
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, ia bertujuan mengenang jasa dan sumbangan pelakon itu dalam industri perfileman negara.
"Beliau banyak berjasa terhadap perkembangan industri dan pernah menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selama tiga tahun.
"Tayangan filem-filem tersebut dapat mengimbau kembali bakat seniman tersohor negara untuk menghiburkan rakyat," katanya ketika mengunjungi seniman itu di rumahnya di sini semalam.
Antara filem-filem lakonan aktor veteran itu ialah Panca Delima, Bukit Kepong, Lela Manja, Si Tanggang, Ali Setan dan 1957 Hati Malaya.
Rais yang hadir bersama isteri, Datin Seri Masnah Rais turut menyampaikan sumbangan RM5,000 menerusi Tabung Kebajikan Penggiat Seni kepada pelakon tersebut yang menghidap penyakit Alzheimer sejak dua tahun lalu.
Alzheimer atau nyanyuk merupakan kerosakan sel otak sehingga menjejaskan memori, kepandaian, keputusan dan pertuturan.
Turut hadir, Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan; Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie dan beberapa rakan seniman iaitu Datuk Mustapha Maarof, Datuk Aziz Sattar dan Mariani.
Jins kini dijaga isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, dan dua anaknya, Hang Nadim dan Hang Jebat. Beliau pernah menjadi senator selama dua penggal dari tahun 2004 hingga 2011.
No comments:
Post a Comment