KUALA LUMPUR - Lazada.my, peniagaan dalam talian yang berkembang pantas di Malaysia, memberi jaminan penghantaran produk dalam masa dua hari perniagaan di kawasan Lembah Klang melalui kempen, "Lazada’s Promise Campaign".
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kiraan 48 jam itu bermula pada masa pengesahan melalui telefon pembelian sehingga percubaan pertama penghantaran.
"Dengan pertumbuhan dua angka yang meningkat kukuh dan pelaburan baru-baru ini daripada AB Kinnevik, JP Morgan, dan Tengelmann, kami percaya dengan usaha menaik taraf perkhidmatan kami dapat memberi kembali dengan lebih lagi kepada pengguna," kata pengasas bersama dan Pengarah Urusan Lazada.my Dr Mahmoud Fouz.
Lazada.my menjelaskan bahawa produk yang terlibat dalam kempen berkenaan akan mudah dikenali kerana kehadiran tanda '48 jam Jaminan Penghantaran' pada thumbnail.
Menurut syarikat itu, jika penghantaran mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan, Lazada.my akan memberi pelanggan baucar tunai RM75.
"Lazada.my komited untuk menyerahkan barangan dalam tempoh 48 jam untuk pembelian prabayar yang dilakukan melalui kad kredit, pemindahan bank atau iPay88," katanya.
Berikutan beberapa siri kempen yang berjaya, seperti "12-12-12 Cyber Wednesday", "Tawaran Tahun Baharu Cina" yang sedang berlangsung dan promosi "Be my Valentine", Lazada.my merancang untuk melaksanakan kempen "48 jam jaminan penghantaran" secara jangka panjang dan sebagai bukti kualiti kepada pelanggan untuk menjadi syarikat yang memberi tumpuan kepada pelanggan.
Lazada.com.my merupakan tapak e-dagang bagi pelbagai barangan dan telah disenaraikan antara atas 100 laman web yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Alexa Rating System.
Ia turut berada di Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sebenarnya... China belum teruji kekuatannya dari segi peperangan secara besar-besaran. Memang dah lama China bersedia dengan kelangkapan pe...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
-
Kebelakangan ini, nama “Bluesky” semakin kerap disebut di media sosial, mencetuskan pertanyaan ramai. Bluesky merupakan alternatif kepada X,...
No comments:
Post a Comment