VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Nepotisma. Show all posts
Showing posts with label Nepotisma. Show all posts

Tuesday, April 18, 2023

Dua Titan Bakal Bertembung

Dua Titan nih bakal bertembung...

Maka tentu kita yang untung
Boleh tahu siapa yang bohong
Akan pecah semua lompong
Dokumen dijaja berbondong-bondong

Naik turun bicara di Mahkamah
Segala maklumat akan dipunggah
Dipanggil diangkut segala tak sudah
Agar dapat dipamer dan didedah

Berapa tahun agaknya bicara
Berapa banyak akan dikata
Berapa kotak akan dibuka
Agar mudah untuk pendakwa

Penting bagi kita semua
Perkara lama bakal dibuka
Dikutip dikumpul segala punca
Menjadi bahan untuk bicara

Hehehe..... semoga kita semua mendapat manfaat dari kes dua titan nih di Mahkamah... semoga segala cerita bukan sekadar fitnah semata-mata....

Yeah... sediakan popcorn dan air kola....



=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Tuesday, August 5, 2014

Bodoh Juga PKR Nampaknya

Kah Kah Kah. PKR memang memperlihatkan kebodohan mereka. Memang terserlah bodoh PKR ini. Siang malam terpekik terlolong konon anti kronisma dan nepotisma, tapi diri sendiri bergelumang taik yang sama.

Arahan biro politik PKR supaya satu pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dijangka tidak akan menjadi kenyataan.

Ini kerana kumpulan penyokong Khalid "keberatan" menurut arahan biro politik yang bermesyuarat hari Ahad lalu kerana berpendapat mesej yang sama akan "diarahkan" kepada Khalid, iaitu "berundur."

"Perjumpaan itu akan digunakan untuk memastikan arahan biro politik supaya Khalid meletak jawatan dipenuhi," kata sumber yang rapat dengan kumpulan menteri besar kepada Malaysiakini.

Ekoran itu, kemelut untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu terus berlanjutan, dengan "serangan berkoordinasi" dilihat bakal mensasarkan Khalid selepas ini.

Ia dijangka menyaksikan pendedahan seterusnya terhadap apa yang didakwa sebagai 'keraguan integriti' Khalid untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Semalam Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan isu "keraguan integriti" Khalid merupakan antara sebab beliau diturunkan dari jawatan menteri besar.

Saifuddin dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaitkan Khalid dengan beberapa perjanjian perniagaan selepas kes hutang beliau dengan sebuah bank diselesaikan di luar mahkamah tahun lalu.

Semalam Rafizi menyatakan biro politik mengambil keputusan untuk mengadakan sesi penerangan secara terbuka bagi menjelaskan isu ini kepada rakyat dan agar beliau bertemu Khalid untuk membincangkan nasib beliau.

Sementara itu Setiausaha Politik Khalid Azman Abidin berkata pertemuan itu diusahakan pihak ibupejabat parti dan pejabat Khalid sendiri bagi mencari "penyelesaian terbaik" dalam kemelut pentadbiran Selangor ini.

"Keputusannya hanya dua - sama ada peralihan kuasa yang licin atau Khalid dikekalkan sehingga akhir penggal kedua beliau," katanya.

Sementara itu satu lagi sumber yang juga pemimpin PKR menyatakan bahawa pertemuan itu merupakan usaha diplomasi terakhir meminta Khalid meletakkan jawatan atau berdepan dengan tekanan lebih hebat dari PKR sendiri.

"Pertemuan ini merupakan usaha terakhir untuk "membantu" Khalid. Tekanan ke atas beliau akan bertambah selepas ini," kata sumber itu.

Bagaimanapun beliau tidak mahu memberitahu apa langkah seterusnya yang bakal dilakukan oleh pasukan Wan Azizah.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah