VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Adakah Ini Alasan Terbaik Dari PAS?

Kelakar. Tidak mungkin hanya ini sahaja yang mampu dijadikan alasan terbaik dari PAS? Mungkinkah ada alasan lain yang lebih konkrit. Bagaimana pula dengan kelemahan PAS itu sendiri? Tidak pandai menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.



KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas menganggap kekalahan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut mempunyai kaitan dengan penetapan tarikh pilihan raya yang dibuat pada hari bekerja.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menyebabkan pengundi Kuala Besut yang berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi.

Mendakwa tarikh yang ditetapkan pada hari Rabu itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada Pas, beliau berkata, pengundi luar seolah-olah disekat untuk pulang mengundi kerana umum mengetahui kebanyakan pengundi tersebut memberi sokongan yang tinggi kepada pembangkang.

“Menteri Besar sendiri mengakui pengundi luar telah memberi kemenangan kepada pembangkang pada PRU13 lalu. Untuk PRK lalu, ada kira-kira 1,400 lagi pengundi yang tidak balik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menjelaskan permasalahan pengundi luar untuk mengambil cuti, Hanafiah yang juga Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut berkata, pertembungan cuti yang akan diambil pada hari raya menyebabkan cuti mereka tidak mendapat kelulusan.

“Kita juga dapat maklumat ada juga yang dapat cuti tetapi anak mereka pula bersekolah, isteri yang bekerja sebagai guru juga sukar mendapat cuti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon Pas menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu.

Adun Alor Limbat itu berkata, walaupun Pas mungkin tidak menang sekalipun pengundi luar pulang, sekurang-kurangnya mereka mampu mengurangkan majoriti undi BN di Dun Kuala Besut.

Bagaimanapun katanya, Pas langsung tidak terkejut dengan majoriti undi diperoleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, walaupun jumlahnya meningkat berbanding PRU13 lalu.

“Dengan apa yang dibawa kepada rakyat Kuala Besut, sepatutnya BN memperoleh majoriti yang lebih besar daripada itu tetapi apa yang berlaku, peningkatan undi hanya berlaku sebanyak 158 undi sahaja.

“Bagi Pas, ia kekalahan yang bermaruah kerana peningkatan itu berlaku sedikit sahaja daripada yang dijangka sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRK Dun Kuala Besut itu juga turut menafikan jangkaan pemimpin Umno sebelum ini yang juga Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mendapat majoriti sebanyak 4,000 undi.

Wednesday, July 24, 2013

PAS Juga Melakukan Rasuah Pilihanraya?

Pelik. Parti yang membawa lambang perjuangan Islam juga terlibat dengan rasuah pilihanraya. Sejak bila rasuah dihalalkan dalam Islam sehinggakan PAS boleh pula merasuah para pengundi. Adakah jika orang lain buat rasuah ianya adalah berdosa tetapi jika ianya dilakukan oleh PAS ianya mendatangkan pahala.

Kitab kuning mana yang pimpinan PAS baca. Hadith mana yang pimpinan Pemuda PAS baca sampai membolehkan melakukan rasuah. Terutama sekali dibulan mulia. Bulan Ramadhan. Adakah ini sebenarnya agenda PAS ganti UMNO?





Monday, July 22, 2013

BN Tumpu Bawa Pulang Pengundi Hantu?

Kah Kah Kah !!!. Apa salahnya berterus terang. Cakap sahajalah ingin bawa pengundi hantu. Senang cerita. Orang sudah tidak boleh marah sebab BN berterus terang dan jujur.


KUALA BESUT - Barisan Nasional (BN) kini memasuki pusingan akhir kempen dengan tumpuan diberikan kepada persiapan bagi membawa pengundi dari luar kawasan balik mengundi, kata Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya BN juga sedang mempersiapkan jentera untuk menyediakan kenderaan khusus bagi digunakan untuk mengangkut pengundi keluar mengundi pada 24 Julai nanti.

"Kempen kita sudah berjalan dengan baik dan tidak banyak usaha tambahan perlu dilakukan kecuali persiapan membawa pengundi luar balik mengundi Rabu ini," katanya ketika ditanya tentang 'usaha tambahan' dilakukan BN sebelum tempoh kempen berakhir empat hari lagi, di sini hari ini.

Ketua Umno Bahagian Besut itu berkata jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun, malah calon juga telah memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi dalam kawasan itu.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi iaitu sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 peratus melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata pemerhatian terhadap penerimaan masyarakat terhadap calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan 'Abe Ku' juga semakin baik.

"Dulu ada tuduhan mengatakan beliau orang luar tetapi setelah terbukti Abe Ku adalah anak tempatan dan anak seorang ustaz, tahap penerimaan masyarakat terhadap beliau terus memuncak, malah ramai yang mula bersalam dan mengerumuninya, sekali gus menyerlahkan auranya sebagai seorang calon," katanya.

Idris juga menzahirkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bekerja keras di Kuala Besut bagi mengekalkan kemenangan BN dengan memastikan semua wakil rakyat terlibat dalam kempen yang sedang berlangsung.

Pilihan kecil raya itu menyaksikan Tengku Zaihan ditentang calon Pas Endot@Azlan Yusof diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lepas. - Bernama

Sunday, July 14, 2013

Tidak Mungkin UMNO Tidak Tahu?

Saya ingat UMNO tahu yang memang Pakatan Rakyat sedang melaga-lagakan antara Ahmad Said dan Idris Jusoh. Tidak mungkin UMNO tidak tahu. Memang semua orang tahu sekarang ini adalah masa terbaik untuk melaga-lagakan Ahmad Said dengan Idris Jusoh.


SHAH ALAM – Penganalisis berpendapat, Pas sengaja menggunakan isu 'pergeseran' di antara Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan Pas itu juga sengaja mahu melaga-lagakan Idris dengan Ahmad bagi melemahkan sokongan terhadap BN, sekaligus memenangi PRK.

Tambahnya, Pas juga mengambil tindakan tersebut untuk mencalarkan kredibiliti Ahmad sebagai pentadbir negeri itu.

“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun, namun pada PRU 2008, beliau tak lagi menjadi menteri besar dan banyak persepsi yang mengatakan beliau ada masalah hubungan dengan pihak istana.

“Apa pun PRK kali ini, pembangkang melonjakkan nama Idris untuk menjatuhkan Ahmad sekaligus menarik perhatian pengundi.

"Ini kira permulaan untuk menarik perhatian Istana dengan mendedahkan masalah pentadbiran dan sebagainya sehingga rakyat beralih menyokong Pas,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tindakan mengeksploitasi dakwaan wujud pergeseran Idris-Ahmad sebenarnya bukan strategi kempen parti itu dalam PRK itu.

"Pas tidak akan guna isu itu," katanya ketika mengulas pendekatan penceramah Pas yang memainkan isu kononnya Ahmad dan Idris tidak sehaluan.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan saranan Datuk Husam Musa selaku Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK berkenaan yang sebelum ini meminta penyokong Idris supaya mengundi calon Pas bagi mengimbangi kuasa politik kem Menteri Besar.

Husam melalui satu portal berita berkata, kemenangan Pas di Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu.

"Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan,”dakwa Husam.

Dalam pada itu, Shamsul Adabi turut menyatakan sekiranya Pas menang pada PRK itu (16-16), ia akan memberi kesan kepada kedudukan Ahmad.

“Kedudukan Ahmad akan dipertikaikan apabila berlaku perbandingan dengan Idris, ia juga akan mempengaruhi undi yang membolehkan semua Dun di Terengganu dibubar semula sekiranya Pas menang.

“Jadi apabila Dun dibubarkan, Menteri Besar yang baru akan dilantik atau dikekalkan terpulang pada keputusan pilihan raya nanti,” dakwanya.

Thursday, July 4, 2013

Siaran Langsung Pengiraan Undi

Siaran Langsung? Jangan buat lawak boleh kah? Saya tidak berminat siaran langsung pengiraan undi pada PRK. Saya cuma minat kalau ada siaran langsung perbahasan di Parlimen.


SHAH ALAM - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya idea itu boleh direalisasikan.

Perbincangan juga akan dibuat dengan pihak RTM berhubung cadangan itu.

"Insya-ALLAH saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

Ahmad Shabery berkata pertemuan beliau dengan SPR itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Kerusi Parlimen Kuala Besut, Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.

Tarikh pengundian dijangka diumum esok selepas SPR mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Ditanya sama ada media lain juga akan dibenar berbuat demikian, Ahmad Shabery berkata ia mungkin tidak praktikal dan akan menganggu pihak SPR menjalankan tugas.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata beliau yakin BN mampu mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.

"Difahamkan, jentera pilihan raya pun telah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini," katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah