru start... belum betul panas lagi.... hahaha apa pun kita tengok lah nanti kemana arah hasilnya kempen.






Inilah PAS Yang Sebenarnya ...

Kelakar...

Memang kelakar la PAS nih.... dulu pada PRU14 ... mereka bertanding 160 kerusi... katanya nak jadi king maker... kali nih pulak pada PRU15... PAS bertanding hanya 22 kerusi.... tetap katanya nak jadi king maker...

Hahaha....  masa 160 kerusi bertanding tu dapat 18 kerusi jer.... kalu bertanding 22 kerusi nih... berapa plak boleh dapat??? 40 kerusi ke?? Hahahaha

Bangkai betul lar..



Statistik Taburan Calon

Disini gua sertakan maklumat dari Sinar Harian...

Dari apa yang gua nampak ... akan ader satu bentuk Kerajaan Campuran melibatkan 2 atau lebih gabungan bagi mendapatkan majoriti mudah untuk menguasai pentadbiran di Putrajaya...

Dan PAS tetap akan menjadi pelacur murahan yang akan menjual dirinya dengan mana-mana best bidder yang sanggup membayarnya. Itu sahajalah kelebihan yang ada pada PAS.



Saturday, November 5, 2022

Sisi Pandang PRU15 - Perlis

#PRU15 #GE15

Adakah akan berlaku satu perubahan drastik di Perlis.... Satu negeri yang tak banyak berubah sejak sekian lama.... Adakah perubahan di peringkat DUN dan Parlimen kali nih akan mengubah lanskap politik, pentadbiran dan ekonomi sebuah negeri antara terkecil di Malaysia.



Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?


Pertama sekali kita kena tahu berapa ramai bilangan pengundi dari kategori Undi 18.

Dari data yang ada... ada seramai 1.4 juta pengundi dari Undi 18 yang akan pertama kali mengundi. Mereka ini adalah dari senarai umur 18, 19 dan 20 tahun. 

Mereka ini adalah golongan Z ... yang kita boleh kaitkan dengan generasi TikTok.... Input mereka tentang politik pastinya akan didasari pada apa yang terpapar di TikTok... Dan mana-mana kempen serta propaganda yang dipaparkan melalui TikTok akan lebih cepat masuk ke hati nurani mereka.

Pengundi Undi 18 nih kurang mengenali calon-calon Politik terutamanya yang berstatus dinasor... melainkan mana-mana calon yang aktif di media sosial terutamanya TikTok.

Dari satu segi... Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin, Cleopatra dan beberapa nama lagi memang dapat tumpuan dari pengundi Undi 18. 


Pada 2018 (PRU14) ... semua pengundi Undi 18 ini sebenarnya masih berada di peringkat Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)... dan kecaknaan mereka berkenaan politik hanya berkisar kepada apa yang mereka lihat dari kekalutan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Mereka tiada kecaknaan terhadap Barisan Nasional (kemungkinan ada sedikit bersandarkan input dari ahli keluarga mereka yang lebih senior.

Jadi...

Apakah yang pengundi dari Undi 18 ini mahukan?

1. Mereka pastinya inginkan satu jaminan akan adanya pekerjaan yang menanti mereka selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat tinggi sama ada di IPTA mahupun IPTS. Adakah ada tempat untuk mereka dalam perkhidmatan awam? Jika terpaksa mereka mendapatkan pekerjaan di sektor swasta adakah dasar gaji yang diterima berpadanan dengan apa yang sepatutnya mengikut kelulusan pendidikan mereka?

2. Apa polisi dan dasar yang dapat mengurangkan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang hampir kesemua mereka telah ambil. Ini juga berkait rapat dengan isu nombor 1.

3. Apakah bantuan dari pihak berwajib yang disediakan serta dipermudahkan untuk mereka untuk memulakan perniagaan offline dan online. Adakah ada geran dan dana mikro yang mudah diakses oleh mereka. Bagaimana pula dengan sekatan dari PTPTN jika mereka gagal melunaskan pembayaran pinjaman pelajaran.

Jadi... jika ada mana-mana parti politik yang lebih mengutamakan apa yang pengundi Undi 18 ini mahukan... peluang untuk memenangi undi sebanyak 1.4 juta adalah terbentang luas.

Make your move wisely dan jangan tipu pengundi Undi 18.

#Undi18 #Vote18 #PilihanBijak #KamiAdalahRaja #KingMaker



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah