VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Thursday, March 23, 2023

Yang Ini Amat Dipersetujui

Baguslah idea ini...

Nak bagi sumbangan makanan dan minuman pada bulan Ramadhan (puasa) perlukan permit.. Sebab kita nak jaga kebersihan... sebab kita nak jaga keselamatan... lepas tue kita takkan satu tempat jer semua penumpuan pemberian sumbangan.... tapi kita nak semua tempat dapat...

Itu yang sepatutnya...

Benda macam nih patut satu dunia amalkan... baru nampak professional dan bertamadun... Barulah nampak proper pengurusan dan agihan...

Amacam.... Malaysia taknak buat camnie ka???

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Penduduk Dubai yang merancang untuk mengedarkan juadah berbuka puasa pada Ramadan tahun ini perlu mendapatkan permit bagi mengelak daripada dikenakan denda yang mencecah 100,000 AED (RM121,797), lapor portal berita Al Arabiya.

Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Dubai mengumumkan peraturan tersebut dengan memetik keperluan untuk memastikan keselamatan makanan yang disumbangkan.

Timbalan Pengarah Aktiviti Amal di Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai, Mohammed Mosabh Dahi memberitahu bahawa perbuatan mana-mana individu atau institusi yang mengedarkan makanan tanpa permit adalah tidak dibenarkan.

Bagi mendapatkan permit, orang ramai boleh berhubung dengan jabatan itu dan memberikan maklumat tentang lokaliti dan tarikh dirancang untuk mengagihkan makanan.

Perkara itu membolehkan pihak berkuasa memberitahu penderma lokasi yang berbeza untuk mengagihkan juadah berbuka puasa dengan selamat. 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah