VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, February 15, 2013

Apple Inc kalah hak paten iPhone

BRASILIA - Pihak berkuasa hak paten di Brazil, kelmarin mengumumkan cap dagang iPhone adalah milik syarikat tempatan, Gradiente SA.

Bagaimanapun, pendedahan itu tidak menghalang Apple daripada menggunakan tanda nama iPhone tersebut di negara terbabit, namun sebarang tindakan melibatkan penyalahgunaannya perlu diputuskan di mahkamah.

Pada tahun 2000, Gradiente pernah mengemukakan tuntutan mereka untuk menggunakan jenama iPhone yang dilihat akan mencetuskan revolusi dalam dunia teknologi telefon bimbit.

Media melaporkan, tuntutan syarikat pengeluar alat elektronik diluluskan pada tahun 2008 dan mereka mula mengeluarkan telefon pintar, iphone.

Setakat ini, pihak Apple Inc. tidak mahu memberikan apa-apa komen berkaitan dengan isu ini. Apa yang pasti Gradiente SA telah pun membuat pemasaran produk iphone tersebut dengan menggunakan sistem pengoperasian Android keluaran Google iaitu persaing kuat Apple Inc.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah