VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, July 14, 2013

Awas Ribut

Bala dari Allah. Jangan alpa. Jangan leka.


SHAH ALAM - Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan di 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dijangka akan berlanjutan sehingga tengah hari ini.

Menurut laporan terkini Jabatan Meteordologi, cuaca ribut serta petir akan berterusan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat).

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Amaran untuk perkapalan

i) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat, 19 Julai 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

ii) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis, 18 Julai2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

iii) Amaran ribut petir menyeluruh

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), WP Labuan, Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat), Selat Melaka Utara, Phuket, Samui, Tioman, Condore, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sualwesi dijangka berterusan sehingga tengah hari, Ahad 14 Julai 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah