Saya suka air kelapa bakar. Sedap. Enak. Manis. Memang air kelapa ada banyak khasiat. Semuanya kurniaan Allah Taala. Terbaik kalau dapat berniaga air kelapa bakar di Hawaii. Lagi menguntungkan. Bayangkan segelas air kelapa bakar dijual pada harga USD$2.
KUANTAN - Percubaan kali pertama Sofiyyuddin Sarani, 28, memperkenalkan resipi baru dalam air kelapa bakar sempena Ramadan kali ini ternyata mampu membuatkannya tersenyum lebar melihat hasil yang diperoleh setiap petang.
Gabungan madu dan gula melaka dalam air kelapa bakar yang dijual membuatkan minuman itu lebih digemari dan berkhasiat.
"Saya mula jual air kelapa bakar lima bulan lalu tetapi sambutan sebelum ini agak hambar, satu hari dua atau tiga biji saja boleh jual.
"Alhamdulillah, Ramadan ini rezeki saya berlipat kali ganda, ramai pula yang gemar berbuka dengan air kelapa bakar," katanya.
Kata Sofiyyuddin, pada awalnya pelanggan berkunjung ke gerainya untuk membeli air kelapa biasa, tetapi apabila diperkenalkan dengan kelapa bakar mereka mula membelinya untuk mencuba.
“Air dan isinya lebih sedap daripada kelapa biasa, bahkan mempunyai pelbagai khasiat termasuk mampu mengurangkan kadar kolesterol, menambah tenaga, melegakan sakit pinggang dan badan,” katanya ketika ditemui di gerai kelapa bakarnya di Permatang Badak, di sini.
Katanya, dia mengetahui keistimewaan kelapa bakar daripada rakannya dan selepas beberapa kali mencuba akhirnya berjaya menghasilkan kelapa bakar dengan baik dan enak.
"Saya buka gerai jam 4 petang setiap hari kerana untuk membakar kelapa sehingga masak memerlukan masa agak lama,” katanya.
Segelas air kelapa bakar dijual dengan harga RM2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Giler bhai... memang gila aaa... Biawak monitor pon tak terkecuali kena rogol beramai-ramai.... Adoilah...
-
Tak logik ianya tidak boleh dibuat. Tidak logik kos pembinaannya lebih mahal berkali-kali ganda dari di Semenanjung. Tidak logik jika dalam ...
No comments:
Post a Comment