Setahu saya FOMCA adalah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia. Sejak bila pula FOMCA sudah berubah fungsi dan tindakan. Kalau inginkan gelaran Datuk sekalipun, janganlah memalukan FOMCA itu sendiri. Nampaknya FOMCA salahkan pengguna pula. Pelik.
"Kita kena faham haiwan pun ada masalah, ayam pun ada masalah dia sendiri." - Sharifah Zohra Jabeen (Listen, Listen, Listen)
SHAH ALAM – Pengguna tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila menetapkan harga siling ayam pada RM7.70 sekilogram yang akan dilaksanakan 26 Julai ini.
Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan.
“Secara peribadi, saya berpendapat harga RM7.70 sekilogram agak tinggi. Namun, kerajaan telah mengambil tindakan berani apabila meletakkan harga RM7.70 sekilogram sedangkan harga yang dijual di pasaran lebih RM8 sekilogram.
“Pengguna harus faham bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga barang pada tahap yang berpatutan. Kita tidak mahu pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan menyebabkan tiada bekalan ayam di pasaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keluhan peniaga dan pengguna yang menyifatkan harga siling ayam yang ditetapkan RM7.70 sekilogram sebagai masih tinggi.
Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.
Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.
Mengulas mengenai penetapan tarikh Skim Kawalan Harga yang didakwa sesetengah pihak terlalu lambat dilaksanakan, Muhammad Shaani berkata, peraturan tersebut sudah ditetapkan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna perlu aktif memainkan peranan bagi memastikan masalah kenaikan barang tidak terus berlaku.
“Masalah kenaikan harga barang tidak boleh bergantung kepada kerajaan saja, pengguna juga perlu main peranan. Kesedaran saja tidak cukup kerana mereka mesti bertindak.
“Jangan hanya tunggu musim perayaan baru hendak mengadu. Jika harga barang naik, laporkan segera kepada pihak berkenaan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
No comments:
Post a Comment