VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, February 9, 2014

Ingin Berhimpun Tapi Permit Berhimpun Bawah APA 2012 Tiada

Bodoh. Memang bodoh. Kalau ingin berhimpun kena ada permit dibawah APA 2012. Tapi bila dimintak borang permohonan permit berhimpun, dikatakan tiada borang. Apa bodoh sangatlah PDRM dan Kerajaan Malaysia ni. Kalau tiada permit boleh didakwa dibawah APA 2012.

Peguam boleh bawa perkara ini sebagai satu fakta pembelaan.


SHAH ALAM – Usaha Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dalam mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya masih gagal apabila dimaklumkan borang permohonan tersebut tiada.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, pihaknya merancang perhimpunan aman 22 Februari ini di Putrajaya.

"Kita telah ke Balai Polis Putrajaya di Persint 7 bagi memaklumkan untuk mengadakan piket atau perhimpunan aman.

"Tetapi anggota PDRM menjelaskan bahawa kami perlu mengisi borang. Apabila diminta borang berkenaan, kami diberitahu ianya tiada," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas soal kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta guru-guru memberi masa untuk Kementerian Pendidikan menambah baik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta memaklumkan segala masalah supaya dapat dibawa berbincang.

"Kenyataan beliau yang menyatakan bahawa masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai hipokrit kerana apa yang telah pun terjadi kepada saya apabila SGMM mengambil pendekatan yang dimaksudkan oleh beliau tetapi KPM telah menjalankan SOP ke atas saya sendiri selaku ketua gerak kerja SGMM.

"Jadi, saya jemput Datuk Seri Idris Jusoh untuk hadir bersama pada himpunan nanti kalau beliau rasa mahu berbincang," katanya.

Semalam, Idris juga berharap 1 April nanti semua pihak terlibat dapat melihat satu sistem yang lebih baik dalam pendidikan negara yang telah ditambah baik.

Saturday, February 8, 2014

JENAYAH : Samun Di Perpustakaan Negara?

Biar betul. Tidak mungkin soal keselamatan di Perpustakaan Negara diabaikan? Mana perginya pengawal keselamatan yang ramai di sana. Kalau Kafeteria Perpustakaan Negara boleh disamun, tidakkah satu masa nanti pengunjung Perpustakaan Negara pula menjadi mangsa. Takut satu hari nanti kes bunuh pulak berlaku di Perpustakaan Negara.


KUALA LUMPUR - Kafeteria Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak di sini disamun dua lelaki bersenjatakan parang kira-kira 1.30 tengah hari ini.

Pengusaha kafeteria itu Mahsuri Hassan, 50, berkata ketika kejadian, beliau sibuk menyediakan dokumen berkenaan urusan perniagaan sebelum dua lelaki memakai topeng dan berjaket biru memasuki kafeteria itu.

"Dua lelaki itu memakai topi keledar berwarna merah mengacukan parang kepada saya sebelum cuba menarik gelang tangan dan rantai yang saya pakai. Saya jerit minta tolong dan ketika itu hanya 10 pelanggan dan pekerja wanita sahaja berada di sini.

"Setelah saya enggan memberi barang kemas, seorang daripada suspek itu bertindak mengambil peti wang yang dipenuhi hasil jualan dari pagi hingga tengah hari hampir RM3,000," katanya kepada Bernama.

Beliau yang menjalankan perniagaan di kafeteria itu sejak tiga tahun lepas, berkata selain duit, telefon bimbit dan cek yang disimpan di dalam peti itu turut dilarikan suspek.

Mahsuri berkata, kedua-dua suspek memasuki kafeteria ketika waktu solat Jumaat apabila tiada lelaki di kawasan itu.

Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira pukul 2 petang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, ini kali pertama insiden itu berlaku di bangunan berkenaan.

"Kita 30 ada pengawal di bangunan ini, di mana 18 pengawal bertugas pada siang manakala 12 pengawal pada malam, namun tiada pengawal ditugaskan khususnya di kafeteria," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kamera litar tertutup dipasang di bangunan itu dan pihaknya akan membantu polis dalam siasatan kes itu. - Bernama

Friday, February 7, 2014

PRK KAJANG: PAS Sabotaj Peluang Kemenangan PKR

Wakaka. Saya lihat kini jelas PAS sedang melakukan sabotaj peluang kemenangan PKR pada PRK Kajang yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Kenyataan demi kenyataan sama ada secara lisan mahupun bertulis menunjukkan PAS sebenarnya sedang membuat sabotaj.

Walau apa pun permasalahan di Selangor, ini tidak bermaksud PAS boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang pastinya akan menyebabkan peluang PKR memenangi PRK Kajang terlepas. Apa yang PAS sedang buat adalah seperti "tidak dapat tangan, telinga dipulas". Apa yang berlaku sekarang ini di pra-PRK Kajang adalah seperti apa yang berlaku di Kota Damansara tetapi dengan skala yang lebih besar.

Pening kepala dengan buruk perangai PAS ni. Patutlah PAS kalah di Terengganu, Perak dan Kedah dan tak lama lagi di Kelantan. Terbaiklah.


SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang.

“Lajnah Politik Pas Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak berhubung peletakan jawatan Adun Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu tidak mahu, kerusi Dun Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan diadakan.

“Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik ialah menentukan sikap terhadap PRK Dun Kajang yang bakal diadakan kelak,” katanya.

Thursday, February 6, 2014

Makluman Awam : Harga Pasaran Semakin Menurun

Tuan/Puan semua. Sepertimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak), kini bukan sahaja harga pasaran kangkung telah turun akan tetapi harga pasaran bagi getah juga telah turun. Berterima kasihlah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana menurunkan harga pasaran bagi getah.


BALING - Rata-rata penoreh getah makin terhimpit berikutan harga getah semakin merudum sehingga RM2.50 berbanding RM2.80 sebelum ini.

Pengerusi Biro Pertanian Umno Baling, Mohd Taufik Yaakub berkata, pihaknya menerima banyak keluhan dari penoreh getah mengenai keadaan itu.

Menurutnya, lebih daripada 50 peratus penduduk di daerah ini menjalankan aktiviti pertanian dan kebanyakannya adalah melibatkan pertanian getah.

“Kita hanya mampu berharap harga getah naik kerana tiada harga siling yang ditetapkan untuk tanaman ini.

“Tambahan pula, harga kini semakin merudum sehingga paras RM2.50 sekilogram berbanding RM2.80 sebelum ini.

“Harga ini amat rendah terutama kepada mereka perlu membahagikan wang hasil getah kepada tuan tanah,” katanya.

Katanya, selain getah, barang pertanian melibatkan baja juga telah naik mendadak sehingga ada kenaikan 100 peratus.

“Secara tidak langsung ia akan menjejaskan pengeluaran produk pertanian kerana melibatkan modal yang tinggi dari petani,” katanya.

Ditanya apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini, Taufik berkata, pihaknya hanya boleh mencadangkan mekanisme kepada menteri berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak ada kuasa untuk membantu dari segi meningkatkan harga getah, tetapi kita akan memberikan cadangan kepada menteri berkaitan untuk membantu rakyat yang mengusahakan pertanian,” katanya.

Menurutnya, dia perlu menjelaskan perkara sebenar terutama melibatkan keluhan penduduk melibatkan harga getah ini.

“Sehubungan itu, satu mekanisme wajar dilakukan oleh kerajaan untuk kebaikan penduduk kampung,” katanya. - SUMBER

Saturday, February 1, 2014

ASTRO Tipu Peminat Maharaja Lawak Mega 2013

Wakakaka... Ramai peminat Maharaja Lawak Mega 2013 merasa tertipu apabila ASTRO mengambil keputusan tidak menyingkirkan mana-mana pihak didalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (edisi separuh akhir).


Sikap tidak profesional ASTRO yang lebih mementingkan keuntungan SMS daripada etika penganjuran program realiti memang sudah terkenal. Malangnya di Malaysia, tidak akan ada apa-apa tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap ASTRO atas ketidak profesionalnya mereka.

Pada pandangan saya, penganjuran pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 wajar diboikot oleh semua peminat dengan tidak membuat apa-apa pengundian SMS sekali pun sebagai tindakbalas boikot. Ini adalah untuk mengajar ASTRO supaya menjadi lebih profesional.

Sekali ASTRO tipu pengguna dan peminat, lambat laun peminat akan lari meninggalkan #MLM2013


Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah