VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Saturday, March 9, 2013

Kutipan Zakat Bertambah Lagi

Jangan kena songlap sudahlah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyasar kutipan zakat meningkat kepada RM120 juta pada tahun ini berbanding RM113 juta tahun lepas.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mohd Zain berkata kutipan itu diperoleh daripada dua sumber utama iaitu zakat perniagaan dan pendapatan individu, termasuk potongan gaji pegawai kerajaan setiap bulan.

"Kutipan sebesar itu membolehkan lebih ramai rakyat miskin di Kelantan dapat dibantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat sebanyak RM2,000 kepada ibu tunggal, Norbaini Zakaria, 41, di Kampung Bukit Abal hari ini.

Beliau berkata setakat ini, seramai 43,000 rakyat yang termasuk dalam 17 kumpulan asnaf (miskin) layak menerima bantuan itu, membabitkan peruntukan lebih RM100 juta.

Katanya, ini termasuk memberi wang pendahuluan kepada 10,000 pelajar universiti iaitu peringkat ijazah sebanyak RM2,500 dan diploma RM1,700 seorang, yang membabitkan peruntukan RM22.8 juta.

Kamaruddin berkata wang itu juga bagi membantu 30 pesakit kronik mendapat rawatan di hospital kerajaan dan swasta masing-masing sebanyak RM100 sebulan.

Turut dibantu 200 Orang Asli yang memeluk Islam dan dalam keadaan uzur di pedalaman Kelantan masing-masing sebanyak RM250 sebulan bagi meringankan beban mereka.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah