VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Tubuhlah Parti Baru

Tubuhlah parti baru jika berminat dalam politik. Jangan jadi bodoh. Jangan jadi alat mainan pihak tertentu. Jika mahu terlibat dalam politik, tubuhkanlah parti baru.


JITRA – Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli parti yang terlibat dengan fahaman Syiah akan tersingkir secara automatik hanyalah retorik.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kenyataan tersebut menggambarkan bahawa parti itu sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menepis dakwaan pimpinan parti itu terlibat dengan fahaman Syiah.

“Beliau (Tuan Ibrahim) mengatakan bahawa pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu (Syiah).

“Persoalannya, setakat mana aktifnya sistem ini sedangkan sebelum ini Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan sendiri mengakui ada ahli Pas yang menjadi Syiah. Jadi, kenyataan beliau hanyalah retorik,” katanya pada sidang media di Hotel Darulaman, semalam.

Beliau yang juga ahli Pas turut menyangkal dakwaan bahawa parti itu mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif.

“Saya tidak pernah tengok pun sistem ini dijalankan. Bahkan, saya tengok dalam Pas sendiri ada yang menyokong ke arah pemahaman Syiah.

“Saya minta beliau perjelaskan apakah sistem yang dimaksudkan itu. Kita tidak mahu perkara ini dilakukan sedemikian kerana ia soal membabitkan akidah,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Pas sekali lagi menegaskan pimpinan utamanya tidak terlibat dengan ajaran Syiah dan ahli parti yang didapati membawa fahaman itu akan tersingkir daripada parti itu secara automatik.

Wednesday, July 24, 2013

Cerita Syiah Dari Mulut Sunni

Sampai ke hari ini saya tidak dapat mendengar seorang pun wakil dari puak Syiah diberikan peluang untuk menjelaskan isu ini. Semua cerita Syiah datang dari mulut Sunni. Kenapa jadi begini. Cubaan indoktrinasi kah?


SHAH ALAM – Nikah mutaah dan solat yang boleh dijamak sepanjang masa antara tawaran menarik dalam ajaran Syiah yang membuatkan masyarakat mudah terpengaruh dengan fahaman itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, jahil ilmu agama membuatkan sesetengah pihak tertarik dengan pendekatan ajaran Syiah.

“Banyak ajaran dalam fahaman Syiah yang memudahkan agama. Antaranya ialah nikah mutaah yang membenarkan seseorang kahwin secara kontrak dan solat jamak pada bila-bila masa.

“Bagi mereka yang malas dalam hal ibadah, tawaran ini pastinya menjadi tarikan. Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh golongan Syiah untuk menghasut dan sebarkan fahaman mereka,” katanya.

Katanya, kekeliruan sumber antara Syiah dan Sunnah juga merupakan antara faktor masyarakat terpengaruh.

“Apabila masyarakat tak dapat bezakan sumber Syiah dan Sunnah, akan timbullah keraguan. Jadi, mudah untuk golongan Syiah menyerang hadis Sunnah.

“Orang mula ragu dengan kitab Sunnah. Sedikit demi sedikit mereka terpengaruh fahaman Syiah,” katanya.

Sementara itu, pendakwah terkenal, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, golongan profesional paling banyak terpengaruh fahaman Syiah di negara ini.

Katanya, pemimpin politik dan pensyarah universiti antara yang pernah dilaporkan terlibat dalam kegiatan Syiah.

“Golongan profesional ini kebiasaannya mahukan perubahan dalam tempoh segera. Apabila ada peluang mendalami agama dengan cara yang mudah, mereka terpengaruh.

“Walaupun memiliki pendidikan tinggi, ilmu agama cetek membuatkan mereka mudah tertarik ajaran Syiah. Sedangkan agama bukan isu remeh,” katanya.

Tuesday, July 23, 2013

Tuduh Biarlah Ada Bukti

Ini bulan Ramadhan. Bulan puasa. Bulan mulia. Jadi kalau nak tuduh, biarlah ada bukti. Kemukakanlah bukti sahih baru boleh dipercayai. Setakat janggut panjang berkupiah berserban bukan bermakna boleh menuduh tanpa bukti. Itu fitnah namanya.


ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti politik di negara ini terlibat dengan kegiatan ajaran Syiah.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kegiatan itu mula dikesan pihaknya hasil pemerhatian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam kalangan pemimpin parti politik memang ada yang mengikut dan menyokong ajaran Syiah. Walaupun segelintirnya tidak beramal, tetapi dia tetap menyokong.

“Apa yang saya tahu sekurang-kurangnya terdapat belasan pemimpin dari parti politik di negara ini turut terlibat dengan ajaran tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa, di Kedah ada lebih kurang enam pemimpin parti politik terlibat dengan kegiatan itu. Dua daripadanya adalah pemimpin utama sebuah parti, selebihnya pula sebagai jawatankuasa dalam parti berkenaan.

Mengulas mengenai cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka terlibat.

“Saya sarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya perhatikan perkara ini agar ia tidak menular dan dibawa masuk ke dalam pasukan tentera dan polis,” katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah