VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, March 23, 2023

Yang Ini Amat Dipersetujui

Baguslah idea ini...

Nak bagi sumbangan makanan dan minuman pada bulan Ramadhan (puasa) perlukan permit.. Sebab kita nak jaga kebersihan... sebab kita nak jaga keselamatan... lepas tue kita takkan satu tempat jer semua penumpuan pemberian sumbangan.... tapi kita nak semua tempat dapat...

Itu yang sepatutnya...

Benda macam nih patut satu dunia amalkan... baru nampak professional dan bertamadun... Barulah nampak proper pengurusan dan agihan...

Amacam.... Malaysia taknak buat camnie ka???

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Penduduk Dubai yang merancang untuk mengedarkan juadah berbuka puasa pada Ramadan tahun ini perlu mendapatkan permit bagi mengelak daripada dikenakan denda yang mencecah 100,000 AED (RM121,797), lapor portal berita Al Arabiya.

Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Dubai mengumumkan peraturan tersebut dengan memetik keperluan untuk memastikan keselamatan makanan yang disumbangkan.

Timbalan Pengarah Aktiviti Amal di Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai, Mohammed Mosabh Dahi memberitahu bahawa perbuatan mana-mana individu atau institusi yang mengedarkan makanan tanpa permit adalah tidak dibenarkan.

Bagi mendapatkan permit, orang ramai boleh berhubung dengan jabatan itu dan memberikan maklumat tentang lokaliti dan tarikh dirancang untuk mengagihkan makanan.

Perkara itu membolehkan pihak berkuasa memberitahu penderma lokasi yang berbeza untuk mengagihkan juadah berbuka puasa dengan selamat. 

Tuesday, July 23, 2013

Tuduh Biarlah Ada Bukti

Ini bulan Ramadhan. Bulan puasa. Bulan mulia. Jadi kalau nak tuduh, biarlah ada bukti. Kemukakanlah bukti sahih baru boleh dipercayai. Setakat janggut panjang berkupiah berserban bukan bermakna boleh menuduh tanpa bukti. Itu fitnah namanya.


ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti politik di negara ini terlibat dengan kegiatan ajaran Syiah.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kegiatan itu mula dikesan pihaknya hasil pemerhatian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam kalangan pemimpin parti politik memang ada yang mengikut dan menyokong ajaran Syiah. Walaupun segelintirnya tidak beramal, tetapi dia tetap menyokong.

“Apa yang saya tahu sekurang-kurangnya terdapat belasan pemimpin dari parti politik di negara ini turut terlibat dengan ajaran tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa, di Kedah ada lebih kurang enam pemimpin parti politik terlibat dengan kegiatan itu. Dua daripadanya adalah pemimpin utama sebuah parti, selebihnya pula sebagai jawatankuasa dalam parti berkenaan.

Mengulas mengenai cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka terlibat.

“Saya sarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya perhatikan perkara ini agar ia tidak menular dan dibawa masuk ke dalam pasukan tentera dan polis,” katanya.

Tuesday, July 16, 2013

Jamil Khir Kata Solat Tarawih Boleh Buat 2 Rakaat Sahaja?

Pening. Setahu saya, Rasulullah s.a.w tidak pernah solat sunat tarawikh dua rakaat. Paling minimum yang Rasulullah s.a.w buat adalah 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Ajaran sesat  mana pula yang Jamil Khir Baharom belajar. Mesti belajar dengan Ayah Pin atau Nabi Melayu Haji Kahar. Gila. Ini lagi teruk daripada Syiah. Bidaah Dhalolah.


Sinar Harian (8 Julai 2013)

NILAI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan arahan dikeluarkan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini, agar setiap masjid di negeri itu mendirikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sebagai satu cadangan baik.

Beliau berkata, arahan tersebut yang mula berkuatkuasa seluruh Pahang mulai 1 Ramadan ini dilihat sebagai satu bentuk seruan dakwah bagi menggalakkan umat Islam mengejar sebanyak mungkin pahala pada bulan mulia berkenaan.

“Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna setiap individu dimestikan bersolat Tarawih 20 rakaat penuh sepanjang Ramadan. Sebaliknya, ia hanyalah satu penyeragaman untuk mengelakkan perbezaan yang boleh membawa kepada sebarang perselisihan.

“Pada asasnya, solat Tarawih merupakan satu amalan sunat sebanyak dua rakaat sahaja. Justeru, terpulang kepada setiap individu untuk mendirikannya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Kursus Pengukuhan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) musim haji 1434 hijrah di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, mengulas tentang fahaman Syiah yang mula menular di negara ini menerusi dunia siber, Jamil Khir menjelaskan, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi berkaitan bagi memantau masalah yang berlaku agar tidak terus menular, walaupun berdepan pelbagai kesukaran,” katanya.

Mufti Suq'

Malaysia memang hebat. Bukan setakat ada Ulama Suq' macam Abdullah Saamah tapi lagi hebat dari itu. Malaysia satu-satunya negara yang ada ramai Mufti Suq'. Kalau para Mufti tak berminat nak dengar tazkirah atau beri tazkirah. Sila buat solat tarawih di rumah. Solat tarawih berjamaah dirumah dengan anak isteri sama sahaja pahalanya. 

Kalau Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam tidak mahu buat tazkirah, banyak lagi surau di Shah Alam yang mahu buat. Lebih baik Mufti jangan memalukan diri sendiri. Cukuplah Harussani seorang sahaja yang karut. Tiada siapa membuat aduan, tapi para Mufti terlebih melompat. Inilah contoh Mufti Suq'.

Khutbah waktu Solat Sunat Hari Raya pun ramai yang tidak mahu nak dengar dan siap balik awal lagi (walhal ianya adalah rukun solat) tidak ada pulak Mufti nak suruh supaya buat khutbah itu sebelum solat sunat Hari Raya.


SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor menyarankan supaya tazkirah Ramadan diadakan dalam dua waktu ditetapkan sama ada selepas solat Maghrib yang berakhir sebelum Isyak atau setelah solat Tarawih selesai ditunaikan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, saranan itu dibuat bagi menjaga keharmonian jemaah yang hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat tersebut dalam suasana lebih kondusif.

Katanya, setakat ini, aduan berhubung masa tazkirah Ramadan itu tidak diterima, namun pihaknya mengambil langkah awal bagi mengelakkan pertikaian di antara jemaah yang konsisten untuk beribadah di masjid untuk mendapatkan keistimewaan Ramadan.

“Keistimewaan Ramadan ini janganlah diganggu sesuatu yang mungkin boleh menjejaskan keharmonian jemaah. Jemaah yang datang berbeza keadaannya. Ada (orang) bawa anak kecil, hendak balik cepat, begitu juga dengan pelajar sekolah yang mahu ulang kaji dan mereka yang perlu keluar awal pagi ke tempat kerja.

“Sekiranya tazkirah di tengah-tengah Tarawih, ini akan mengganggu konsentrasi jemaah. Keharmonian masyarakat yang datang itu mungkin berbelah bagi, akhirnya orang datang bukan dalam keadaan seronok nak beribadah, tetapi memikirkan tentang (perkara) yang akan berlaku selepas Terawih,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Mohd Tamyes berkata, penyelarasan waktu tazkirah itu tidak akan menjejaskan kehadiran jemaah memandangkan mereka yang berminat menghadirinya akan sanggup menunggu program berkenaan walaupun lewat dimulakan.

“Jemaah yang ke masjid itu bersedia mencari keistimewaan Ramadan dengan tawaran istimewa, iaitu mendapat rahmat ALLAH pada 10 hari pertama Ramadan, mendapat keampunan ALLAH pada 10 hari kedua dan pelepasan daripada api neraka untuk 10 malam terakhir.

“Ini telah pun dijelaskan oleh penceramah sebelum Ramadan tentang keistimewaannya. Maknanya untuk (tazkirah) Ramadan ini hanya sebagai ‘touch up’. Justeru, pentadbir masjid atau surau disaran adakan tazkirah Ramadan pada waktu ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai penetapan rakaat solat Tarawih di masjid dan surau seluruh Selangor, Mohd Tamyes berkata, sebaik-baik solat Tarawih adalah ditunaikan sebanyak 20 rakaat berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini.

“Garis panduan itu dah lama (ada), terpulang kepada surau dan masjid,” katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah