VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, March 10, 2013

Ini Baru Betul

Saya hormat pandangan ini. Sepatutnya jangan buat kacau ganggu. Biar pun sebelah mana. BN atau PR, Jangan kerana parti dah nazak. Semua jadi samseng. Kalau betul Pemuda BN hebat. Kenapa lari bila langgar untie Cina kat Lumt. Samseng tapi takut pada orang bertatu. Memalukan.

Bekas Ketua Pemuda MIC, K Muraalie mengutuk tindakan keterlaluan sekumpulan remaja yang didakwa Pemuda Barisan Nasional (BN) menceroboh dan mengganggu ceramah DAP di perkarangan Dataran Menara Condong, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, tindakan sekumpulan remaja yang memegang bendera BN menceroboh masuk sehingga ke pentas ceramah itu adalah tindakan yang patut dielakkan.

“Saya tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini, namun tindakan Pemuda BN yang membuat kecoh hanya kerana ceramah yang dianjurkan pada malam itu tidak mendapat permit, tidak masuk akal.

“Sekiranya DAP tidak memohon permit untuk ceramah, bukan Pemuda BN yang perlu menghalang ceramah. Polis dan pihak berkuasa tempatan sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian,” katanya yang akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Jelas beliau, pihak BN dilihat sengaja menimbulkan kekecohan yang nyata merugikan sebelah pihak sahaja. Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan DAP mengadakan ceramah di kawasan berkenaan tanpa memohon permit dan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

“Saya difahamkan pihak penganjur hanya memohon permit atau kebenaran dari polis untuk menjual cenderahati pada malam itu,” katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, parti yang ingin mengadakan ceramah atau apa sahaja aktiviti perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak tertentu terlebih dahulu bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.

Dalam perkembangan sama, Muraalie yang juga bekas Exco Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan turut mempertikaikan tindakan Pengerusi BN Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyelitkan risalah yang menyebut seolah-olah beliaulah yang menyumbang wang BR1M kepada penduduk seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan.

Menurut beliau, perkataan “Salam 1 Malaysia. Ikhlas Daripada Dato Mah Siew Keong dan AJK BN Teluk Intan tertera pada risalah itu, sedangkan wang tersebut adalah wang kerajaan yang di salurkan kepada rakyat melalui Kementerian Kewangan.

“Dalam hal ini saya kesal kerana Siew Keong mengambil kesempatan melalui pemberian BR1M untuk kepentingan politik. Namun di kawasan parlimen lain perkara sebegini tidak berlaku.

“Saya menyeru kepada pihak berkenaan supaya jangan mengelirukan rakyat dan rakyat harus tahu siapa yang menyumbangkan wang ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah