VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, July 29, 2016

Mamat Vellfire Yang Tak Sedar Diri

KahKahKah.

Memang lawak baca sembang Nasrudin Tantawi ni. Memang lawak. Mana taknya, mamat Vellfire yang memang tak sedar diri dek untung ni memanglah pakar buat lawak bodoh. Bacaan politik dia hanyut kelaut Marang (kalau tidak kelaut perairan Balok).

KahKahKah,

Sebelum nak sembang tentang parti orang lain, sila tengok dan perhati sikit parti sendiri lah. Parti sendiri pun terkontang kanting tidak ketahuan hala, lagi mahu sembang tinggi tentang parti orang lain.

KahKahKah.

Parti PAS pun macam hidup segan mati tak mahu lagi ada hati mahu nasihat Parti DAP. Kita tahulah PAS dapat sokongan Azmin Ali abang kepada MAMASAN Azwan Ali tu. Nak ikut sangat peel Azmin Ali, memang alamat kelaut la.

KahKahKah.

Senang betullah kerja BN lepas ni. Menang besar lah.

Thursday, July 21, 2016

Anda Ingat Najib Razak Bodoh?

KahKahKah.

Janganlah anda ingat Najib Razak bodoh? Jangan ingat Najib Razak terkesan dengan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tu. Semua itu perkara kecil sahaja.

KahKahKah.

Amerika Syarikat tiada locus standi bagi melaksanakan tuntutan kehakiman itu dibanyak negara. Malah Amerika Syarikat tiada kuasa perlaksanaan tuntutan kehakiman ini di Malaysia dan juga di Hong Kong. Dan sudah semestinya Amerika Syarikat juga tiada kuasa perlaksanaan tuntutan kehakiman ini di British Virgin Island.

KahKahKah.

Setakat aset yang berada di tanah Amerika Syarikat boleh la dia bising. 1MDB tidak terkesan pun.

KahKahKah.

Wednesday, July 20, 2016

Punyalah Takut

KahKahKah.

Punyalah takut sampai kreativiti pun kena pancung. Lawak lah Malaysia ni. Patut la masyarakatnya mandom. Tiada kreativiti. Sebab semua yang ada unsur kreativiti disekat dan dihalang dari awal lagi. Macam mana lah hendak jadi sebagai negara maju.

KahKahKah.

Kenderaan yang sedikit ubahsuai pun jadi takut. Apalah hendak jadi. Apalah malang sangat warga Malaysia ni

KahKahKah.

Adakah kenderaan jualan kopi macam ini pun takut. Kelakar lah.

Pilihanraya Negeri Pulau Pinang?

KahKahKah.

Ingat cadang hendak test kekuatan. Hendak test sokongan. Hendak pastikan sentimen rakyat menyebelahi pihaknya. Tapi jangan harap sangat lah. Bagus juga kalau Pilihanraya Negeri Pulau Pinang diadakan lebih awal. Cepat sikit BN dapat mengambil alih tampuk pemerintahan dan pentadbiran negeri.

KahKahKah.

Apa ingat hebat sangat kah Lim Guan Eng? Alah. Dia biasa-biasa sahaja. Masalahnya yang akan menjahanamkan dan menyebabkan DAP kalah di Pulau Pinang bukanlah disebabkan oleh UMNO/BN kuat sangat. Bukan sebab itu.

Tapi sebab akan berlaku banyak undi yang dibazirkan oleh kerja PAS dan AMANAH disamping kebodohan PKR.

KahKahKah.

Selamat tinggal lah. Yabedabedu

Monday, July 18, 2016

Mereka Sudah Cuak

KahKahKah.

Nampaknya ada dikalangan pemimpin politik dalam PAS yang sudah semakin cuak. Mana tidaknya, tindakan Presiden PAS akhirnya terbukti bakal menyebabkan PAS akan hilang kuasa memerintah. Malah mungkin banyak ADUN dan MP PAS yang bakal hilang pendapatan dari gaji dan elaun sebagai wakil rakyat.

KahKahKah.

Buatlah gencatan senjata ke? Ceasefire ke? atau apa-apa sahaja, tetap juga PAS akan hilang banyak kerusi pada PRU14. Parti Pembangkang lain pun juga akan kehilangan banyak kerusi. Tapi yang paling terkesan adalah PAS.

KahKahKah.

Padan mukalah. Selamat tinggal Kelantan.

KahKahKah.

TITM Bodoh Bodoh Alang

KahKahKah.

AMANAH memang satu bodoh. Ada ke patut cadangkan supaya Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) keluar dari PAS. KahKahKah. Keketuman apakah ini? Tidak kah mereka tahu bahawa TITU sengaja buat berlakon bodoh-bodoh alang. Sekadar baling batu sembunyi tangan.

KahKahKah.

Walhah dibawah dialah ujudnya Tok Usin Ceroi, El Haraki dah ramai lagi walaun cytro PAS. Semua itu adalah dibawah pengetahuan dia. Takkanlah TITM bodoh sangat nak menjatuhkan Hadi Awang secara terang-terangan.

KahKahKah.

Tak payah buat kerja susah sampai nak kena kaluar dari PAS pun gerakkerja saraf geng TITM memang sentiasa akan up dan cuci semua imej TITM. Yang penting kedudukan TITM selamat dengan cara dia berlakon bodoh-bodoh alang.

KahKahKah.

Sunday, July 17, 2016

Hina Jais Umpama Hina Sultan?

KahKahKah.

Ini satu lawak. Memang lawak. Bila masa pulak hina JAIS umpana hina Sultan? Tak mungkin level Sultan sama rendah macam JAIS? KahKahKah.

Kalau macam itu agaknya samalah kalau hina HardRockCafe tu seumpama hina Sultan jugak kot? KahKahKah. Noh Omar ini memanglah betul-betul otak udang. Kelakar sungguhlah. Nampak gayanya lah HardRockCafe sudah sama taraf dengan JAIS. Lawak sungguh lah.

Apa punya pondan lah asyik bergayut pada telur Sultan. Sikit-sikit guna nama Sultan. Nampak sangat macam budak-budak. Bila lah hendak jadi besar ni?

KahKahKah.

Thursday, July 14, 2016

Bersedia Untuk Bungkus?

KahKahKah.

Satu sahaja benda yang perlu kita semua perhatikan. Satu sahaja. Kita cuma perlukan untuk memerhatikan gerak kerja Mahathir Mohamed. Orang tua ini sebenarnya bukan nak menjahanamkan UMNO tetapi sebenarnya sedang memperkuatkan UMNO dari luar.

Anda jangan mudah sangat terpedaya dengan Mahathir Mohamed. Dia ini licik. Penuh dengan strategi. Yang akan bersedia untuk bungkus bukanlah UMNO tetapi semua parti Pembangkang. Parti Pembangkang ini sebenarnya adalah Parti Pembangang.

Tunggu sama sahaja untuk bungkus

KahKahKah.

Sunday, July 3, 2016

Kena Main

KahKahKah.

Memang selalu lah kena main. Hendak buat macam mana, memang spesis mudah kena main. Kena main depan belakang, kena main atas bawah, kena main kiri kanan. Nasiblah labu.

KahKahKah.

Politik Malaysia memang macam haram. Macam celaka. Macam sial. Bila orang politik nak kena ikat jamin, berduyun semua orang boleh keluar duit nak sponsor bayar kos ikat jamin tu. Tak sampai 24 jam pun boleh kutip 1 juta.

Walhal yang kena tu orang politik yang memang dah kaya. Bukan atas kes lawan kerajaan zalim. Tapi atas kes salahguna kuasa yang mendorong kepada perlakuan rasuah. Hebat sungguhlah orang Malaysia. Boleh beramai-ramai nak bantu untuk selamatkan orang yang didakwa salahguna kuasa.

Nampak sangatlah orang Malaysia sudah tidak tahu membezakan antara kes dizalimi dengan kes cari nahas sendiri. Adoi.

Sebab itulah mudah kena main.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah